Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Friday, 12 May 2017

Al-Qur’an Tidak Larang Homoseksual – Afiq M Noor

 PUTRAJAYA: Peguam Muhammad Afiq Mohamad Noor mendakwa bahawa perbuatan homoseksual tidak salah. Ini kerana menurutnya, tidak terdapat sebarang nas daripada Al-Qur’an mahupun hadith yang ditemui berkenaan hukum hubungan homoseksual. Hukum yang wujud di dalam Al-Qur’an dan hadith hanyalah hukum untuk perbuatan liwat.

“Bila kita menyebut tentang LGBT, secara automatik, ramai di antara kita akan pergi kepada cerita Nabi Luth dan kaum dia (kaum Sadum), yang mana berdasarkan ayat Qur’an, dalam surah Al-A’raf ayat 80, yang menceritakan tentang kaum Nabi Luth, أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ.”

“Fahisyah ini perbuatan keji dan keburukan yang menyebabkan Allah S.W.T melaknat golongan gay dan homoseksual ini adalah berpunca daripada surah ini. Inilah sumbernya. Di dalam hadith, tidak ada satupun yang menyatakan tentang hukum homoseksual secara jelas.”  

Mantan Penolong Pengurus Sisters in Islam (SIS) merangkap peguam yang pernah mewakili kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata lagi, dalam kitab Al Muhalla karya Ibnu Hizmin, beliau telah mengkritik majoriti golongan ahli tafsir yang menisbahkan ayat tentang kaum Nabi Luth (kaum Sadum) sebagai dalil pengharaman kepada perbuatan homoseksual.

Menurut Ibnu Hizmin, Allah S.W.T tidak pernah melaknat kaum Nabi Luth kerana liwat. Tetapi, Allah melaknat kaum Nabi Luth atas sebab bangkangan mereka kepada rasul. Mereka (kaum Sadum) menggunakan seks (liwat) sebagai alat untuk menindas. “Zaman itu bukan sodomy suka sama suka, yang lebih tepatnya adalah dengan rape (rogol) ataupun assault (serangan).

Macam yang berlaku di Abu ‘Arid, menggunakan seks sebagai kekerasan, sebagai alat untuk menindas, sebagai bangkangan kepada nabi (Luth).” Tambah Afiq lagi, dalam kisah Nabi Luth, Allah tidak menghukum golongan lelaki sahaja, bahkan golongan wanita juga turut dihukum, seperti isteri Nabi Luth.

“Dalam cerita Nabi Luth, adakah semua orang yang dihukum? Adakah semua yang dihukum laki-laki sebab perbuatan alfahisyah? Kalau kita setuju dengan at-Thobari, alfahisyah ini adalah perbuatan liwat. Tidak. Dalam Al-Qur’an, Allah rekodkan, isteri dia (Nabi Luth) juga dihukum.”

Read more at: Menara.my

Tuesday, 9 May 2017

India Contoh Negara Sekular Terbaik – Ambiga

Petaling Jaya: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini merupakan negara sekular. Forum yang dianjurkan oleh kumpulan BEBAS baru-baru ini, kelihatan membawa naratif Malaysia sebagai negara sekular untuk menolak cadangan Pindaan Akta 355.

Datuk Ambiga Sreenevasan, salah seorang daripada panel yang dijemput turut mendakwa bahawa pemerkasaan Rang Undang-Undang Akta 355 atau RUU 355 akan memperkenalkan beberapa kesalahan hudud.

“Hudud tidak terkandung sebelum ini tetapi ianya ada sekarang. Oleh kerana itu, saya berhujah bahawa ianya menentang struktur asas Perlembagaan Persekutuan maka, ianya tidak berperlembagaan”, kata Ambiga.

Dalam satu laporan berita terbitan portal Astro Awani pada 19 Mac 2015 pula, Ambiga mendakwa bahawa Hudud tiada tempat di dalam Perlembagaan Persekutuan – yang mana ianya (Perlembagaan Persekutuan) dengan jelas menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan undang-undang jenayah Islam tidak boleh wujud seiringan dengan Kanun Jenayah Persekutuan.

Beliau juga pernah membuat kenyataan bahawa India adalah contoh negara terbaik kerana Perlembagaan negara itu yang berbentuk sekular dapat memberi jaminan hak beragama kepada semua golongan minoriti.

Ambiga mendakwa bahawa India merupakan satu contoh terbaik negara yang menjamin perlindungan hak semua rakyatnya tanpa mengira agama.

Sifat sekular India memberi satu jaminan  bahawa hak-hak kumpulan minoriti agama akan dipelihara walaupun majoriti penduduknya beragama Hindu, termasuk di bawah pemerintahan Narendra Modi.
Beliau bercakap sedemikian dalam ucapannya sempena Human Rights Day 2014 sebelum ini. Kata Ambiga, “Sekular adalah bagus, kerana ianya melindungi semua”.


"Kalau Sayang Malaysia Kenapa Duduk New Zealand?" Permaisuri Johor Bidas Pengkritik Hospital Kerajaan


Permaisuri Johor Bidas Pengkritik Hospital Kerajaan


Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Sultan Idris Shah membidas pengkritik hospital kerajaan dengan dakwaan perkhidmatan kesihatan negara berada ditakuk lama.

Menerusi akaun Facebook peribadinya, Raja Zarith berkongsi semula status yang dimuatnaik baginda pada tahun 2013 berhubung lawatan ke hospital kerajaan sempena Hari Bulan Sabit Merah.

Di dalam status berkenaan, Raja Zarith berkata, hospital kerajaan hanya mengenakan caj rawatan yang murah sungguh pun menjalani pesakit pembedahan disamping menggunakan menggunakan ubat-ubatan yang mahal.

“Salah seorang pakar sakit puan berkata, negara memiliki salah satu sistem perubatan kerajaan terbaik, dan untuk membuktikannya beliau memberitahu saya, terdapat seorang pesakit (wanita Cina) yang mengalami pendarahan teruk dan diberikan lebih 20 liter darah.

“Mereka (pihak hospital) melakukan pembedahan ke atasnya dan semasa pembedahan, ubat-ubatan yang diberikan berharga lebih RM200,000. Dia berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 42 hari. Bil hospitalnya? RM180.

“Jika dia ke hospital swasta suaminya perlu membayar puluhan atau ratusan ribu (ringgit),” tulis baginda.


Walaubagaimanapun seorang pengguna media sosial Lee Kee Shan mengkritik inisiatif kerajaan dan mencetuskan ‘perang mulut’ bersama Permasuri Johor berkenaan serta beberapa pengguna media sosial lain.

“En Lee Kee Shan – apa yang saya tulis adalah berkenaan PENJAGAAN KESIHATAN negara – di Amerika jika anda tidak kaya dan anda tidak mempunyai insuran kesihatan, anda tidak akan mendapat rawatan perubatan, pembedahan dan ubat-ubatan sepertimana rakyat Malaysia dapat.

“Dan saya TAHU apa yang saya tuliskan kerana saya mendapatkan dana untuk peralatan perubatan, katil hospital bagi HSA (Hospital Sultanah Aminah) dan HSI (Hospital Sultan Ismail),” balas Raja Zarith.


Lee Kee Shan kemudiannya membalas bahawa tidak perlu mengagungkan perkara baik sebaliknya kekurangan yang perlu dititikberatkan.

Raja Zarith kemudiannya membalas:”Saya pergi ke hospital kerajaan di Johor Bahru untuk melawat rakan saya, ahli keluarga atau pekerja yang diwadkan. Salah seorang pekerja saya dimasukkan ke ICU tetapi kini sudah pulih – dan dibenarkan keluar.

“Saya boleh lihat keadaan hospital kita sudah tua dan wadnya penuh. Tetapi orang miskin tetap dirawat,” ujarnya.

‘Perang mulut’ berterusan apabila Lee Kee Shan kemudiannya membalas, “Saya tidak kisah dengan Amerika. Saya kisah dengan negara kelahiran saya”.

Membidas kembali, Raja Zarith bertanya kepada Lee Kee Shan: “Jadi apa yang KAMU lakukan untuk negara kelahiran kamu? Mengapa kamu tinggal di New Zealand?”.


Sistem kesihatan Malaysia merupakan antara yang termurah di dunia sepertimana yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Menurut Najib, kerajaan menampung subsidi sehingga 98 peratus kos perubatan di hospital dan klinik milik kerajaan dimana caj bagi sesi rawatan biasa hanyalah RM1 sementara temujanji dengan doktor pakar berharga RM5, di hospital kerajaan dan ubat-ubatan pula diberikan secara percuma.

Bagi tahun 2017, kerajaan memperuntukkan RM25 bilion bagi perbelanjaan kesihatan yang diagihkan kepada hospital kerajaan serta Klinik 1Malaysia seluruh negara.

Sumber: Malaysian Digest

Monday, 8 May 2017

Impian berkecai buruh China di Forest City

LAPORAN KHAS Terpikat gaji mahal, ratusan warganegara China menghabiskan pinjaman masing-masing untuk membayar agen bagi mendapatkan kerja di Forest City Johor.

Malah, ada yang terpaksa meminjam wang untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial, pekerja-pekerja itu terpaksa pulang ke negara asal apabila mungkin terpaksa bekerja secara haram atau dibayar lebih rendah daripada yang dijangkakan.

Dalam tempoh dua bulan terakhir, terdapat antara mereka yang tersadai di lapangan terbang Senai, Johor, dan di jalanan sementara menunggu penerbangan pulang ke China.

Anggota Dewan Undangan Negeri Senai Wong Shu Qi berkata, kumpulan itu kini tiada lagi wang setelah membayar antara 10,000 yuan (RM6,288) hingga 24,000 yuan (RM15,092) kepada agen di negara mereka.

“Saya difahamkan oleh media tempatan bahawa seramai 50 orang daripada wilayah Jilin (di China) terkandas di lapangan terbang. Ini berlaku hampir tiap hari,” katanya kepada Malaysiakini dua minggu lalu.

Forest City dibangunkan bersama oleh Country Garden Holdings (CG) dariapda China dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Projek itu dilaporkan melibatkan lebih 70 pemaju, kontraktor dan subkontraktor China, termasuk Huaxi, Shen Teng and Hua San International.

Pekerja-pekerja asing itu diupah oleh individu-individu di China,yang dilantikan oleh subkontraktor projek.

Wang Xiaowei, pekerja 40 tahun dari Shaanxi, China, berkata beliau datang ke negara ini setelah dijanjikan gaji sehingga RM9,432 – tiga kali ganda daripada gajinya sekarang.

Terpesona dengan bayaran itu, Wang dan tiga rakannya imeminta jang untuk membayar agen.

Bagaimanapun, setiba sahaja di hotel, mereka terkejut apabila mendapati terdapat pekerja-pekerja lain telah beberapa bulan tidak mendapat gaji.

Akhirnya, kata Wang, dia terpaksa bekerja enam bulan di Malaysia semata-mata untuk membayar pinjaman untuk membayar agen.

Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka pulang ke Tanah Besar, katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di lapangan terbang Senai, Johor Bahru.

Sunday, 7 May 2017

Penjaja Melayu kena halau, kedai judi sebelah Pejabat MPK (Pahang) dibiarkan

 

SELEPAS aku tulis artikel tentang gerai kuih milik penjaja Melayu di kampung Sri Baharom Rengit, Batu Pahat kena angkut dan dirampas oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) semalam,

BACA — Penduduk berang MPBP rampas gerai kuih Melayu di kampung

Aku dihubungi oleh salah seorang sahabat pembaca dari Kuantan Pahang tentang isu yang sama namun lebih panas lagi.

Sahabat kita ini mendedahkan bagaimana warung jual makanan milik penjaja Melayu dirampas oleh Majlis Perbandaran Kuantan, (MPK), namun kedai judi haram dibiarkan beroperasi meskipun lokasinya terletak hanya bersebelahan dengan pejabat MPK.
Rujuk bukti-bukti di bawah ini:
https://www.facebook.com/groups/579669928864019/permalink/816530001844676


Seorang penjaja Melayu bernama Norhashimah Othman mengirimkan video yang dirakam olehnya menunjukkan bagaimana warung menjual Nasi Dalca miliknya dirampas oleh MPK.


"Di mana hak orang Melayu mencari rezeki yang halal pun ditindas, kedai Nasi Dalca di Bukit Beserah tidak ada mengganggu sesiapa pun untuk berniaga, Itu pun ada yang sakit hati dan mata, dah ada lesen pun dibatalkan perkhidmatan, di mana akan aku cari rezeki, mata pencarian serta periuk nasi ku ditutup," tulis Norhashimah mengirim video tersebut di group Komuniti Kuantan di Facebook.

Namun ironinya, kedai judi haram masih boleh terus beroperasi malah diketahui umum oleh penduduk Kuantan walaupun lokasinya terletak hanya bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).



Tanya sajalah kepada orang-orang yang tinggal di Kuantan, siapa yang tidak tahu lokasi kedai judi ini, yang terletak dalam bangunan di depan Kuantan Parade.

Kedai ini turut menjadi punca keretakan rumah tangga penduduk setempat akibat ramai para suami yang lalai menghabiskan duit berjudi di sini.

Saturday, 6 May 2017

Penganggur Bunuh Bekas Tunang Di Kluang dihukum ke tali gantung



Bunuh bekas tunang: Penganggur ke tali gantung Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi, Muar sebelum mahkamah menetapkan hukuman gantung sampai mati ke atas Muhammad Irshaduddin Khalis Nasuruddin.

MUAR - Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi selepas didapati bersalah membunuh bekas tunangnya pada 10 April 2015.

Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan itu terhadap Muhammad Irshaduddin Khalis Nasuruddin, 25, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Irshaduddin Khalis didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian ke atas Nursyafikah Ahmad Ismail, 20.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing, Kluang sekitar jam 5.40 hingga 5.45 petang.

Tertuduh yang pernah bekerja di sebuah kedai tayar di Johor Bahru sebelum ini bagaimanapun tenang ketika mendengar keputusan tersebut.

Terdahulu, kes dikendalikan Timbalan Pedakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh diwakili peguam bela, Nur Afiqah Hambali.

Friday, 5 May 2017

Pemandu Camry dibelasah kerana Mengganggu Jemaah Solat Jumaat di Johor


SEBUAH video yang viral di media sosial merakamkan kejadian sekumpulan jemaah masjid menyerang dan memecahkan cermin sebuah kereta secara beramai-ramai.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Kereta tersebut dilihat dipandu ke depan dan ke belakang berulang-ulang kali dalam sebuah kawasan yang begitu sesak dengan kenderaan lain dan juga orang ramai yang dilihat baru keluar dari menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.

Kejadian ini dipercayai berlaku selepas solat Jumaat sebentar tadi berdekatan dengan salah sebuah masjid di Taman Austin Perdana, Johor Baharu.

Sumber di media sosial memaklumkan kejadian ini tercetus selepas pemandu kereta berkenaan dikatakan membunyikan hon keretanya berulang-ulang kali ketika solat Jumaat sedang berlangsung kerana marah keretanya tidak dapat bergerak akibat kenderaan lain yang diletakkan menghalang laluannya.



Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah di kalangan jemaah masjid yang merasa terganggu ketika sedang menunaikan solat Jumaat sebelum itu di masjid berdekatan lalu mereka bertindak menendang dan menumbuk kereta tersebut.

Selain itu segelintir jemaah masjid bertindak kerana menganggap perbuatan membunyikan hon berulang-ulang kali ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat, satu tindakan yang tidak menghormati Agama Islam.

Khuatir diserang oleh orang ramai, pemandu kereta cuba melarikan diri dengan mencari jalan ke depan dan ke belakang bagi mengelakkan kenderaannya diserang oleh orang ramai.

Melihat keadaan kereta yang dipandu secara berbahaya telah menyebabkan sekumpulan orang lain pula bertindak menyerang kereta tersebut menggunakan topi keledar mengakibatkan cermin belakangnya pecah.

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik button 'play' untuk menonton.