Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts
Showing posts with label ISU SEMASA. Show all posts

Saturday, 6 May 2017

Peniaga Cina paling ramai diambil tindakan oleh MBPP di Pulau Pinang

   

MAJLIS Bandaran Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan statistik tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh pihak berkuasa itu terhadap peniaga dan penjaja atas pelbagai kesalahan di Pulau Pinang dari bulan Januari 2017 hingga April 2017 berdasarkan pecahan kaum.

Jumlah peniaga dan penjaja berbangsa cina yang diambil tindakan sepanjang tempoh itu ialah sebanyak 158, sekaligus merupakan bangsa paling ramai diambil tindakan, diikuti 103 bangsa Melayu, 31 India dan lain-lain bangsa sebanyak 13.



Data ini secara tidak langsung menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya MBPP hanya mengambil tindakan terhadap penjaja Melayu namun membiarkan sahaja penjaja berbangsa Cina melakukan kesalahan di Pulau Pinang.

Antara kesalahan-kesalahan berkaitan yang disenaraikan dalam penguatkuasaan itu ialah,

1. Penjaja tanpa lesen
2. Kebersihan Premis Makanan
3. Perobohan binaan tambahan
4. Halangan
5. Hotel tanpa lesen
6. Pusat hiburan tanpa lesen

Data ini tentu sekali tidak akan dikeluarkan oleh media-media pengampu BN (sebut Barang Naik) seperti TV3, dan Utusan Malaysia.

Ini kerana media-media pengampu ini akan terus memainkan sentimen bangsa berulang-ulang kali supaya orang-orang Melayu menjadi marah kepada pentadbiran Pulau Pinang yang dipimpin oleh parti komponen Pakatan Harapan iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP).


"Jika kamu sebarkan penipuan berulang-ulang kali, akhirnya orang akan fikir bahawa penipuan itu sesuatu yang benar," — Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Nazi German — 1933 hingga 1945

Monday, 24 April 2017

Mercedes-Benz Malaysia Catat Peningkatan Jualan 11 peratus


KUALA LUMPUR – Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. merekodkan percapaian jualan terbaik suku pertama dengan mencatatkan 11 peratus pertumbuhan pada suku pertama 2017 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Syarikat kereta jenama mewah itu telah menyerahkan 2,945 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini.

Pada suku pertama 2017, Mercedes- Benz Malaysia telah menyerahkan sejumlah 1,820 unit limousin yang dihasilkan di sini merangkumi Mercedess-Benz C-Class, E-Class dan S-Class kepada pelanggan.

Menurut syarikat tersebut lagi, penyumbang utama kepada pertumbuhan jualan tersebut adalah rangkaian Mercedes-Benz SUV yang menyaksikan lonjakan sebanyak 247 peratus kepada 594 unit. 

Bantah Dr. Zakir Kerana Mahu Selamatkan Agama Islam Daripada Ajaran Sesat Zakir Naik

PENDAKWAH dan ulama Islam Dr Zakir Naik tidak diperlukan di negara ini kerana sumbangan beliau memajukan Islam tidak menguntungkan Malaysia, kata Menteri Kesihatan Dr S. Subramaniam semalam.

"Kami boleh melakukannya tanpa Zakir Naik, kerana beliau melakukannya di luar konteks Malaysia. Di sini, jika anda Buddha, yang anda lakukan dalam konteks Malaysia ... jika anda Hindu, anda lakukan dalam konteks Malaysia," kata Dr Subramaniam pada ucapan terakhir dialog Transformasi Negara (TN50) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian susulan kebimbangan belia India, yang menyuarakan kemarahan terhadap kehadiran Zakir di Malaysia.

Ada yang melabel pendakwah itu sekular, manakala yang menggesa kerajaan menyingkirkannya dari Malaysia dan membatalkan status pemastautin tetap beliau.

Dr Subramaniam, yang juga presiden MIC, berkata Zakir bukan sekular sebaliknya fundamentalis yang mahu meneruskan agenda pelampau.

"Adakah kita perlu Zakir Naik untuk menyumbang ke arah kemajuan Islam di negara ini? Jawapannya 'tidak'."

Zakir dikehendaki India bagi menjalankan siasatan ke atasnya kerana menyebarkan propaganda keganasan.

Dr Subramaniam juga berkata Malaysia perlu menguruskan perkembangan agama di negara ini dengan baik sebelum ia berubah menjadi cabaran masa depan.

Semasa sesi TN50 itu, belia juga berkongsi aspirasi bagi 2050. Tumpuan diberikan kepada pendidikan, sistem kuota, kad pengenalan serta peluang sama dalam mendapatkan kontrak kerajaan serta kemasukan ke universiti.

Sesi TN50 dengan belia India malam tadi adalah antara yang diadakan bagi menglibatkan orang ramai, khususnya golongan belia dalam membina strategi ke arah 2050.

Terdahulu


JPJ Tiada Hak Menghalang Anda 'RENEW ROADTAX' Walaupun Ada Saman Tertunggak



ISU SAMAN EKOR - MAHKAMAH, melalui kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak tahun 2009 telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.
JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan.

Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman.

Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan.

Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.

Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Puisi Kontroversi : Akhirnya Dr.MAZA Minta Maaf, Tiada Niat Singgung Penganut Hindu.

Oleh : MAZA

Puisi Kontroversi: Hindraf, Modi dan Penganut Hindu di Malaysia
1. Saya berbicara dengan beberapa rakan non-muslim yang dengan sopan dan santun memberikan respon mereka terhadap puisi saya yang kontroversi itu. Kebanyakan mereka sangat positif dengan segala pandangan saya sebelum ini. Bahkan ada yang menyatakan mereka mendekati Islam disebabkan mengikuti pandangan dan pendapat saya sebelum ini. Mereka rasa puisi itu boleh menimbulkan salah faham tentang maksud saya apatahlagi apabila HINDRAF memainkan peranan mereka.
2. Saya ingin beritahu mereka bahawa seperti yang saya jelaskan puisi itu memang sasarannya ialah tindakan Kerajaan India di bawah pimpinan Modi. Ini kerana HINDRAF asyik berhujah dengan nama Kerajaan BJP tersebut.
3. Perkataan dalam puisi ialah MEMPERTUHANKAN bukan menyembah seperti yang diubah oleh sesetengah pihak. Dalam Bahasa Melayu antara makna 'mempertuhankan' ialah mengagungkan secara berlebihan. Ini seperti seseorang menyebut 'dia mempertuhankan nafsu' maksudnya dia melebihkan nafsu atas segala. Demikian hal yang berlaku di India sehingga sanggup menyiksa ataupun membunuh manusia kerana lembu.
4. Bagi saya HINDRAF adalah pertubuhan pelampau yang mencetuskan ketegangan antara penganut Hindu dan muslim dalam negara ini melalui tindakan-tindakan mereka sejak dahulu. Masyarakat wajar menjauhi tindakan provokasi mereka.
5. Buat non-muslim yang membantah Dr Zakir, anda jangan terikut dengan HINDRAF, sebaliknya carilah bukti dari ucapan beliau yang menunjukkan beliau mengajak kepada keganasan. Bukan sekadar dakwaan semata. Jika ada bukti yang jelas, saya bersedia membantah hal itu.
6. Ada beberapa pihak termasuk muslim yang memberi pandangan kepada saya bahawa mereka tidak setuju dengan beberapa pendekatan DZN. Untuk makluman, saya sendiri sejak awal juga ada memberikan pandangan berbeza tentang pendekatan beliau. Saya beritahu beliau sendiri suasana Malaysia. Beliau ada pandangan yang berbeza setakat ini. Itu hak beliau. Namun, itu bukan alasan dia dituduh terroris dan kena dihantar ke BJP di India.
7. Akhirnya, kepada non-muslim yang tidak terbabit dengan isu ini khususnya penganut agama Hindu yang tersalah faham maksud puisi saya itu, saya secara ikhlas mohon maaf kepada mereka. Saya tidak pernah maksudkan penganut Hindu secara umum yang tidak terlibat dengan isu ini.
8. Satu dialog saya dan non-muslim akan saya aturkan dalam masa yang terdekat dan sesuai.
9. Komitmen saya kepada keadilan antara manusia yang merentasi sempadan agama dan bangsa kekal kerana itu prinsip tertinggi Islam.

1MDB Bayar Hutang RM5.28bilion Kepada IPIC

Oleh : Yaakob Osman

IPIC hari mengesahkan melalui statement mereka kepada London Stock Exchange persetujuan antara mereka dengan Kerajaan Malaysia (MOF Inc) dan 1MDB terma terma untuk menyelesaikan kes mereka dengan 1MDB.

Yang di persetujui ialah 1MDB akan bayar USD 1.2 billion (RM 5.28 bilion ) dalam 2 peringkat , bulan Julai dan December 2017.
Keduanya 1MDB dan MOF Inc akan membayar keseluruhan 2 bonds berjumlah usd 3.5 billion (RM15.4 billion ) berserta interest nya yang hanya akan matang pada tahun 2022. Interest for the next 5 years ialah RM4.5 billion jumlah nya.

Dengan ini :
1. Jelas menunjukkan 1mdb salah bayar kepada entity yang bukan related to IPIC
2. IPIC as good as tidak lagi menjamin bonds tersebut. Dan ianya sekarang menjadi tanggungjawab 1MDB dan kerajaan Malaysia.
3. Apa jua sumber kewangan yang akan 1mdb gunakan untuk bayar kesemua ini terutama nya RM5.28 billion sehingga hujung tahun ini wajib diperjelaskan kepada kepada public.
4. Ini juga bermaksud apa yang kami katakan selama setahun ini tepat.
Jadi apakah damage keseluruhan hasil dari masalah dengan IPIC dan Aabar BVI ini?
Saya jumlahkan di bawah :
1. Bayar IPIC RM 5.28b
2. Bayar Bonds RM15.4b
3. Bayar Interest bonds RM4.5
JUMLAH BESAR RM 25.18 BILLION yang perlu di tanggung oleh 1MDB dan Kerajaan Malaysia dan possibly duit cukai awak dan saya. Ini disebabkan kita berhutang asalnya RM15.4b. Sepatutnya wang ini digunakan utk membiayai projek dan menjadi untung.
Malangnya wang hutang tersebut lebur begitu sahaja kerana dibayar pada pihak yang tidak sepatutnya.
Malah hal tersebut jugalah yang menjadi pokok kepada kes DOJ di Amerika.
Walau apa jua sumber yang akan digunakan oleh 1MDB untuk bayar semua ini kita minta kerajaan telus tentang nya. Kita tidak mahu lagi gali lubang tutup lubang done by 1MDB.
Kita tahu 1MDB sudah pun jual assets2 mereka tanpa mengambil kira liability IPIC ini.
Telah banyak kali 1MDB tidak telus. Ketidaktelusan mereka menyebabkan kerajaan menanggung RM25.18 billion kes ini sahaja.
Jangan lagi mereka berdalih dengan kita untuk menjelaskan hutang2 ini. Kita tidak mahu untuk membayar ini kita menggadaikan perkara lain lagi.
Telus lah dengan rakyat kerana lambat laun perkara ini akan terus terbongkar atau dibongkar !.
p.s : Saya fikir TV3 dan Utusan akan lapor hal ini secara spin mereka dan akan mendabik dada yang 1MDB dah selesaikan hal IPIC. Malah bayaran kelak menggunakan units investments 1MDB yang kononnya membuktikan Tun M dan pembangkang sengaja fitnah 1MDB.
Let me tell u .. boleh tipu lah org tak faham.. kami yang faham akan terus jelaskan kepada mereka tanpa henti. !

Monday, 17 April 2017

Kenali Siapa Dia 'Tauke' Pemilik Kereta Mewah Adam Rosly?


Kes penahanan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Ampang Datuk Adam Rosly oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi tajuk utama berita tempatan sejak minggu lalu.

Penahanan Adam, 28, ekoran beliau didakwa memiliki kekayaan luar biasa dan SPRM turut merampas lima buah kenderaan mewah miliknya pelbagai model.

Kenderaan tersebut terdiri daripada jenis Mini Cooper, BMW 5 Series, Mercedes C200, Audi A6 dan Toyota Vellfire.

SPRM dalam oada itu kini sedang mengesan rumah dan tanah milik Adam untuk proses pembekuan susulan rampasan lima kenderaan terbabit.

Blog Captain M mendakwa, penahanan Adam menjadi punca Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berperang mulut bersama Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menyarankan Adam untuk mengisytiharkan harta.

Zuraida turut menafikan dakwaan bahawa Adam merupakan pembantu peribadinya seperti laporan media sebelum ini dikatakan menjadi batu loncatan kepada kekayaan luar biasanya itu.

“Jawatan Adam hanya sebagai ketua pemuda PKR Ampang. yang dipilih, bukannya pegawai khas saya.

“Dan beliau bukan kakitangan awam atau ada jawatan dalam Ahli Majlis. Yang nak suruh beliau isytihar (harta) kenapa?” soal Zuraida.

Captain M turut membuat siasatan terhadap kenderaan milik Adam dan mendapati kesemua kenderaan yang sering dipaparkannya di laman sosial sebenarnya milik individu lain.



Adam pernah menayangkan kereta Mercedes Benz CLS 350 di Instagram dengan nombor plat WA185P sebenarnya milik individu bernama Lee Kok Heng berasal dari Perak.

Begitu juga bagi kenderaan BMW Z4, WNT 789, yang juga ditayangkan Adam di Instagram adalah milik Lam Yoke Fong berasal dari Shah Alam.

Sementara semakan terhadap Toyota Vellfire, W171V, yang dirampas SPRM didaftarkan diatas kenderaan Honda Jazz 1.5 milik Mohd Fadhli Mudzaffar dari Batu Caves, Selangor.

Satu-satunya kenderaan milik keluarga Adam adalah Range Rover Evoque, WC171J didaftarkan diatas nama isterinya, Puteri Balqis Omar yang turut mendaftar sebagai pengundi bagi Parlimen Ampang.



Lantaran itu, Captain M menggesa Adam untuk menjelaskan hubungannnya bersama pemilik-pemilik kenderaan tersebut selain mendedahkan nama pemilik kenderaan Mercedes CLA 250, BMW 5 Series, Mini Cooper serta motosikal berkuasa tinggi, KTM Duke 690 yang ditayangkan beliau di Instagram.

Adam ditangkap pada Khamis lalu selepas tampil di Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kekayaan miliknya.



Mahkamah kemudiannya membenarkan Adam direman selama lima hari bermula Jumaat.

Selain memiliki kenderaan mewah, Adam juga dikatakan memiliki tiga buah rumah yang terletak di Ampang, Presint 14 Putrajaya, dan sebuah lagi di Ampang Saujana Elite yang bernilai keseluruhan mencecah RM5 juta.

Penahanan Adam menurut SPRM adalah mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2011.