Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Tuesday, 18 September 2018

Kementerian Pertahanan Mahu Ambil Tindakan Ke Atas PAS Kerana Pakai Uniform ATM

The Malaysian Insight | MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu berjanji akan mengambil tindakan ke atas PAS kerana membenarkan ahli partinya memakai uniform serupa dengan pakaian rasmi nombor satu Angkatan Tentera Malaysia.


“Kami akan berbincang perkara ini di peringkat kementerian untuk memutuskan tindakan susulan. Ini perkara serius.

“Pertamanya, kami perlu memutuskan sama ada ia melanggar undang-undang atau tidak,”
katanya kepada wartawan di Kota Kinabalu pada Ahad.

Presiden Amanah itu berada di Sabah untuk menyaksikan sambutan Hari Malaysia anjuran kerajaan negeri malam ini.

Sebelum ini, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengecam PAS kerana membenarkan ahlinya memakai uniform rasmi nombor satu pasukan keselamatan negara ketika acara “lintas hormat” Muktamar PAS ke-64 Jumaat lalu.

Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji menyeru Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap kejadian itu sebelum “keadaan tidak dapat dikawal”.

“Ia mengejutkan dan rasa tidak percaya di kalangan veteran,” katanya.

“Sebelum perkara itu tidak dapat dikawal, Patriot menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Patriot berkata tindakan itu melanggar Seksyen 140 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tiga bulan atau denda RM1,000. - 18 September 2018.

Monday, 15 May 2017

Pengeluar mahu naikkan harga gula 40 sen sekilo



MSM Malaysia Holdings Bhd dilapor masih berunding dengan kerajaan untuk menaikkan harga gula tempatan sebanyak 40 sen sekilogram bagi memastikan keuntungan syarikat itu tahun ini.

Presiden kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad berkata harga gula mentah yang tidak stabil, ditambah lagi prestasi semasa ringgit menjadikan 2017 sebagai tahun yang amat mencabar.

“Susulan turun naik harga gula mentah, kerajaan patut menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen sekilogram,” beliau dilapor sebagai berkata kepada pemberita selepas perhimpunan tahunan MSN Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Kalau Menetap Rumah Mertua Selepas Kahwin Baik Jangan Kahwin


Masa BF ajak kahwin then cakap nak tinggal dulu di rumah parents sementara nak kumpul duit menyewa itu, yang setuju dah kenapa?

Sedangkan bukan tak tahu Islam sangatlah menegaskan bila sudah berkahwin, berpisahlah bumbung daripada keluarga. Korang rasa kenapa?

Wanita-wanita, kalau BF ajak duduk rumah parents mereka selepas kahwin. sama macam korang hulur tengkuk korang untuk dipenggal. Faham tak?

Mula-mula okey, lama-lama keruh. Patutlah sebelum jadi keruh itulah bawa diri cepat keluar dari rumah itu.

Selepas berkawan dengan BF aku, setahun kemudian dia ajak kahwin. Perkara pertama yang aku tanya adalah nak duduk di mana selepas berkahwin?

Aku tak ada nak bersweet-sweet plan anak berapa orang, nama anak apa, yada-yada-yada. Dok cerita-cerita berangan buat apa? Face the reality.

Untuk membina keluar baru, perkara asas tentunya sebuah rumah untuk tinggal dan bina bersama. Bukan nak suruh mata duitan kena beli rumah dulu ke apa, menyewa dulu pun okey.

Tak kisahlah tidur bertilam toto atau makan nasi dengan kicap sekalipun.

Nak bina keluarga, keluar dari rumah family. Aku sangat bertegas dalam hal ini sebab adik beradik aku ramai. Aku pun berkongsi bilik dengan adik perempuan.

Mak aku memang bertegas kalau anak-anak dah kahwin, sila pindah keluar untuk adik-adik yang lain dapat bilik sendiri.

Aku faham maksud mak. bukan dia nak menghalau tetapi dia nak kita suami isteri ini ada tanggungjawab. Jadi, dua bulan sebelum majlis kahwin, suami aku dah bayar deposit rumah sewa siap-siap.

Pindahkan sikit-sikit barang aku dari rumah keluarga, cuma tinggalkan sikit-sikit saja pakaian yang nak dipakai.

Ada juga masa beraya di rumah bakal mentua. Bapa dia cakap dengan aku, tak payah membazir menyewa, duduk saja di rumah dia sebab ada banyak bilik kosong, kononnyalah.

Memanglah banyak bilik kosng sebab abang dan kakak dia sudah berkahwin dan tinggal di negeri yang berbeza. Dua lagi adik dia di asrama. Yang tinggal di rumah itu cuma adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Aku senyum saja tetapi dengan suami aku cakap terus terang yang aku tak nak. Sebab apa? Nanti bila time cuti sekolah ke, dah sah-sahlah rumah itu penuh dengan yang dah kahwin itu pun balik jenguk mak dia. Habis kau rasa kau boleh selesa ke?

Terus terang kalau kena menetap rumah mentua selepas kahwin, baik tak payah kahwin dulu! Baik duduk rumah mak bapak aku saja, lagi selesa. Tolong jangan jadikan gaji kecil sebagai alasan untuk melepaskan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal untuk isteri.

Suami aku pun, gaji pokok hanya tiga angka masa nak kahwin. Maka selepas bertunang, kami tak selalu keluar. Tiga bulan sekali baru jumpa. Dia pulun overtime (OT) banyak-banyak sebab tahu nak ambil anak orang. Pandai-pandailah dia cari jalan. Aku pun tak demand rumah itu mesti tersedia semua.

Awal kahwin mesin basuh pun tak ada. Menyentallah aku basuh pakaian menggunakan tangan. Tapi tak apa, asalkan bukan serumah dengan mentua.

Jangan salah faham ye, bukan aku tak suka dengan ibu mentua. Aku rapat dengan mereka dan ipar-ipar semua dan sebab nak menjaga hubungan rapat itulah aku tak nak duduk sebumbung.

Lagipun cara kita dibesarkan memang tidak sama. Dah kalau kau membesar seperti angsa yang cantik serba serbi bersih sempurna, kemudian kau masuk dalam keluarga yang macam ayam jenis berak merata, nak tak nak kau kenalah jadi ayam sama!

Kalau setakat hidup berdua pun tak mampu nak sediakan rumah, nanti anak dah tiga pun belum tentu ada rumah. Maka malam-malam dok berhimpitlah kau lima beranak dalam bilik sama.

Di situlah baju kau, baju anak-anak kau, tak rimas ke? Kalau rumah mentua sebesar rumah Yusof Haslam okeylah, tingkat rumah lagi banyak dari jumlah anak.

Ini tidak, dah tahu jumlah bilik pun tak sebanyak jumlah anak-anak yang ada, kau pula ada hati nak menyempit lagi dalam rumah itu? Itu bukan kata susah senang sama tetapi cari penyakit.

Maaflah wanita semua sebab aku sangat menyampah baca kisah menantu yang hidup derita di rumah mentua. Sebab bagi aku, kau yang pilih jalan itu pada awalnya, jadi kenapa nak mengeluh?

Tuk apa disalahkan keluarga mentua sebab yang salah adalah awak dan suami awak yang bimbang untuk bina keluarga dalam rumah yang mana awak sendiri boleh jadi surinya.

Konon duduk rumah family sementara tetapi sampai bila? Tunggu apa? Tunggu hujan emas dari langit ke? Last-last kau mereput di rumah itu meratapi nasib sedangkan kau yang menempah maut.

Aku ada kawan yang nasibnya begitu Orang jauh pantai timur, BF orang Selangor. Puas aku nasihat tetapi nak kahwin juga, kemudian tinggal dengan mentua.

Sekarang? Dah lima tahun mereka berkahwin, kurus kering dibuatnya. Hidup makan hati, makan tengah hari jangan cakaplah. Hari-hari bawa bekal.

Kadang-kadang nasi kosong dengan telur goreng saja. Kadang-kadang sayur kubis semata-mata. Dari raut wajah pun boleh tahulah yang dia tidak gembira sebab zaman anak dara menyewa dengan kawan-kawan lagi gembira aku tengok.

Paling aku kasihan kita ni ada mak. Kadang-kadang mak teringin nak berjalan menjenguk menantu dan cucu. Jadi bila mak dia datang sini, bukannya datang rumah anak tetapi ke rumah besan. Tak ke kasihan?

Sekian confession berserta nasihat daripada akak yang sudah 11 tahun berumahtangga. Alhamdulillah bahagia dan sudah berjaya membeli rumah sendiri. – Lina

Sunday, 14 May 2017

Perempuan Tidak Perlu Wali Untuk Berkahwin- Zainab


RAKYAT Malaysia mempertikaikan wakil “ulama Perempuan” dari Malaysia ke Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung baru-baru ini di kota Cirebon, Indonesia. Kongres tersebut mengumpulkan lebih 252 wakil negara-negara dan para ‘ulama perempuan’ antarabangsa.

Program menjemput Zainah binti Anwar sebagai wakil Ulama Perempuan Malaysia. Berucap pada hari pertama pembentangan, Zainah Anwar menekankan peranan wanita di dalam Islam.

Layak kah beliau menjadi wakil ulama perempuan dari Malaysia dengan penampilan yang tidak menepati seorang ulama? Oleh itu atas tujuan apa program tersebut menjemput beliau? Adakah untuk memperbodohkan umat Islam?

Beliau menyentuh tentang praktis dikebanyakan negara Islam lain yang tidak memerlukan keizinan wali untuk membolehkan mana-mana wanita untuk bernikah.

Cadangan beliau ini konsisten dengan cadangan yang pernah ditulis beliau dan dikemukakan di dalam laporan kedua dari NGO di Malaysia mengenai Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).

“Kami ingin membangun kepercayaan perempuan bahwa dalam Islam tidak ada diskriminasi, justru menjunjung tinggi peran perempuan.

Karena itu kami juga mendorong penerapan CEDAW (Convention on Elimination of All Forms of Discrimation Againts Women – Konvensi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Perempuan) di beberapa negara yang masih memegang hukum syariah,” katanya sebagaimana yang dilaporkan di dalam laman web Kongres Ulama Perempuan Indonesia. CEDAW atau Convention on Elimination of All Forms of Discrimation Againts Women sepertimana yang disebutkan oleh Zainah Anwar, menuntut komitmen negara-negara yang terlibat untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara berkenaan hak asasi wanita dan membuang semua bentuk perkara yang dilihat sebagai amalan yang mendiskriminasi wanita di setiap negara.

Zainah Anwar turut pernah terlibat di dalam penghasilan Laporan Alternatif Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia bagi menilai progres kerajaan dalam melaksanakan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).

(1) Laporan dicetak melalui sumbangan kewangan Suruhanjaya Tinggi Kanada di Kuala Lumpur antara lain, menekankan kepada perubahan-perubahan melalui tuntutan seperti menuntut supaya mana-mana undang-undang yang bersifat anakronistik seperti Seksyen 498 , kesalahan “melarikan isteri orang”, dipinda.

Laporan alternatif itu turut menuntut supaya keizinan wali bagi mana-mana wanita yang ingin bernikah dipinda. Seorang wanita seharusnya tidak memerlukan kebenaran dari seorang wali bagi memasuki alam perkahwinan.

Seksyen 13 bagi undang-undang keluarga Islam perlu dipinda menurut cadangan Laporan Alternatif tersebut. Begitu juga dengan hak golongan transgender dan pengamal LGBT, yang dikatakan didiskriminasi melalui undang-undang sivil dan syariah yang sedia ada.

Hak golongan ini turut dilaporkan sebagai ditindas oleh keputusan-keputusan fatwa di dalam negara.

Laporan turut menyatakan Fatwa kebangsaan mendiskriminasi wanita. Menurut Laporan Alternatif tersebut, buat masa ini, kekuasaan wanita ke atas tubuh badan mereka sedang “diancam” oleh fatwa-fatwa tertentu yang mempunyai unsur-unsur kawalan yang tidak munasabah.

Fatwa mengenai amalan berkhatan di kalangan wanita Fatwa yang dikeluarkan sekitar 21-23 April 2009 telah dilihat bercanggah dengan Artikel 5(a) CEDAW.

Fatwa mengharamkan pembedahan tukar jantina Wanita dan lelaki transgender di negara ini sehingga golongan ini terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk diskriminasi turut disebut sebagai perkara yang bercanggah dengan CEDAW.

Kongres yang mengumpulkan para ulama perempuan dari seluruh dunia, turut dihadiri beberapa wakil dari Malaysia.

Nama wakil Malaysia yang tersenarai di dalam daftar hadir adalah Norhayati Kaprawi, Prof Madya Dr Nur Izura Udzir, Azareena Abdul Aziz dan Rozana Mohd Isa dari SIS Forum Malaysia, Azka Annisa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohammad Afiq Bin Mohamad Nor (Afiq M Noor), Nor ‘Ashikin binti Mat Said dari Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Malaysia, Prof Datin Raihanah binti Hj Abdullah dari Universiti Malaya, Qisti Robhati dari Universiti Malaya, Siti Nur Sakinah Binti Ahmad Budiman dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fatin Nur Majdina Binti Nordin, Hazlina Abd Razak.

Juga turut kelihatan hadir ialah Zuriani Zonneveld, composer wanita yang pernah menerbitkan album artis-artis terkenal Malaysia seperti Ziana Zain, Aisyah, Fauziah Latif dan ramai lagi.

Zuriani Zonneveld yang dikenali juga sebagai Ani Zonneveld merupakan Presiden Muslim For Progressive Values (MPV) yang berpusat di Amerika.

Nampaknya Zainab Anwar ini dijemput untuk merosakan Islam.

Air Sungai dan Laut bertukar hitam di Melaka gara-gara Najis Babi



PENCEMARAN najis babi di Sungai Tuang, Melaka bukanlah satu isu baru malah ia sudah berlaku sejak berpuluh tahun. Namun sampai sekarang masalah tersebut masih tidak dapat diatasi.

Tahap pencemaran sungai bukan alang kepalang, malah sudah sampai ke tahap air sungai bertukar kepada warna hitam.

Foto yang diambil dari udara menunjukkan pencemaran najis babi telah mengakibatkan air yang mengalir dari Sungai Paya Mengkuang berwarna hitam, bukan itu sahaja, Sinar Harian melaporkan ia turut mengeluarkan bau busuk dan meloyakan.

Lihat foto berikut, air najis babi ini bukan sahaja mencemarkan sungai malah turut mencemarkan kawasan pantai yang menjadi tempat tarikan pelancong.



Pelik bin hairan, sudah berpuluh tahun pencemaran najis babi ini berlaku, namun sehingga ke hari ini kerajaan negeri Melaka dari zaman Ali Rustam sampailah kepada Idris Haron (sudah hampir habis penggal) masih tak dapat selesaikan masaalah ini.



Adakah pihak di kerajaan negeri yang sepatutnya menyelesaikan masaalah ini sudah 'kenyang' makan habuan daripada penternak babi?



Jika tidak masakan bau busuk yang begitu meloyakan, ditambah warna air di sungai dan pantai yang sudah berwarna hitam akibat najis babi pun masih tiada tindakan diambil.



Pencemaran najis babi (najis mughalazah) sudah sampai macam ni malah sudah berlaku berpuluh tahun pun kerajaan negeri Melaka tak ambil tindakan.

Kalau tak kerana kenyang makan rasuah tauke babi apa lagi penjelasan yang boleh diberi?

Adakah kerajaan negeri Melaka nak tukar nama negeri kepada Melaka darul babi?

Saturday, 13 May 2017

Pendedahan Cerita Sebenar Pemecatan Ujang, Oleh Individu Yang Pernah Bekerja Dengannya





Pada minggu lalu, kami ada berkongsikan beberapa artikel berkaitan isu Ujang dibuang kerja tanpa notis. Melalui facebook miliknya, Ujang telah memaparkan sms yang diterima akibat pemecatan beliau.

Syarikat yang diberi hak untuk menerbitkan Majalah Upin Ipin iaitu Nyla Sdn Bhd telah menamatkan penerbitan Majalah Upin Ipin. ## kami syak syarikat LCP telah menamatkan kontrak dengan syarikat ini disebabkan isu Ujang baru baru ini.

Satu perbualan tentang isu Ujang telah didedahkan di Media Sosial. Menurut individu itu, Ujang telah memutar belitkan statement tentang bayaran yang diperolehi. 15k yang dimaksudkan bukan lah payment bulanan yang diberitahu oleh Ujang tetapi one time payment yang diminta ketika pihak Nyla Sdn Bhd memberikan tawaran kerja.

Kesian juga dekat staff Nyla ni. Tak pasal pasal job Majalah Upin Ipin dah diberhentikan. Entah la benda ni staff Nyla dengan LCP je yang arif.





Sumber : Amazing Nara

Friday, 12 May 2017

Menteri ‘hairan’ Tiada Orang Puji Harga Minyak Turun


Hamzah Zainudin berharap pengguna jelas bahawa kerajaan tidak boleh mengekalkan harga minyak selama-lamanya.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hamzah Zainudin ‘hairan’ dengan sikap pengkritik yang bising apabila harga minyak naik tetapi membisu pula apabila ia turun.

“Pasal petrol ini saya hairan sesetengah orang ini kan bila harga naik 3 sen, macam-macam dia cerita. Bila turun seminggu, 2 minggu, 3 minggu berturut-turut turun senyap sahaja,” kata menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu hari ini.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan program kesedaran Akta Syarikat 2016, Hamzah berharap pengguna jelas bahawa kerajaan tidak boleh mengekalkan harga minyak selama-lamanya kerana pengaruh pasaran.

“Sudah tentu harga akan naik. Apabila sampai ke permintaan dan penawaran ini, bukan saya yang tentukan minyak di pasaran dunia,” katanya.
“Tak seperti (naib presiden PKR) Rafizi Ramli cakap ada cukai sana, ada cukai sini. Mengarut semua,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan banyak stesen minyak ditutup selepas pelaksanaan mekanisme penetapan harga, Hamzah menyerahkan kepada kebijaksanaan pengusaha minyak untuk memajukan perniagaan masing-masing.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar dilaporkan berkata antara 30 hingga 40 stesen minyak pelbagai jenama menyerahkan operasi mereka sejak pelaksanaan mekanisme penetapan harga bulanan pada Disember 2014, dan lebih banyak lagi sejak penetapan harga mingguan diperkenalkan 1 April lalu.

“Saya nak bagi contoh di kampung saya di Selama seseorang mengusahakan (stesen minyak) Caltex. Stesen itu maju. Kenapa? Dia buka cafe, buka dobi, macam-macam aktiviti yang dia lakukan. Saya rasa dia antara pengusaha yang berjaya di kampung saya.”

“Jangan hanya nak menunggu minyak itu sahaja,” katanya.