Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, 15 May 2017

Awas, 5 Penyakit Bakal Menyerang Anda Jika Selalu Pakai Seluar Ketat!



Celana ketat bukan hal yang asing lagi di kalangan fashionita saat ini, termasuk kamu kan? Mulai dari legging jeans, skinny jeans, sampai celana pensil pun udah menjadi bagian dari fashion sehari-hari. Rasanya nggak pede kalau pakai celana yang kedombrongan, dan sebaliknya justru pede banget kalau pakai celana yang serba mepet.

Tapi ternyata, bahaya besar sedang mengancam kamu lho kalau kamu terus-terusan pakai celana ketat sebagai fashion style setiap hari. Apa aja itu?

1. Sering kesemutan

Efek pertama yang bakal kamu rasakan ketika pakai celana ketat adalah kesemutan. Tapi kesemutan ini bukan kesemutan biasa lho, melainkan kesemutan tingkat ganas dimana kaki akan terasa terbakar, panas, hingga mati rasa. Kejadian ini pun berulang dan sering terjadi. Para peneliti mengungkapkan bahwa hal ini terjadi akibat efek tekanan dan juga metabolisme yang terganggu akibat celana ketat.


2. Penyumbatan pembuluh darah

Celana yang terlalu ketat juga bisa menimbulkan reaksi kurang baik terhadap pembukuh darah. Pembuluh darah yang harusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh dengan lancar jadi terganggu gara-gara celana yang mepet. Gak heran kalau penyumbatan pembuluh darah akan menyerangmu ketika kamu masih nekat juga pakai celana ketat.

3. Muncul jamur

Jamur sangat senang muncul di tempat-tempat yang lembap dan sempit, termasuk di area perut bawah sampai selangkangan yang tertutup celana ketat. Jamur ini akan berkembang biak sangat cepat dan tentu mengganggu kesehatanmu. Kulit yang sulit bernapas-lah yang jadi penyebab utama timbulnya jamur akibat sering pakai celana ketat.

4. Mandul

Waduh kalau efek yang satu ini emang terdengar serem, tapi emang beneran nyata lho! Sebuah penelitian di Inggris mengungkapkan bahwa kemandulan pada laki-laki dan perempuan salah satunya disebabkan oleh celana ketat yang dipakai selama bertahun-tahun. Jadi efek negatif dari celana ketat nggak cuma terjadi dalam jangka pendek aja, tapi juga ada akibat jangka panjang yang merugikanmu.

5. Kanser

Terakhir yang nggak kalah serem, celana ketat juga bisa memicu kanker ganas yang bernama melanoma. Kanker ganas ini disebabkan oleh sinar UV yang terkena tubuh yang tertutup pakaian ketat. Tanda awal penyakit ini tampak rigan, kayak muncul bulatan hitam kecil di sal;h satu bagian tubuh yang lama-lama akan menyebar ke sekujur tubuh. Dan kalau udah terlanjur terkena penyakit ini, akan sulit buat disembuhkan. Duh serem kan?

 Buat pengetahuan korang, seluar ketat metat ni dikenali sebagai hipster

+ Lelaki yang pakai seluar ketat tu gay kah ?
+ Lelaki yang pakai seluar ketat tu metroseksual kah ?
+ Lelaki yang pakai seluar ketat tu maskulin kah ?
+ Lelaki yang pakai seluar ketat tu rasa diri dia hensem kah?

Kalau korang lelaki yang suka pakai seluar ketat metat tu boleh la bagi jawapan ya..setahu aku kalau lelaki pakai seluar ketat ni, orang akan cop dia sebagai bapok.

Hukum Memakai Seluar Ketat

Soalan : Assalamualaikum, saya nak tanya apakah hukum seorang lelaki yang terlibat dalam sukan lumba basikal memakai seluar ketat tetapi panjang sampai ke buku lali. Boleh dikatakan seluar tu ikut bentuk tubuh lelaki yang memakainya. Sekian terima kasih.....dari Kulim, Kedah.

Jawapan :
Haram atas perempuan memakai seluar ketat hingga menampakkan bentuk punggung atau pahanya.
Ada pun kaum lelaki maka hukumnya adalah makruh tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya maka tidak sunyi hukumnya dari haram, wallahua'lam. 

Wednesday, 10 May 2017

Jangan Bancuh Susu Formula Bayi Guna Air Mineral. Boleh Bahayakan Buah Pinggang!


Semua ibu mahu berikan susu yang terbaik kepada bayi mereka. Ramai yang tahu tentang kebaikan susu ibu berbanding susu lain yang ada di pasaran. Namun, tidak semua ibu berpeluang menyusukan bayi mereka dengan susu ibu atas sebab-sebab tertentu.

Sudah tentu susu formula menjadi pilihan kedua sebagai sumber makanan awal bayi usia bawah 6 bulan. Susu formula bukanlah disteril! Ia mungkin mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit serius di kalangan bayi.

Mematuhi kaedah penyediaan dan penyimpanan susu formula dengan betul, dapat mengurangkan risiko bayi diserang penyakit.

Beberapa perkara berikut mesti dipatuhi oleh para ibu bapa semasa menyediakan susu formula untuk bayi.

1. Sentiasa sediakan susu formula yang baru setiap kali hendak beri anak minum.

2. Jangan sediakan awal dengan alasan mudah hendak diberi bila anak menangis mahu susu. Ini kerana penyediaan susu formula lebih awal menyediakan keadaan sesuai untuk bakteria berkembang terutama jjika di simpan dalam suhu bilik.

3. Sekiranya anda mahu menyediakan awal untuk digunakan kemudian, ia perlu dibuat mengikut sukatan sekali minum dalam satu botol, biarkan dalam suhu normal kemudian baru simpan dalam peti ais (suhu tak lebih daripada 5 ℃)

4. Buang susu yang disimpan dalam peti ais sekiranya tidak digunakan dalam masa 24 jam.

Ada ibu yang memilih untuk menggunakan air mineral sebagai air bancuhan susu formula anak kerana berfikiran ia lebih berkualiti berbanding air paip di rumah. Benarkah?

Menurut UK Department of Health, air mineral semula jadi boleh mengandungi kepekatan bahan terlarut lebih tinggi seperti nitrat, natrium, fluorida dan sulfat yang mungkin menjurus beban terlebih larut jika ia diberikan kepada bayi.

Manakala air paip yang diminum setiap hari (dimasak terlebih dahulu) hanya mengandungi klorin dan fluorida - semua mineral dikeluarkan ketika proses rawatan. Bagaimanapun, komposisi air mineral telah berubah - mineral tambahan tidak ditambah mahupun dihilangkan darinya.

Jabatan Kesihatan tersebut menyarankan supaya ibu bapa memeriksa label dan mengelakkan daripada menggunakan air dalam botol yang dilabel sebagai 'air mineral semula jadi' kerana tidak mencapai tahap piawaian air paip dan lain-lain minuman botol.

Kesimpulannya air mineral tidak sesuai digunakan dalam membancuh susu formula bayi disebabkan kandungan mineral mungkin membebankan buah pinggang bayi.

Sementara air minuman dibotolkan yang tidak dilabel sebagai air mineral didapati mematuhi piawaian asas sama seperti bekalan air paip yang sesuai diberi kepada bayi semasa menyediakan susu formula mereka.

Risiko kesihatan kepada bayi jika buat susu guna air mineral

Kandungan mineral terlalu tinggi memberi risiko kepada bayi. Pada tahun 1994, Weaning and the Weaning Diet, Jabatan Kesihatan UK mengeluarkan kenyataan:

"Pengambilan sodium berlebihan tidak diperlukan terutama pada bayi."

Kandungan nitrat yang tinggi dalam air adalah salah satu punca masalah methaemoglobinaemia di kalangan bayi.

Kandungan nitrat dan sulfur yang tinggi ada dalam air mineral semula jadi. Para sulfat yang tinggi iaitu 400 - 500 miligram per liter berisiko seperti julap (menyebabkan pergerakan usus berlebihan) terutama pada kanak-kanak."

Air mineral semula jadi boleh mengandungi jumlah fluorida yang berbeza dengan tahap tinggi yang tidak sesuai sebagai sebahagian daripada diet bayi."

Sumber: archive.babymilkaction.org & www.who.int

Tuesday, 9 May 2017

Ulasan Dr.Zaharuddin Tentang Jual & Tiru Hak Cipta Orang



Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

SOALAN

Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal.

Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....

JAWAPAN

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah haram, hasilnya juga haram.


Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof AL-Qaradawi.

DIA KAFIR

Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.

Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal.

Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya yang lepas.



PENGECUALIAN

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -

a-    ‘Hajat Mendesak'  dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة

Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)

b-    Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c-     Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.

Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

10 Jun 2008

Sunday, 7 May 2017

Haram duit yang kita ambil Hasil Jualan Kek Walaupun Pelanggan Yang Minta




"Tak boleh. Haram duit yang kita ambil itu." Getus saya.

Terkejut peserta2 dalam kelas branding tadi. Masakan tidak, sudah lama kelakuan itu dibuat. Baru hari ini tahu rupanya perbuatan itu tidak dibolehkan.

"Tapi Tuan... Pelanggan yang minta begitu. Bukan kami yang nak buat. Tetap tidak boleh?"
"Tetap tidak boleh." Jawab saya.

Jawapan ini berikutan dari soalan seorang peserta yang bertanya berkenaan hal trademark pada logo. Soalan itu sudah dijawab, cuma saya sambungkan jawapan itu dengan satu situasi.

"Tuan Puan yang mungkin tidak perasan selama ini, saya sekadar ingin mengingatkan. Kita tidak boleh menggunakan imej watak2 kartun seperti Upin Ipin dan Boboiboy untuk ditampal pada produk kita semata2 nak tarik perhatian anak2 tanpa kebenaran dari pemegang hakcipta asal watak2 itu."

"Sekiranya Tuan Puan guna tanpa kebenaran, itu ibarat merompak harta orang lain. Tak boleh. Haram duit yang kita ambil itu."

Bangun seorang peserta. "Tuan, katakan saya menjual kek. Kami ada satu edible printer yang boleh cetak manisan di atas kek. Pelanggan2 ramai minta kami cetakkan gambar Upin Ipin pada kek. Memang tidak boleh?"

"Tidak boleh Puan... Melainkan Puan buat sendiri untuk dimakan sendiri tidak mengapa. Tapi kalau Puan buat untuk dijual pada pelanggan, itu tidak boleh."

"Tapi.."

"Puan bayangkan begini. Puan buat kek yang kosong, Puan boleh jual dengan harga RM 20. Tapi kalau Puan letak gambar Boboiboy pada kek, Puan boleh jual dengan harga RM 50. Itu bermaksud, dengan gambar itulah Puan boleh jual dengan harga yang mahal."

Sambung saya lagi, "Kalau disebabkan gambar itu Puan dapat untung lebih, sebenarnya kita sudah ambil hak keuntungan orang lain. Ini yang saya maksudkan dengan kita mengambil duit yang haram."

Terkedu semua peserta.

"Tapi kita boleh tengok ramai sahaja peniaga di luar sana yang jual baju dan produk2 lain guna gambar kartun Disney la, Upin Ipin semua tu. Mereka tidak disaman pula?" Balas seorang peserta.

"Tidak disaman bukan bermaksud boleh buat. Proses turun naik mahkamah melecehkan. Soalnya pada diri kita sendiri sebagai usahawan. Ini soal adab, soal etika perniagaan. Walaupun kita lihat itu hanya kartun, nampak macam tidak ada nilai, tetapi membangunkan watak kartun itu besar kosnya. Kita mengambil keuntungan pada kos yang ditanggung oleh orang lain tanpa kebenaran."
"Mungkin itu sebabnya mengapa sampai sekarang kita tak kaya2."

Penganjur beri tepukan atas kesimpulan itu.

Irfan Foner

Baca Juga : Ulasan Dr. Zaharuddin Isu Meniru Harta Intelek

 Klik Gambar Untuk Baca

Saturday, 6 May 2017

Jurutera Minyak di Malaysia Dedah Minyak yang Paling Memberikan Anda Lebih Kilometer

Memandangkan harini aku takde KERJA sangat (kerja abis,elak ngantuk), aku buat research sikit pasal MINYAK Petrol.. yg pakai DIESEL atau kreta Letrik, maaf ye… harap BERMANFAAT.. Agak panjang, tp berbaloi kut..!!

Siapa yang INGIN tahu & INGIN JIMAT dari segi isian, mileage, maintenance, performance, sila baca. Jika tidak, isi je minyak yg awak suka.. Again, ni bukan promosi etc, skadar info khidmat masyarakat dari aku :)

SOALAN biasa ditanya :

⦁1- Petrol BRAND apa paling JIMAT (RM per Kilometer)?
⦁2- Petrol mana paling POWER (acceleration) ?
⦁3- Petrol 95 & 97 ada beza ka?
⦁4- Ada orang kata 97 tu bagus dan jimat/boleh pergi jauh lagi.?

Fikirkan kembali. Ambil contoh research pada 2 kajian & review (dari pengguna biasa) dia bawah. Kajian tahun 2010 & 2011, tapi masih boleh digunapakai sbb tak banyak teknologi petrol berubah dalam 5 tahun kebelakangan ni.
---------------------------------------------------------
KAJIAN 1 (Credit pada En Muhaimin,2010) :

Atas niat ingin tahu, saya mula lakukan kajian bagi mendapatkan jawapan petrol mana paling jimat!
Cara kajian: Isi RM50 dan catatkan meter trip (dalam KM) berapa jauh RM50 boleh pergi
Jumlah kekerapan: 3 kali bacaan untuk setiap jenis petrol (3 x RM50)
Model kereta: Honda City
Di bawah saya senaraikan data-data yang saya ambil untuk 5 syarikat petrol terbesar di Malaysia:
************* rujuk jadual kajian dibawah ***************
Jadual jarak pemanduan bg setiap RM50 petrol menunjukkan Esso Mobil paling menjimatkan secara purata, tetapi berdasarkan setiap bacaan, boleh dikatakan Petronas dan Caltex juga tidak jauh beza penjimatannya.
Kekurangan dalam kajian ini:

1. Kajian ini mungkin kurang tepat, contohnya pemanduan yang kerap untuk jarak dekat menggunakan kadar minyak yang berbeza dengan pemanduan untuk jarak jauh. Gaya pemanduan juga merupakan faktor kadar penggunaan minyak yang rendah atau sebaliknya.

2. Kajian ini juga kurang tepat kerana hanya 3 bacaan diambil.

3. Campuran petrol berlainan jenis juga boleh menyebabkan ralat bacaan pada kadar penggunaan minyak.

4. Lain kereta mungkin lain kompatibiliti petrol.

Bagi menjawab apakah betul formula baru menjimatkan, secara peribadi saya katakan ‘Ya’, kerana saya pernah gunakan petrol Petronas sebelum formula baru diumumkan, dan dengan RM50, saya dapat memandu sejauh hanya 319km.

Kajian ini adalah berdasarkan kajian peribadi saya, tiada niat nak memburuk-burukkan mana-mana syarikat petrol, apa pun pilihan di tangan anda!
-----------------------------------------------------------------
KAJIAN 2 (Credit pada En Nazri Bakhri, 2012):
Car: Proton Iswara 1.3 Manual, year 1999
Route: KL, PJ, Shah Alam with almost 100% city drive.
Driving style: economy driving. Seldom press the pedal hard except overtaking. Not a racer
Note: Each time I will fill the petrol until full tank

1. Brand:BHP Infiniti
Total cost: RM56.81 or 31.62 l
Distance: 440km
Fuel consumption: RM0.127/km or 14.16km/l
Remarks: Quick, smooth during gear transmission (from low to high). Engine noise is OK, not noisy but you still can listen it. It is exceptional when pick up. I am satisfy with it.
Grading:8/10

2. Brand: Caltex Techron 95
Total cost: RM55.94 or 31.07 l
Distance:421.7km
Fuel consumption:RM0.123/km or 14.68km/l
Remarks:When I start my engine, it is very quiet. It is quiet and smooth even during the low gear transmission. Engine noise is lower than BHP infiniti 2x. It is powerful when pick up. Almost as powerful as BHP petrol. No noise even at 110km/hr. A better fuel consumption as well.
Grading:8.5/10

3. Brand: Shell Super 95
Total cost: RM51.71 or 28.728 l
Distance: 429.5km
Fuel consumption:RM0.117/km or 15.336km/l
Remarks:I have change a new set of tires in this study. This is a very bad experience using Shell. The engine is very noisy even when I started my car. The noise of engine is noisy and rough when changing gear. Most remarkable is I hardly pick up to 110km/hr as the engine is so noisy. I will avoid using this fuel. I will reserve my view of fuel consumption as different set tires is used.
Grading:5/10

4. Brand: Petronas Primax RON 95
Total cost: RM50.41 or 28.006 l
Distance:513km
Fuel consumption:RM0.123/km or 14.618km/l
Remarks: Ordinary pick up but much better than Shell. I still heard some noise form engine when I start my car but it is acceptable level compare with Shell. Easily pick up at high gear but lack of power in low gear. Transmission is consider smooth. Surprisingly even it is more powerful than Shell, the fuel consumption is higher.
Grading:6.5/10

5. Brand: Esso / Mobil Synergy 5000
Total cost: RM63.17 or 35.093 l
Distance:486 km
Fuel consumption:RM0.113/km or 15.879km/l
Remarks: Good pick up and transmission from low gear to high gear.The engine noise is the second best just behindCaltex Techron 95. The fuel consumption is surprisingly better than any of the fuel in the market. I can not complaint anymore of this.
Grading:9/10
Since I have change my set of tyres during the test, I retest Caltex Techron 95 to cancel the tyre effects. Theprurpose is the feul consumption.
Retest of Clatex Techron 95 with new tyres give me 14.6km /l which is even less than the first test 14.9km/l. I would said the new tyres on the fuel consumption is negligible.

Ranking:
1. Mobil/Esso
2. Caltex
3. BHP
4. Petronas
5. Shell

----------------------------------------------------------------------------
# JAWAPAN & REVIEW AKU
............................................
Aku juga ada membaca beberapa artikel & case study lain tapi tak perlulah masukkan semuanya, 2 ni rasanya cukuplah kut. Fakta juga digabungkan pengalaman aku sendiri dan beberapa sahabat (pemandu) lain. Diringkaskan, untuk menjawab SOALAN diatas :
⦁1- Petrol BRAND apa paling JIMAT (RM per Kilometer)?

Mobile (Esso) paling sesuai untuk perjalanan jauh (spt highway), kurang bunyi Enjin (cranking). Pilihan kedua boleh juga Caltex dimana kelebihannya ada agen cuci enjin (techron) yg beberapa mekanik mengakui enjin (kebuk piston) pengguna caltex lebih bersih dan kurang maintenance, jugak enjin masih senyap (kurang meraung) pada top speed. Shell (dgn iklan lebih kilometer) memang boleh jauh, tapi kena berkorban dari segi bunyi cranking enjin sebab Shell lebih sesuai untuk pemanduan yg memerlukan ‘pick-up’. Petronas masih berkongsi ditangga ketiga seperti Shell cuma tak sesuai pada pemanduan jauh seperti berbukit (Highway PLUS kt Ipoh & Karak) sebab lack power pada gear rendah (gear 5 atau D rendah)

⦁2- Petrol mana paling POWER (acceleration) ?
Unless anda pelumba dan memang kaki cilok dalam town, gunalah Shell. Tapi pada average, untuk pickup (low & high gear), boleh memilih Caltex atau BHP

⦁3- Petrol 95 & 97 ada beza ka?
Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Ianya bukan perbezaan dari segi kualiti tapi campuran antara bahan dalamnnya (Pentana & Octana). Ya, Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B. Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh.

⦁4- Ada orang kata RON 97 tu bagus dan jimat/boleh pergi jauh lagi..?
Ada persepsi isi 97 lebih jimat dan lebih power dari 95. Fikirkan semula.
RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana. Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio? Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking). Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana. Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku. Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Jadi, jangan bazirkan duit anda fakta sekadar andaian. Gunakan petrol tersebut berdasarkan keperluan pembakaran enjin anda.

Secara Keseluruhan, aku simpulkan ada 2 petrol terbaik untuk digunakan. Aku tak kata jangan isi petrol yg lain, tapi tertakluk pada pilihan dan teknologi enjin masing2 sebab kereta moden enjinnya mingkin lebih efisyen. Tapi timbangkan kembali antara keperluan, kegunaan, nilai wang dan juga pengaruh iklan ..
------------------------------------------------------
Untuk kegunaan harian bagi Jem dan kepejabat, aku cadangkan CALTEX sbb jimat, enjin senyap, ada pickup dan sambil memandu, enjin anda dicuci oleh agen techronya.
Untuk pemanduan jauh pada tekstur highway kita yg straight dan berbukit, aku cadangkan ESSO/MOBIL sbb jimat (more liter per kilometer), ada pickup dan enjin tak cranking pada hi speed. Selebihnya, tepuk dada tanya selera.

Nota : tidak unsur promosi atau spekulasi di sini untuk mana2 pengeluar minyak, hanya sekadar dari beberapa review and sumber ‘experiment’ dari pengguna jalanraya kepada minyak2 kebanyakan yang ada di Malaysia. Aku jugak tidak dibayar atau ada share dari mana2 syarikat minyak untuk kenyataan ni, sekadar berkongsi pada kawan-kawan pada time berjimat pd harga minyak mahal & kurangkan kos maintenance anda.

Kalau rajin, tag / share la kt kawan2 yg ulangalik gi keja atau jalan jauh pakai keta. Harap dpt jimat kos mingguan mahupun maintenance.

Aamir Abdul Hakim

Jangan Beli Kereta Sambung Bayar, Buruk Padahnya - JPJ


ISU kereta sambung bayar bukanlah satu perkara baharu. Setiap hari, ada saja kes penipuan yang melibatkan kereta sambung bayar berlaku.

Sering menerima pertanyaan mengenai kereta sambung bayar. Rata-rata yang bertanya adakah berbaloi jika beli atau jual kereta sambung bayar. Bagaimana pula dengan risiko?

Ya, membeli atau menjual kereta secara sambung bayar terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak diduga.

Kami menyiarkan 10 risiko yang bakal anda hadapi sekiranya membeli atau menjual kereta secara sambung bayar.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai risiko kereta sambung bayar, kami menemubual Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ir. Mohamad Dalib (DIMD).


PL: Datuk, kenapa orang ramai suka beli atau jual kereta sambung bayar?

DIMD: Kebiasaannya siapa yang akan beli kereta sambung bayar? Pertama, mereka yang tidak layak membuat pinjaman seperti nama telah disenarai hitam.

Kedua, mereka yang tidak mempunyai wang untuk membayar deposit atau duit pendahuluan.

Ketiga, dokumen yang dilampirkan untuk membuat permohonan pinjaman tidak cukup kuat seperti gaji asas rendah, terlalu banyak komitmen dan sebagainya.

PL: Apakah risiko yang mereka akan hadapi jika membeli atau menjual kereta secara sambung bayar?

DIMD: Ya, membeli atau menjual kereta sambung bayar memang banyak risiko. Apa saja yang berlaku terhadap kereta itu menjadi tanggungjawab si pemilik. Contohnya berlaku kes jenayah atau disaman. Yang menerima akibatnya adalah pemilik kereta asal dan bukannya mereka yang sambung bayar.

Apa-apa saja aktiviti yang dilakukan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik kenderaan.

Pemilik juga harus ingat, kebanyakan mereka yang membeli kereta sambung bayar kebiasaannya memiliki rekod buruk seperti nama disenarai hitam, ada masalah kewangan dan sebagainya. Jadi mereka berisiko untuk tidak bayar ansuran. Akibatnya, anda terpaksa tanggung hutang.

Masalah yang paling banyak berlaku adalah kes melibatkan jualan atas jualan? Andaikan anda jual kenderaan secara sambung bayar kepada Ali. Dua bulan kemudian, Ali jual semula kenderaan tersebut secara sambung bayar kepada Abu dengan mengaut keuntungan atas angin.

Akibatnya, anda tidak tahu siapa pemilik ketiga berkenaan. Bagaimana jika bayaran bulanan tidak dibuat kepada pihak bank? Siapa yang perlu anda tuntut?

PL: Kebiasaannya sebelum membeli, kedua-dua pihak akan membuat surat perjanjian mengenai urusan jual beli. Adakah surat perjanjian ini sah?

DIMD: Walaupun ada perjanjian antara anda dan pemilik kenderaan asal, adakah ia sah dari segi undang-undang? Ya, kedua-dua pihak boleh buat surat perjanjian dan ada juga membuat stamping.

Anda harus tahu, pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar. Bila-bila masa dia boleh minta balik kenderaannya dan anda perlu serah semula

Dalam undang-undang seksyen 10 jelas dan menyebut menyatakan apabila sesuatu kenderaan yang telah bertukar milik perlu lapor di mana-mana JPJ dalam tempoh 7 hari bekerja.

Sumber : JPJ / Pandulaju

Tips Ringkas Dari Peguam Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang


Oleh : Salkukhairi bin Abdul Sukor (Peguambela & Peguamcara)


1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. .

Patuhilah undang2 yg tlh ditetapkan!

Tuesday, 25 April 2017

Selangor, Pulau Pinang Wartakan Fatwa Haram Umat Islam Merokok


Sejak 1995, jawatankuasa fatwa kebangsaan mengumumkan rokok adalah haram di sisi Islam.

KUALA LUMPUR: Hanya Selangor dan Pulau Pinang yang mewartakan keputusan fatwa mengenai hukum merokok di negeri masing-masing setakat ini, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Selangor mengambil langkah tersebut pada 1995 manakala Pulau Pinang membuat keputusan itu pada 2004.
“Kedua-dua negeri itu mengambil langkah tersebut berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 23 Mac 1995.

“Muzakarah itu telah membincangkan isu merokok daripada pandangan Islam dan telah bersetuju memutuskan merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana ia memudaratkan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja, pada Persidangan Dewan Negara semalam.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkaitan untuk memainkan peranan masing-masing supaya pandangan fatwa tersebut dipatuhi.

Monday, 24 April 2017

Mercedes-Benz Malaysia Catat Peningkatan Jualan 11 peratus


KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. merekodkan percapaian jualan terbaik suku pertama dengan mencatatkan 11 peratus pertumbuhan pada suku pertama 2017 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Syarikat kereta jenama mewah itu telah menyerahkan 2,945 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini.

Pada suku pertama 2017, Mercedes- Benz Malaysia telah menyerahkan sejumlah 1,820 unit limousin yang dihasilkan di sini merangkumi Mercedess-Benz C-Class, E-Class dan S-Class kepada pelanggan.

Menurut syarikat tersebut lagi, penyumbang utama kepada pertumbuhan jualan tersebut adalah rangkaian Mercedes-Benz SUV yang menyaksikan lonjakan sebanyak 247 peratus kepada 594 unit. 

CNN salah lapor. Manusia tertua di dunia sebenarnya ada di Malaysia




Baru-baru ini pada tanggal 17 April 2017, laman berita CNN telah melaporkan tentang kematian seorang manusia tertua yang pernah hidup di abad ini. Emma Morano yang dilahirkan pada 29 November 1899 dikhabarkan telah meninggal dunia pada umur 117 tahun. Pihak iluminasi.com telah membuat sedikit carian di internet mengenai manusia tertua di dunia namun tidak dijumpai yang melebihi rekod Emma Morano (untuk abad ini sahaja).


emma morano manusia tertua menurut cnn

Namun, berita yang dilaporkan BERNAMA mengenai seorang nenek berumur 115 tahun dan masih mampu membancuh kopi sendiri pada lima tahun lepas masih segar di ingatan penulis. Dan lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui individu tertua di Malaysia ini masih hidup sehingga kini. Jadi terbukti laporan CNN adalah tidak benar sama sekali mengenai manusia tertua di dunia itu.



puan binti ahmad kelahiran kokdiang


Manusia tertua di dunia berumur 121 tahun
Puan Binti Ahmad dilahirkan pada 12 April 1896 di Kokdiang Kedah. Menurut laporan TheStar Online, Puan Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Puan, pernah memiliki enam orang suami. Beliau menceritakan bahawa rahsia kesihatan tubuh badannya adalah dengan mengamalkan makan ulam-ulaman sejak kecil. Beliau juga cuma mengamalkan perubatan tradisional untuk masalah kesihatan yang tidak kritikal.

Pendengaran Tok Puan masih baik walaupun sudah berumur 121 tahun. Cuma penglihatannya agak kabur sedikit. Tok Puan masih mampu bergerak tanpa pertolongan sesiapa dan mampu memasak serta membancuh kopi untuk dirinya sendiri. Dewasa kini, disebabkan sudah berumur Tok Puan lebih memperbanyak berehat dari membuat kerja-kerja rumah.

Puan yang menetap di Kuala Sanglang mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, dilaporkan baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 pada 12 April lalu ekoran kekeliruan pada MyKad miliknya itu.


puan binti ahmad bersama cucu di kuala sanglang


Masalah sistem pendaftaran
Menurut laporan dari SinarHarian pada tahun 2012, sistem pendaftaran telah mengesahkan bahawa Puan Binti Ahmad hanya berumur 15 tahun justeru membuatkan beliau gagal untuk memohon BR1M pada ketika itu. Disebabkan perkara inilah menyebabkan Puan Binti Ahmad menjadi tular pada tahun 2012 yang lalu. Hal ini bagaimanapun telah diselesaikan dengan baik.

Admin Group WhatsApp boleh dipenjara Jika Ahli Sebar berita palsu


Admin WhatsApp boleh dipenjara
Kepesatan teknologi maklumat memudahkan kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Sebagai contoh, penggunaan aplikasi perbualan WhatsApp merupakan antara salah satu cabang komunikasi yang cukup popular di seluruh dunia untuk berhubung dengan ahli keluarga, sahabat handai dan yang tersayang.

Namun, tak semua pengguna bijak memanfaatkan teknologi itu ke arah kebaikan, sebaliknya ada di antara sesetengah pihak suka menyebarkan berita palsu demi mencipta sensasi semata-mata.


Bagi membendung masalah tersebut, kerajaan India telah memperkenalkan undang-undang baharu yang mana admin kumpulan WhatsApp yang menyebarkan berita palsu boleh dipenjarakan sekiranya sabit kesalahan.

Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah daripada ahli kumpulan tersebut, namun admin yang akan bertanggungjawab menerima hukuman kerana dia tidak menapis dan memadam terlebih dahulu berita palsu tersebut daripada terus disiarkan.

Kerajaan di sana terpaksa melaksanakan hukuman sebegitu berikutan sebelum ini telah banyak kes melibatkan penyebaran berita palsu menerusi WhatsApp sehingga mencetuskan perasaan huru-hara dan cemas di kalangan penduduk negara tersebut



Read more http://www.kualalumpurpost.net/sebar-berita-palsu-admin-whatsapp-boleh-dipenjara/

Tip: Cara Hilangkan Calar dan Retak Pada Skrin Telefon


Telefon calar disebabkan kunci dalam poket, terjatuh dan sebagainya memang mengjengkelkan. Kita beli telefon mahal-mahal, senang-senang saja calar macam itu.

Cuba ikut langkah di bawah bagi menghilangkan calar yang mengecewakan anda.

1. Penghilang Calar Kereta

Sekiranya anda mempunyai penghilang calar kereta, anda boleh menggunakannya untuk menghilangkan calar pada skrin telefon. Caranya juga mudah. Anda hanya perlu menggunakan sedikit krim penghilang calar kereta dan kemudiannya mengelap skrin telefon tersebut, terutamanya di kawasan calar. Kemungkinan calar tersebut akan hilang.

2. Kertas Pasir

Gunakan cara ini sebagai cara terakhir dan sekiranya cara lain tidak dapat menghilangkan calar tersebut. Kertas pasir yang digunakan juga haruslah jenis yang halus dan perlu berhati-hati ketika menggunakannya. Ini kerana kertas pasir tersebut mungkin akan menyebabkan lebih banyak calar pada skrin sekiranya tidak berhati-hati. Pastikan juga anda tidak menekan kertas pasir dengan terlalu kuat.

3. Ubat Gigi

Cara ini mungkin mengejutkan tetapi ini merupakan antara paling mudah dan murah untuk menghilangkan calar. Produk ini juga pasti boleh didapati di setiap rumah. Anda hanya perlu menggunakan sedikit ubat gigi dan kemudiannya gosok kawasan calar dengan perlahan sehingga calar tersebut hilang. Selepas itu, gunakanlah kain basah untuk mengelap ubat gigi yang tertinggal pada skrin.

4. Baking Soda

Ini merupakan cara yang sedikit merumitkan tetapi mudah dan berkesan. Anda hanya perlu campurkan 2 bahagian serbuk baking soda dan 1 bahagian air. Pastikan pes tersebut tidak terlalu cair. Selepas itu, gunakan kain yang bersih dan lap skrin anda menggunakan pes tersebut secara berhati-hati sehingga calar tersebut hilang. Pastikan pes tidak terlalu berair dan tebal. Kemudiannaya, gunakan kain bersih yang lain dan lap skrin tersebut.

5. Minyak Sayur

Minyak sayur bukanlah satu penyelesaian tetap untuk menghilangkan calar tersebut secara kekal tetapi hanya satu cara menyembunyikan calar kecilan buat sementara. Gunakan setitik minyak sayur pada calar dan ia boleh menyembunyikan calar buat sementara.

(VIDEO)GEMPAR: 2 Ekor Singa Kesayangan Agong Mati Dipatuk Ular. Ini Apa Yang Agong Kita Buat Pada Penjaga Singa Baginda!..

(VIDEO)GEMPAR: 2 Ekor Singa Kesayangan Agong Mati Dipatuk Ular. Ini Apa Yang Agong Kita Buat Pada Penjaga Singa Baginda!..






  
Pengurus Royal Kelantan Endurance Tuan Ngah Tuan Muda melihat singa jantan yang merupakan antara binatang peliharaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang terdapat di Royal Kelantan EnduranceBersempena pertabalan YDP Agong 24 April)Laporan Khas Oleh Mohd Fakri Awang Lah

BACHOK, (Bernama) -- Sesuai dengan perwatakan baginda yang tenang dan berhemah, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mempunyai sifat menyayangi haiwan, dan antara yang amat diminati Seri Paduka ialah singa.

Baginda pernah memelihara tiga ekor singa - dua betina dan seekor jantan.

Namun dua ekor singa betina itu mati akibat dipatuk ular.




Menceritakan kejadian, Pengurus Royal Kelantan Endurance Tuan Ngah Tuan Muda berkata, beliau cukup merasa reda melihat Tuanku Sultan tidak murka semasa dimaklumkan berkenaan kematian singa itu.







"Sebaliknya baginda mendengar dengan teliti setiap laporan termasuk laporan pakar perubatan haiwan yang dipersembahkan kepada baginda," kata Tuan Ngah yang telah 18 tahun berkhidmat di Royal Kelantan Endurance, di mana haiwan kesayangan baginda dipelihara.



"Baginda mula memelihara tiga ekor singa itu sekitar September tahun lepas yang dibeli dari Afrika dan ditempatkan di sebuah kandang khas berkeluasan 4 hektar," kata Tuan Ngah ketika ditemui Bernama di sini.



Tuan Ngah berkata pihaknya melakukan persiapan kira-kira enam bulan bagi menempatkan tiga ekor singa itu merangkumi pembinaan pagar elektrik, dua buah gua untuk singa berehat dan dua kandang khusus untuk memberi makan haiwan berkenaan.








"Seekor singa akan diberi makan dua hari sekali iaitu daging segar seperti lembu, kerbau atau kambing sebanyak empat kilogram.



"Bagi mengelakkan singa-singa berkenaan bosan, kami akan melepaskan beberapa ekor ayam agar singa-singa itu dapat mengekalkan kecergasan mereka," katanya.



"Baginda mahu semua haiwan yang dipelihara di sini berada dalam keadaan baik, selamat dan sihat.



"Baginda melawat kawasan ini sekurang-kurangnya dua kali sebulan," katanya.



Menurut Tuan Ngah, sifat baginda sayangkan haiwan dan minat memelihara haiwan dizahirkan dengan pembinaan 'mini safari' di kawasan seluas 74.76 hektar yang turut merangkumi 12.14 hektar kandang singa sahaja.



Katanya, safari itu yang terletak di Kampung Baruh Raja, Gunong di sini, kini mempunyai 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan.





Tuan Ngah berkata, baginda gemar menyumbang daging haiwan peliharaannya seperti kambing dan rusa kepada penduduk miskin serta anak yatim di kawasan sekitar.



Menurut Tuan Ngah, sifat baginda sayangkan haiwan dan minat memelihara haiwan dizahirkan dengan pembinaan 'mini safari' di kawasan seluas 56.65 hektar di Kampung Baruh Raja, Gunong di sini.



Tuan Ngah berkata Royal Kelantan Endurance pada asalnya adalah litar lumba kereta 'go-kart' dan kandang kuda selama puluhan tahun, namun kawasan itu bertukar menjadi mini safari berikutan minat mendalam baginda kepada haiwan.



Katanya, safari itu kini mempunyai 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan.



Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.



Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini. 

Friday, 21 April 2017

Akibat Beli dan Jual Kenderaan Sambung Bayar, Saya Hadapi Ini


Pembiayaan kenderaan yang diberikan oleh pihak institusi kewangan kepada anda adalah untuk kemudahan anda memiliki kenderaan.

Selagi kenderan berkenaan masih di dalam pembiayaan, anda tidak berhak memindah atau memberi kenderaan anda kepada pihak lain tanpa persetujuan pihak bank. Pertukaran hak milik kenderaan hanya boleh dibuat selepas anda menjelaskan keseluruhan pembiayaan anda kepada institusi kewangan.



Sambung bayar merujuk kepada kenderaan milik kita dijual kepada pihak ketiga tanpa melibatkan pertukaran hakmilik dan juga penjelasan pinjaman sepenuhnya.

Kenderaan diberikan kepada pihak ketiga dengan syarat bayaran bulanan hendaklah dijelaskan oleh pihak ketiga kepada pihak institusi kewangan secara bulanan bagi pihak pemilik sah.

Proses sambung bayar ini selalunya disertakan dengan perjanjian tambahan antara pemilik yang sah dan pemilik yang baru dan sedikit deposit diberikan kepada pihak pemilik yang sah.

Bahana sambung bayar berlaku apabila:

1. Pemilik baru tidak menjelaskan bayaran bulanan kepada institusi kewangan.
2. Terdapat saman atas kenderaan yang dilakukan oleh pemilik baru.
3. Kenderaan terlibat dengan kes jenayah.
4. Pemilik asal meninggal.
5. Pemilik asal menuntut semula kenderaan.

Apabila perkara di item 1 berlaku, maka pemilik asal akan diminta oleh pihak bank menjelaskan bayaran tertunggak dan nama akan disenarai hitamkan oleh pihak institusi kewangan.

Cukup tempoh 3 bulan tertunggak, pihak institusi kewangan akan mengeluarkan surat kepada team REPO untuk mengambil semula kenderaan dari pemilik asal.

Bila ini berlaku pemilik asal perlu menanggung kos-kos yang terlibat. Pemilik asal hanya boleh mengambil kenderaan semula selepas pembayaran tunggakan di buat.

Kegagalan membayar tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan akan membolehkan kenderaan berkenaan dilelong. Selepas lelongan sebarang kurangan dari hasil lelongan dan baki hutang perlu ditanggung oleh pemilik asal.

Sekiranya kenderaan gagal dikesan, pihak institusi kewangan akan mengeluarkan Notis Saman Tuntutan kepada pemilik asal bagi menjelaskan semua baki pinjaman. Kegagalan menjelaskan baki pinjaman akan membolehkan pihak institusi kewangan mendapatkan Notis Kebankrapan ke atas anda.

Walaupun terdapat perjanjian sambung bayar dibuat antara anda dan pihak pembeli baru, ianya tidak sah di sisi pihak institusi kewangan kerana pinjaman dan pemilikan kenderaan masih nama pemilik asal. Saman dan segala tindakan yang diambil adalah ke atas pemilik asal sahaja.

Kesimpulannya, kenderaan sambung bayar hanya akan memberikan kesusahan kepada pemilik asal kenderaan.

Manakala pemilik baru bukanlah pemilik yang sah kenderaan berkenaan dan tidak boleh dan tidak mempunyai hak untuk menuntut kenderaan berkenaan sekiranya pemilik asal mengambil kenderaan mereka semula.



Di atas ini adalah gambar proses negosiasi saya bersama pihak bank akibat kereta dijual dari sambung bayar.

Kereta ghaib, hutang kena bayar, rundingan dengan pihak bank dilakukan selepas kenderaan milik saya dan pembeli baru gagal dikesan.

Laporan polis dibuat untuk melindungi saya sebagai pemilik asal sekiranya kenderaan berkenaan digunakan untuk kes jenayah.

Pihak polis menjelaskan tiada tindakan boleh diambil ke atas pemilik baru kerana kita sebagai pemilik asal secara suci hati dan merelakan kenderaan kita diserahkan kepada pemilik baru.

Maka kitalah yang perlu membayar semua kos-kos yang terlibat.

Thursday, 20 April 2017

CELCOM service macam 'TAHI'



Penyanyi Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berkata, dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku sejak dua bulan lalu.

"Bayangkan selama ini mereka selalu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan.

"Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.

"Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini. Ada saja masalah mereka. Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak puasa hati secara umun di laman Instagram," katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Rabu.

Dafi kini sedang bercuti di Perth Australia bersama pengurusnya, Afeeq.

Pada Selasa lalu, Dafi telah meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya mengenai perkhidmatan syarikat telekomunikasi berkenaan yang sering menimbulkan masalah.

Status berkenaan berbunyi: Say no to xxxxxx! Payment nak orang buat on time... service macam taik! Penipu! Help me spread the word! Tell ur friends and family!



Status itu turut membuatkan ramai pengikutnya yang turut mempunyai masalah sama menyokong tindakan dia melakukan luahan itu secara umum.

Sementara itu, ditanya tidakkah dia takut berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak terbabit, kata Dafi, sebagai pengguna dia berhak bersuara sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?" tegasnya lapor mStar

Saturday, 15 April 2017

Pengalaman Banduan Terima 104 Sebatan - Antara terbanyak di Malaysia


“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”

Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.

Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

Dia turut dijatuhi hukuman 104 sebatan untuk semua kesalahan itu dan pelaksanaan hukuman dibuat berasingan sebanyak lima kali.

“Kali pertama saya disebat 24 kali pada 1994, diikuti (40 kali) pada Mac dan September 1996 serta dua set lagi (40 kali) secara berasingan pada 1998,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menerima kaunseling daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tak lama dulu.

Botak Chop berkata, pengalaman pahit dikurung dalam penjara dan azab dirasai setiap kali menjalani hukuman sebat benar-benar menginsafkannya dan dia berasa seperti mati hidup semula apabila diberi pengampunan serta dibebaskan.

Bagi menebus dosa dan kesalahan pernah dilakukannya, kini Botak Chop banyak terbabit dengan aktiviti kebajikan termasuk memberi ceramah dengan berkongsi pengalaman hidupnya untuk menjadi iktibar kepada orang lain.

“Saya bukan ingin berbangga dengan kejahatan saya atau berlagak seolah-olah hebat kerana pernah puluhan tahun meringkuk dalam penjara serta disebat lebih 100 kali.

“Saya cuma ingin menebus kesalahan saya. Dulu saya banyak buat jahat, jadi kini saya ingin buat baik pula pada orang lain.

“Saya percaya pengalaman dan kisah hidup saya amat berguna untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain,” katanya yang memberi ceramah kepada kumpulan kecil anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Mengimbau pengalaman setiap kali menjalani hukuman sebat di penjara, Botak Chop berkata, kebiasaannya banduan akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman sehari lebih awal.



“Sebaik saja diberitahu mulalah rasa serba tak kena dan sebelah malam pula, pasti tak lena tidur. Bila pagi, banduan yang menjalani hukuman akan diasingkan sewaktu bersarapan.

“Ketika kali pertama disebat, ada 35 lagi banduan yang menjalani hukuman itu bersama saya. Selesai makan, kami dibawa ke bilik sebat dengan saya orang pertama terima hukuman,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian diperiksa doktor dengan dipantau pegawai penjara sebelum disahkan sihat untuk menjalani hukuman.

“Apabila sebatan pertama hinggap di punggung, saya tak tahu mampukah saya habiskan baki 23 lagi sebatan. Sakitnya bukan kepalang sehinggalah sebatan terakhir.

“Rasa tak boleh digambarkan apabila daging yang terkena rotan tersiat daripada kulit dengan darah meleleh keluar. Selepas itu, bukan kata nak berjalan tapi nak berdiri pun rasa tak larat,” katanya.



Botak Chop berkata, setiap kali selepas disebat dia pulang ke sel dengan penuh penyesalan dan tidur dalam keadaan meniarap selama tiga bulan kerana tidak tahan menanggung sakit akibat luka.

“Saya dan rakan banduan saling membantu antara satu sama lain untuk meletakkan ubat. Dalam keadaan bersusah payah itu, kami bercerita sesama sendiri mengenai sesalan tak sudah.

“Malah, sampai sekarang, selepas lebih 20 tahun, rasa sakit sebatan masih terasa kerana punggung rasa kebas selain kesan jaluran dapat dilihat dengan jelas,” katanya.

Friday, 14 April 2017

Zahid dedah ada gerakan jatuhkannya dalam PRU14



Zahid dedah ada gerakan jatuhkannya dalam PRU14 | Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mendedahkan terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama 'rosak ikan bermula di kepala'.

"Saya dapat tahu ada sasaran untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) di sini (Bagan Datuk) pada PRU14," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk.

Beliau menegaskan usaha menjatuhkan beliau tidak akan berhasil sekiranya jentera BN melipatgandakan usaha pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Baca Juga : Lagi lambat tukar kerajaan, lagi banyak hutang negara

Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.

Ahmad Zahid, selaku naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, meminta jentera parti komponen BN mengubah taktik berkempen dengan menumpukan kepada sistem komunikasi atas talian untuk mendekat pengundi.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata kumpulan askar siber (cybertrooper) BN harus menangkis dan menjawab tohmahan kumpulan media pembangkang dan bukan sekadar melihat sahaja.

"Sekarang ini, kita harus mengubah taktik dengan menghubungi setiap pengundi dengan cara sistem komunikasi atas talian sama ada pengundi di sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM), kampung atau tinggal di tempat lain.

"Kaedah kempen telah berubah, maka kita mesti berubah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ucapannya menyeru semua anggota parti komponen menzahirkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan parti menjelang pilihan raya umum.

Katanya, pengundi Parlimen Bagan Datuk harus bersyukur kerana timbalan perdana menteri datangnya dari kawasan itu dan harus mengekalkan keistimewaan itu. Pejam Kelip

- Bernama

Kanak-kanak 8 tahun pandu van ke McDonald's, belajar memandu di YouTube

TERLALU berkeinginan untuk memakai burger keju McDonald mendorong seorang kanak-kanak berusia 8 tahun daripada OHIO Timur Palestin memandu van kepunyaan bapanya dan membawa bersama adiknya yang berusia 4 tahun menuju ke restoran itu.



Kejadian itu berlaku Ahad lalu sekitar jam 8 malam di negara Columbiana dimana ketika itu bapa mangsa sudah masuk tidur setelah penat seharian bekerja dan ibunya terlena di sofa ketika duduk bersama-sama anaknya.

Seorang saksi yang melihat kanak-kanak itu memandu terus menghubungi polis.

Seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Jacob Koehler ketika ditemubual oleh pemberita Fox 8 dipetik sebagai berkata, kanak-kanak itu memandu dengan jarak lebih kurang sebatu dari rumahnya melalui 4 persimpangan, perlu melintasi landasan keretapi dan memerlukan dia membelok ke kanan dan kiri.

Menurut saksi yang melihat kanak-kanak itu memandu, kanak-kanak itu dikatakan mematuhi undang-undang jalan raya dan mematuhi had laju.

Ketika tiba di restoran McDonald's itu di jalan pasar, secara kebetulan terdapat rakan kepada keluarga kanak-kanak itu yang melihat kehadiran mereka tanpa penjaga dan memberitahu datuk kanak-kanak itu sebelum membelanja kanak-kanak itu makan burger keju yang mereka ingini.

Sejurus kemudian,pihak polis tiba dan menyoal siasat kanak-kanak itu. Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak itu belajar memandu di aplikasi YouTube.

Tiada kecederaan dilaporkan dan kes ini masih dalam siasatan.

Thursday, 13 April 2017

Ezam saman Najib AS$3.66 bilion



 
Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR) Mohamad Ezam Md Noor menyaman Perdana Meneri Datuk Seri Najib Razak sebanyak AS$3.657 bilion susulan kerugian dalam syarikat milik negara 1MDB.

Selain Najib, 15 orang lagi dinamakan dalam saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pada hari ini.

Najib disaman atas kapasitinya sebagai menteri kewangan dan ketua eksekutif kerajaan Malaysia. 1MDB dan kerajaan juga dinamakan sebagai defendan dalam saman itu.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan 11 lagi bekas pengarah 1MDB dinamakan sebagai defendan.

Menurut kenyataan tuntutan Ezam, 1MDB mendapatkan dana dengan cara meminjam daripada pihak ketiga melalui pengeluaran bon.

Pinjaman itu pula dikatakan diluluskan oleh Najib.

Ezam juga mendakwa Najib dan bekas-bekas pengarah 1MDB melanggar tugas fidusiari apabila AS$3.657 bilion dibayar kepada pihak yang tidak layak.

Berdasarkan kadar semasa, jumlah wang itu bernilai RM4.41 bilion.


Ezam mendakwa defendan-defendan itu berniat menyebabkan 1MDB mengalami kerugian.

“Tindakan ini difailkan bagi membenarkan mahkamah menentukan siapa bertanggungjawab terhadap kerugian 1MDB,” katanya di kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas memfailkan saman itu.

Ezam cuba mendapatkan kembali kerugian 1MDB melalui proses mahkamah.

Bos Tak Bagi Keluar Solat, Tindakan Lelaki Ini Seterusnya Buat Majikannya Berubah Fikiran





Kerja pertama aku lepas SPM dulu kat Bonia JPO. Waktu tu JPO baru bukak lagi. Ramai member member cari kerja kat sana.
Nak diceritakan, boss aku dulu seorg Chinese, Miss Ng nama dia. Waktu first day kerja, aku mintak izin untuk keluar solat. Tetibe dia kata tak boleh. Tersentak jugak aku waktu tu. Dah laa ni pengalaman pertama aku bekerja. Tetibe nak mintak solat tak dapat.
Tapi daripada aku viral kan isu kat internet, report polis, takpun call mak ayah mengadu, aku gunakan budi bicara. Aku bagitau dia aku keluar solat tak lebih 10 min (sebab dari kedai pi surau hujung ke hujung mall). Dia kata boleh, tapi kena punch card. Aku pun terima je lah.

Lepas 10 min, aku balik. Tetibe dia tanya aku,
“Aiyoo banyak cepat. U lari ke?”
“Tak lah. Sembahyang 5 min saje. Jalan 5 min.”
Satu hari tu, 3 kali aku punch card keluar untuk solat je. Hari kedua pun aku buat benda yg sama. Masuk hari ke 3, boss aku kata tak payah dah punch card. Nak keluar solat, bagitau je dia. Hari hari lepastu, 3 bulan aku kerja takde masalah dah nak keluar solat.

Kadang kadang, mereka bukan tak bagi solat. Mereka bukan menidakkan hak kita. Jauh sekali bersikap racist. Mereka cuma TAK TAHU. Tugas kita lah untuk educate. Bagitau dia solat ni tak panjang mana. Bagi tau dia solat 5 waktu sehari ni tak sama macam solat jumaat yang siap khutbah nak dekat sejam tu. Baru dia faham. Jangan gelabah nenen sangat.
Jangan salahkan mereka semata. Aku perhati ada pekerja muslim (kedai lain) yang keluar mintak solat, tapi dalam perjalanan tu singgah dulu sembang dengan member 10 min. Hisap rokok 10 min. Mengular sana sini. Last last keluar sampai 30-40 min. Majikan mana yang tak marah? 3 kali solat dah 1 jam 30 minit break free free. Memang lah dia terus tak bagi pekerja lain keluar solat. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Sebab itu pentingnya budi bicara.
Runding, bukan berguling.