Showing posts with label Parah. Show all posts
Showing posts with label Parah. Show all posts

Friday, 21 April 2017

Adam Rosly dakwa pinjam Duit dari Along Untuk Membeli Banglo RM1.2Juta Secara Tunai

  Adam dakwa pinjam RM500,000 dari along

Kertas pertuduhan terhadap Datuk Adam Rosly Abdulllah mendedahkan pemimpin muda PKR itu mendakwa telah meminjam lebih kurang RM500,000 daripada along.

Berdasarkan dokumen berkenaan, Adam Rosly mengaku kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pad 10 Februari bahawa dia membayar pembelian satu unit banglo di bernilai RM1.2 juta.

Pinjaman daripada along dan beberapa individu terbabit dibuat kerana beliau tidak dapat membuat pinjaman pada bank.

Dia didakwa memberi maklumat itu semasa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 Februari lalu di Putrajaya.

Menceritakan bagaimana memperoleh wang untuk membeli rumah ala Disneyland di Ampang, Adam Rosly memecahkan sumber-sumber dana itu seperti berikut:


  • Pinjaman berjumlah RM500,000, berkemungkinan lebih atau kurang, daripada “Along Leo”.
  • RM100,000 daripada ibu mentua dan RM100,000 daripada nenek (nenek baru meninggal dunia).
  • RM250,000 daripada hasil jualan kereta dan gaji pengurusan flat.
  • RM250,000 hasil perniagaan secara langsung dan tidak langsung.
  • Bagaimanapun pada 22 Februari, Adam Rosly memperbetulkan kenyataannya.


Katanya dia meminjam RM555,165 daripada Leo untuk tempoh dua tahun dan untuk menyokong pengakuannya itu, beliau mengemukakan dokumen sokongan kepada SPRM.

Daripada jumlah itu Adam Rosly berkata dia sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115.


Keterangan diberi Adam Rosly itu didakwa palsu dan dia hari ini didakwa mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, Adam Rosly boleh didenda tidak lebih RM3 juta, dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Dia berdepan keseluruhan enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim menetapkan Adam Rosly boleh diikat jamin RM300,000.

Thursday, 20 April 2017

Saya Kutip Sampah, Bawa Lori, Dekati Rakyat, Pembangkang Hanya Tahu Kutuk Sahaja - MB Perak.

Bercakap kepada pemberita, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir mempersoalkan tindakan pembangkang yang gemar memperlekehkan usaha beliau yang kerap turun padang bagi meninjau kehidupan rakyat di Perak.

Zambry Kutip Sampah
Zambry Kadir - Menteri Besar Perak
Memetik laporan Agenda Daily, Zambry berkata pendekatan turun padang memberi kesan positif kepada kepada rakyat dan kerajaan negeri dalam langkah mendekati masalah rakyat.  

Di Perak program turun padang telah dibuat sejak dulu lagi dan kita turun ke bawah melihat permasalahan rakyat jadi janganlah hanya lihat daripada konteks politik sahaja.
Saya turun padang kutip sampah di Ipoh tapi kenapa pembangkang tidak ingin turun sama?
Jika dia bertanggungjawab sebagai wakil rakyat dia kena bersama-sama saya turun padang atau mungkin dia tidak kutip sampah kerana jijik. Bagaimanapun, apabila dia menghentam dan mengkritik usaha kami, tidak pula dia rasa jijik dengan perangai sendiri”, katanya.

Zambry turut mengkritik tindakan pembangkang yang gemar memperlekehkan program kerajaan negeri sebagai meraih publisiti murahan.
Mereka tidak pernah rasa selesa dengan pendekatan yang kerajaan ambil biarpun ia berkaitan kepentingan dan keperluan rakyat. Apatah lagi program permukiman dan Menteri Besar turun ke bawah ia juga dianggap satu publisiti murahan”, katanya lagi.

Selain dari mengutip sampah, Menteri Besar Perak itu juga pernah memandu lori sampah ketika memperkenalkan konsep 'kerjasama'. Konsep itu adalah sebahagian dari langkah kerajaan negeri bagi mendekati masalah rakyat.

Zambry juga menafikan program turun padang yang dilakukan beliau merupakan gimik politik dan lakonan murahan.
Menerusi program turun padang rakyat tidak memandang serong usaha tersebut malah kami semua tidak berlakon kerana ia budaya kerja yang diamalkan selama ini.
Tidak seperti pembangkang jika pilihan raya sudah hampir baru mereka mula turun memberi ceramah dengan mengutuk dan memaki hamun kerajaan sahaja”, katanya.

Wednesday, 19 April 2017

Kisah Rosmah Lempang Najib Sampai Merah Pipi di Khalayak Ramai


Rosmah Lempang Najib Sampai Pipi Merah Cerita Palsu Jawab Rizal Mansor.

Tak sangka kisah rumah-tangga Rosmah dan Najib macam kisah rumah-tangga artis dan orang-orang seni yang popular. Sebab itula ketika viralnya kisah ini ramai pula netizens yang menunjukkan respon samada dengan komen di status berkenaan mahupun kongsi di dinding FB peribadi masing-masing.

Gosip politik yang menjadi bualan kini di samping kes 114.2j tu.




Amboi. Bapak gila kuat Rosmah melempang. Sampai didengari dari bilik lain. Boleh percaya ke neh? Macam tak cukup tinggi ja. Tangan pun spesis comel-comel je. Ekekek. Bagaimanapun sebaran berkenaan dengan pantasnya dinafikan oleh pegawai khas Rosmah iaitu Rizal Mansor.



Ada juga cakap-cakap yang mengatakan Zaharin buat cerita. Lantas dia tunjukkan bukti mesej yang diterima.



Eh, saksi pun ada.



Nampaknya wartawan yang menyampaikan cerita itu benar-benar wujud. Tapi bukan wartawan yang jadi saksi kejadian. Sebab tu dia gunakan perkataan 'dia orang' yakni dia pun menyampaikan cerita yang disampaikan padanya. Dari A ke B ke C. Kita neh kira C la. Kalau korang dapat dari aku dan bukannya Zahrain makanya ko tu dah jadi pihak D. Dalam ruangan komen Zahrain ada juga yang sembang sebaliknya. Katanya apa yang berlaku ialah Najib suruh Rosmah 'Shut Up', sebabnya Rosmah menyampuk dalam majlis berkenaan. Gila kawan-kawan, gila. Sampai hal dalam kain PM pun kita menyemak.

Patutnya kan isu Najib dilempang Rosmah ke ataupun tidak bukan menjadi urusan kita. Ini hal rumahtangga mereka. Kenapa kita neh sebagai masyarakat sepertinya menjadi obses terhadap isu-isu yang dikaitkan dengan Rosmah Mansur? Dah kena mandrem ke apa.


Kahkahkahkahkah!

Saturday, 15 April 2017

Pengalaman Banduan Terima 104 Sebatan - Antara terbanyak di Malaysia


“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”

Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.

Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

Dia turut dijatuhi hukuman 104 sebatan untuk semua kesalahan itu dan pelaksanaan hukuman dibuat berasingan sebanyak lima kali.

“Kali pertama saya disebat 24 kali pada 1994, diikuti (40 kali) pada Mac dan September 1996 serta dua set lagi (40 kali) secara berasingan pada 1998,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menerima kaunseling daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tak lama dulu.

Botak Chop berkata, pengalaman pahit dikurung dalam penjara dan azab dirasai setiap kali menjalani hukuman sebat benar-benar menginsafkannya dan dia berasa seperti mati hidup semula apabila diberi pengampunan serta dibebaskan.

Bagi menebus dosa dan kesalahan pernah dilakukannya, kini Botak Chop banyak terbabit dengan aktiviti kebajikan termasuk memberi ceramah dengan berkongsi pengalaman hidupnya untuk menjadi iktibar kepada orang lain.

“Saya bukan ingin berbangga dengan kejahatan saya atau berlagak seolah-olah hebat kerana pernah puluhan tahun meringkuk dalam penjara serta disebat lebih 100 kali.

“Saya cuma ingin menebus kesalahan saya. Dulu saya banyak buat jahat, jadi kini saya ingin buat baik pula pada orang lain.

“Saya percaya pengalaman dan kisah hidup saya amat berguna untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain,” katanya yang memberi ceramah kepada kumpulan kecil anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Mengimbau pengalaman setiap kali menjalani hukuman sebat di penjara, Botak Chop berkata, kebiasaannya banduan akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman sehari lebih awal.



“Sebaik saja diberitahu mulalah rasa serba tak kena dan sebelah malam pula, pasti tak lena tidur. Bila pagi, banduan yang menjalani hukuman akan diasingkan sewaktu bersarapan.

“Ketika kali pertama disebat, ada 35 lagi banduan yang menjalani hukuman itu bersama saya. Selesai makan, kami dibawa ke bilik sebat dengan saya orang pertama terima hukuman,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian diperiksa doktor dengan dipantau pegawai penjara sebelum disahkan sihat untuk menjalani hukuman.

“Apabila sebatan pertama hinggap di punggung, saya tak tahu mampukah saya habiskan baki 23 lagi sebatan. Sakitnya bukan kepalang sehinggalah sebatan terakhir.

“Rasa tak boleh digambarkan apabila daging yang terkena rotan tersiat daripada kulit dengan darah meleleh keluar. Selepas itu, bukan kata nak berjalan tapi nak berdiri pun rasa tak larat,” katanya.



Botak Chop berkata, setiap kali selepas disebat dia pulang ke sel dengan penuh penyesalan dan tidur dalam keadaan meniarap selama tiga bulan kerana tidak tahan menanggung sakit akibat luka.

“Saya dan rakan banduan saling membantu antara satu sama lain untuk meletakkan ubat. Dalam keadaan bersusah payah itu, kami bercerita sesama sendiri mengenai sesalan tak sudah.

“Malah, sampai sekarang, selepas lebih 20 tahun, rasa sakit sebatan masih terasa kerana punggung rasa kebas selain kesan jaluran dapat dilihat dengan jelas,” katanya.

Friday, 14 April 2017

Zahid dedah ada gerakan jatuhkannya dalam PRU14



Zahid dedah ada gerakan jatuhkannya dalam PRU14 | Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mendedahkan terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama 'rosak ikan bermula di kepala'.

"Saya dapat tahu ada sasaran untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) di sini (Bagan Datuk) pada PRU14," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk.

Beliau menegaskan usaha menjatuhkan beliau tidak akan berhasil sekiranya jentera BN melipatgandakan usaha pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Baca Juga : Lagi lambat tukar kerajaan, lagi banyak hutang negara

Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.

Ahmad Zahid, selaku naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, meminta jentera parti komponen BN mengubah taktik berkempen dengan menumpukan kepada sistem komunikasi atas talian untuk mendekat pengundi.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata kumpulan askar siber (cybertrooper) BN harus menangkis dan menjawab tohmahan kumpulan media pembangkang dan bukan sekadar melihat sahaja.

"Sekarang ini, kita harus mengubah taktik dengan menghubungi setiap pengundi dengan cara sistem komunikasi atas talian sama ada pengundi di sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM), kampung atau tinggal di tempat lain.

"Kaedah kempen telah berubah, maka kita mesti berubah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ucapannya menyeru semua anggota parti komponen menzahirkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan parti menjelang pilihan raya umum.

Katanya, pengundi Parlimen Bagan Datuk harus bersyukur kerana timbalan perdana menteri datangnya dari kawasan itu dan harus mengekalkan keistimewaan itu. Pejam Kelip

- Bernama

Kanak-kanak 8 tahun pandu van ke McDonald's, belajar memandu di YouTube

TERLALU berkeinginan untuk memakai burger keju McDonald mendorong seorang kanak-kanak berusia 8 tahun daripada OHIO Timur Palestin memandu van kepunyaan bapanya dan membawa bersama adiknya yang berusia 4 tahun menuju ke restoran itu.



Kejadian itu berlaku Ahad lalu sekitar jam 8 malam di negara Columbiana dimana ketika itu bapa mangsa sudah masuk tidur setelah penat seharian bekerja dan ibunya terlena di sofa ketika duduk bersama-sama anaknya.

Seorang saksi yang melihat kanak-kanak itu memandu terus menghubungi polis.

Seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Jacob Koehler ketika ditemubual oleh pemberita Fox 8 dipetik sebagai berkata, kanak-kanak itu memandu dengan jarak lebih kurang sebatu dari rumahnya melalui 4 persimpangan, perlu melintasi landasan keretapi dan memerlukan dia membelok ke kanan dan kiri.

Menurut saksi yang melihat kanak-kanak itu memandu, kanak-kanak itu dikatakan mematuhi undang-undang jalan raya dan mematuhi had laju.

Ketika tiba di restoran McDonald's itu di jalan pasar, secara kebetulan terdapat rakan kepada keluarga kanak-kanak itu yang melihat kehadiran mereka tanpa penjaga dan memberitahu datuk kanak-kanak itu sebelum membelanja kanak-kanak itu makan burger keju yang mereka ingini.

Sejurus kemudian,pihak polis tiba dan menyoal siasat kanak-kanak itu. Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak itu belajar memandu di aplikasi YouTube.

Tiada kecederaan dilaporkan dan kes ini masih dalam siasatan.

Thursday, 13 April 2017

Ezam saman Najib AS$3.66 bilion



 
Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR) Mohamad Ezam Md Noor menyaman Perdana Meneri Datuk Seri Najib Razak sebanyak AS$3.657 bilion susulan kerugian dalam syarikat milik negara 1MDB.

Selain Najib, 15 orang lagi dinamakan dalam saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pada hari ini.

Najib disaman atas kapasitinya sebagai menteri kewangan dan ketua eksekutif kerajaan Malaysia. 1MDB dan kerajaan juga dinamakan sebagai defendan dalam saman itu.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan 11 lagi bekas pengarah 1MDB dinamakan sebagai defendan.

Menurut kenyataan tuntutan Ezam, 1MDB mendapatkan dana dengan cara meminjam daripada pihak ketiga melalui pengeluaran bon.

Pinjaman itu pula dikatakan diluluskan oleh Najib.

Ezam juga mendakwa Najib dan bekas-bekas pengarah 1MDB melanggar tugas fidusiari apabila AS$3.657 bilion dibayar kepada pihak yang tidak layak.

Berdasarkan kadar semasa, jumlah wang itu bernilai RM4.41 bilion.


Ezam mendakwa defendan-defendan itu berniat menyebabkan 1MDB mengalami kerugian.

“Tindakan ini difailkan bagi membenarkan mahkamah menentukan siapa bertanggungjawab terhadap kerugian 1MDB,” katanya di kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas memfailkan saman itu.

Ezam cuba mendapatkan kembali kerugian 1MDB melalui proses mahkamah.