Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts

Tuesday, 18 September 2018

Kementerian Pertahanan Mahu Ambil Tindakan Ke Atas PAS Kerana Pakai Uniform ATM

The Malaysian Insight | MENTERI Pertahanan Mohamad Sabu berjanji akan mengambil tindakan ke atas PAS kerana membenarkan ahli partinya memakai uniform serupa dengan pakaian rasmi nombor satu Angkatan Tentera Malaysia.


“Kami akan berbincang perkara ini di peringkat kementerian untuk memutuskan tindakan susulan. Ini perkara serius.

“Pertamanya, kami perlu memutuskan sama ada ia melanggar undang-undang atau tidak,”
katanya kepada wartawan di Kota Kinabalu pada Ahad.

Presiden Amanah itu berada di Sabah untuk menyaksikan sambutan Hari Malaysia anjuran kerajaan negeri malam ini.

Sebelum ini, Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mengecam PAS kerana membenarkan ahlinya memakai uniform rasmi nombor satu pasukan keselamatan negara ketika acara “lintas hormat” Muktamar PAS ke-64 Jumaat lalu.

Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji menyeru Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap kejadian itu sebelum “keadaan tidak dapat dikawal”.

“Ia mengejutkan dan rasa tidak percaya di kalangan veteran,” katanya.

“Sebelum perkara itu tidak dapat dikawal, Patriot menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Patriot berkata tindakan itu melanggar Seksyen 140 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tiga bulan atau denda RM1,000. - 18 September 2018.

Tuesday, 9 May 2017

Orang Kelantan, Terengganu Paling Ramai ‘Google’ Maria Ozawa


Maria Ozawa memang kegilaan orang Asia. Sembilan negeri di Asia Tenggara mendominasi ranking sembilan teratas dalam carta carian berkaitan bekas bintang porno dari Jepun itu.

Tiga negara majoriti umat Islam – Indonesia, Malaysia dan Brunei – menduduki tangga teratas, diikuti Filipina – negara tempat tinggal aktres filem dewasa itu.

Carian Internet semasa untuk Maria juga menunjukkan peningkatan lebih 75 peratus. Sebelum ini carian tertinggi untuk Maria hanya pada paras 25 peratus, iaitu antara 8 hingga 14 Januari lalu.

Bagaimanapun, dari manakah datangnya carian ini?



Data Google Trends – setakat laporan ini ditulis – menunjukkan carian paling banyak dibuat di bandar-bandar kecil iaitu Kota Bharu dan Kuala Terengganu dengan masing-masing di tangga pertama dan kedua.

Ia kemudian diikuti oleh Kuantan, Kuching dan Kuala Lumpur yang hanya berada di tangga keenam.

Carian berdasarkan subwilayah pula menyaksikan Labuan di tempat pertama, diikuti Kelantan (2), Terengganu (3), Sabah (4) dan Pahang (5).

‘Sedia berkhidmat untukmu’

Sementara itu, di laman sosial, sejak beberapa hari lalu telah tercetus trend carian menggunakan hashtag #mariaozawa.

Ia bermula apabila Maria, 31, dua hari lepas bergambar di depan iklan minuman di Kuala Lumpur bertulis “we are ready to serve you soon” (kami sedia berkhidmat untukmu).

“Helo Kuala Lumpur,” tulis Maria wanita 31 tahun kacukan Jepun-Kanada dalam bahasa Inggeris pada akaun Instagramnya.

Di Kuala Lumpur, Maria juga mengakui berasa seperti berada di Manila kerana ramai orang Asia di negara ini.

Tulisan itu kemudian mengundang pelbagai reaksi, termasuk mesej-mesej miang dan gatal.

Maria kemudian terus memuat naik banyak lagi gambar sempena kunjungannya di sini, termasuk terbaru gambar berbikini di kolam renang semalam. – Mkini

Saturday, 6 May 2017

Peniaga Cina paling ramai diambil tindakan oleh MBPP di Pulau Pinang

   

MAJLIS Bandaran Pulau Pinang (MBPP) telah mengeluarkan statistik tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh pihak berkuasa itu terhadap peniaga dan penjaja atas pelbagai kesalahan di Pulau Pinang dari bulan Januari 2017 hingga April 2017 berdasarkan pecahan kaum.

Jumlah peniaga dan penjaja berbangsa cina yang diambil tindakan sepanjang tempoh itu ialah sebanyak 158, sekaligus merupakan bangsa paling ramai diambil tindakan, diikuti 103 bangsa Melayu, 31 India dan lain-lain bangsa sebanyak 13.



Data ini secara tidak langsung menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya MBPP hanya mengambil tindakan terhadap penjaja Melayu namun membiarkan sahaja penjaja berbangsa Cina melakukan kesalahan di Pulau Pinang.

Antara kesalahan-kesalahan berkaitan yang disenaraikan dalam penguatkuasaan itu ialah,

1. Penjaja tanpa lesen
2. Kebersihan Premis Makanan
3. Perobohan binaan tambahan
4. Halangan
5. Hotel tanpa lesen
6. Pusat hiburan tanpa lesen

Data ini tentu sekali tidak akan dikeluarkan oleh media-media pengampu BN (sebut Barang Naik) seperti TV3, dan Utusan Malaysia.

Ini kerana media-media pengampu ini akan terus memainkan sentimen bangsa berulang-ulang kali supaya orang-orang Melayu menjadi marah kepada pentadbiran Pulau Pinang yang dipimpin oleh parti komponen Pakatan Harapan iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP).


"Jika kamu sebarkan penipuan berulang-ulang kali, akhirnya orang akan fikir bahawa penipuan itu sesuatu yang benar," — Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Nazi German — 1933 hingga 1945

Thursday, 4 May 2017

Penduduk berang mahu kirim air kencing kepada PM



"JANGAN sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal," kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga menunjukkan aksi berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mengungkapkan kata-kata di atas sambil menunjukkan botol yang mengandungi kencingnya untuk rakaman video.

Ahmad menyatakan beliau terpaksa bertindak ‘kurang ajar’ untuk mengajar Shafie yang terlalu cuai dan kurang peka dengan aspirasi penduduk luar bandar terutama yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan tanpa pemantauan KKLW.

“Selama ini kita tidak pernah mengalami gangguan air, tetapi projek demi projek yang dilaksanakan KKLW telah dibuat tanpa sebarang notis sehingga mengganggu bekalan air ke kampung kami. Kadang-kadang satu bulan tiada air. Terpaksa beli daripada lori,” kata Ahmad yang berang kerana aduannya terhadap Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Jabatan Air tidak diendahkan langsung.



Menurut Ahmad, bekalan air di Kunak cukup untuk tempoh tiga puluh tahun daripada sekarang, malah terpaksa dibuang setiap hari bagi membolehkan kontraktor (Lahad Datu water Supply) memenuhi kuota bekalan air bersih setiap hari.

“Kalau mau buat projek, buatlah. Maklumkan kepada JKKK atau penduduk. Sekarang zaman modern. Semua maklumat di hujung jari. Tetapi kenapa buat senyap-senyap dan pasang paip tanpa papantanda sehingga kerja-kerja berkenaan mengganggu bekalan air ke kampung kami,” kata Ahmad yang menuding jari kepada Shafie kerana ghairah meluluskan projek tanpa mengkaji kesesuaiannya.

Tegas Ahmad, hanya Sub-kontraktor yang menjalankan kerja memasang paip baru untuk projek BALB Tingkayu, namun kerja mereka tidak diselia oleh Jurutera Jabatan Air atau Juruperunding yang dilantik.

“Tetapi jangan jadikan kami mangsa projek. Mereka mau kayakah, mau telan itu wang projek, telanlah, tetapi kenapa bekalan air kami diputuskan? Bil kami bayar. Meter kami ada, tapi keluar angin saja. Mau bilang tangki simpanan Jabatan Air tiada air, penuh pula; sampai dibuang ke parit. Apa semuanya ini?,” tanya Ahmad yang kesal kerana KKLW melantik kontraktor yang tidak berkelayakan menjalankan kerja penting berkenaan.

Oleh itu kata Ahmad, sebelum mereka bertindak memboikot pilihanraya umum akan datang atau memberikan undi mereka kepada pembangkang, Shafie wajib turun padang untuk melihat masalah penduduk kampung yang sengsara akibat pelaksanaan NKRA menyusahkan rakyat dan mengkayakan kroni Shafie.[SabahKini]

Tuesday, 2 May 2017

Jalan Johor Banyak Lubang: "Tak sampai 300 meter saya jatuh lagi dalam lubang yang lain''

"Tak sampai 300 meter saya jatuh lagi dalam lubang yang berlainan"
   

KASIHAN, itu sahajalah yang mampu diucapkan kepada sahabat kita yang menggunakan nama Helmi Belang di halaman facebook miliknya.

Difahamkan tidak sampai 300 meter beliau jatuh akibat motorsikal yang ditunggangnya terlanggar lubang, beliau sekali lagi jatuh akibat terlanggar satu lagi lubang yang berlainan.

Akibatnya, anda lihatlah sendiri Helmi mengalami kecederaan yang agak teruk di bahagian kepalanya, jelas daripada gambar yang dikongsikan, wajahnya berlumuran darah dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu.



Helmi menggesa pihak berkuasa agar memandang sekaligus mengambil tindakan serius terhadap masaalah jalan berlubang di Jalan Persisir Pantai antara Taman Rinting menuju ke Pasir Gudang Johor.

"Harap diambil tindakan serius terhadap jalan yang berlubang di jalan pesisir pantai antara taman rinting ke pasir gudang. Ini gambar saya sekarang.

Ps: Tak sampai 300m jatuh lagi sebab lubang yang berlainan," tulis Helmi di laman Facebook miliknya.

Masaalah jalan berlubang seperti ini bukan perkara baru di Johor Baharu, ia seringkali disuarakan sampaikan ada kumpulan tertentu ditubuhkan untuk menyuarakan masaalah ini.

Namun sampai ke hari ini masaalah jalan berlubang tak juga selesai. Pihak berkuasa terutama kerajaan negeri Johor pimpinan Menteri Besar Datuk Khaled Nordin nampaknya seperti tidak memandang serius masaalah ini.

Akibatnya anda lihatlah sendiri sampaikan sudah ada rakyat Johor penunggang motorsikal yang cedera akibat terlanggar jalan-jalan berlubang yang tidak dibaiki.

"Takkan nak tunggu ada yang mati baru nak bertindak?"


Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/tak-sampai-300-meter-saya-jatuh-lagi.html#ixzz4fyLpJvij

Wednesday, 26 April 2017

Para perokok akan didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.



Para perokok yang berada di Malaysia kini perlu membiasakan diri supaya tidak merokok dikawasan awam. Apabila tiba tarikh 1 Jun 2017 tindakan undang-undang akan dikenakan kepada perokok yang ingkar pada arahan tersebut .Tindakan undang-undang akan di ambil  di bawah Peraturan 11(w) dan 11(x), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017, Taman-Taman Awam di seluruh Malaysia, Taman Negara yang telah diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara Kelantan, Enakmen Taman Negara Pahang atau Enakmen Taman Negara Terengganu serta Taman-Taman Negeri seperti di dalam jadual kesembilan peraturan ini telah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.

Bagi maksud perwartaan Taman-Taman Awam, semua kawasan di Taman Awam adalah dilarang merokok kecuali tempat letak kereta terbuka manakala bagi Taman Negara dan Taman Negeri, tiga tempat utama yang menjadi tumpuan orang awam iaitu menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan jarak lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi adalah dilarang sama sekali untuk anda merokok yang telah diwartakan pada 1 Februari 2017.

merokok ditempat awam

Selaras dengan pewartaan ini, Peraturan 21 iaitu peruntukan bagi hentian pengangkutan awam tidak berhawa dingin, tempat makan berhawa dingin dan stadium terbuka dengan keluasan satu pertiga kawasan merokok adalah dimansuhkan. Ini bermakna kini semua tiga jenis permis ini adalah seratus peratus kawasan dilarang merokok termasuk rokok, cerut, lain-lain hasil tembakau dan rokok elektronik.


Penambahan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11 dan pemansuhan Peraturan 21 PPKHT 2004 adalah bertujuan untuk melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok atau lain-lain produk merokok. Ini adalah selaras dengan Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang telah dianggotai Malaysia semenjak tahun 2005. Selain daripada itu, perluasan kawasan-kawasan dan tempat-tempat dilarang merokok bertujuan untuk mengekang aktiviti merokok di tempat awam supaya budaya ini tidak diterima oleh setiap lapisan masyakarat. Bagi perokok yang melakukan kesalahan ini, mereka akan didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

denda merokok

Pihak Kementerian Kesihatan  juga menasihatkan supaya semua rakyat Malaysia dapat mematuhi peraturan ini dan menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar  bersama-sama memastikan persekitaran anda terutama di tempat tumpuan awam bebas seperti taman rekreasi,taman permainan dan lain-lain lagi besas dari bahaya asap rokok termasuk rokok elektronik.

Bangsa Johor berdukacita atas pemergian 'imam cilik'



 
Kerajaan negeri dan seluruh Bangsa Johor berdukacita atas pemergian 'imam cilik' Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi ke rahmatullah sebentar tadi, kata exco Johor Datuk Ayub Rahmat.

Pengerusi jawatankuasa kesihatan, alam sekitar, pendidikan dan penerangan negeri itu juga mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga.

“Hasrat dan impiannya menjadikan al-Quran sebagai budaya hidup seharian amatlah terpuji dan sama samalah kita berdoa semoga Allah menempatkan-Nya dalam kalangan insan yang bertaqwa dan beriman,” katanya.

Thaqif, pelajar sebuah madrasah tahfiz persendirian di Johor Bahru, dipercayai dipukul oleh seorang pembantu warden.

Allahyarham dimasukkan ke hospital Rabu lalu susulan dakwaan dipukul menyebabkan kecederaan dan jangkitan sehingga kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong.

Keadaan sama mungkin melibatkan tangannya yang hitam hingga ke paras siku. Bagaimanapun pembedahan itu ditangguhkan hari ini berikutan keadaan jantungnya dilapor tidak stabil.

Polis Kota Tinggi setakat ini masih menahan reman pembantu madrasah itu bagi melengkapkan siasatan terhadap kes itu.

Dalam kenyataan hari ini, Ayub juga berkata kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) juga telah memberikan sumbangan bagi membantu keluarga menghadapi detik sukar ini.

Beliau juga memaklumkan allahyarham meninggal dunia pada jam 2.05 petang dan akan dibawa pulang ke rumah selepas semua urusan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru selesai.

Sementara itu, di alam maya, takziah mencurah-curah disampaikan orang ramai, termasuk daripada pemimpin politik.

Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

“Amat menyedihkan. Sayu sayu mendengarnya. Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga sama ada kita sebagai ibu bapa, guru atau sebagainya. Al-Fatihah.”

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri

“Menerima berita sedih pemergian adik Mohamad Thaqif Amin ke rahmatullah. Takziah pada keluarga, semoga ditemptkn bserama para syuhada. Al-Fatihah.”

Rafizi Ramli
Naib Presiden PKR


“Saya menangis dalam hati dengan kembalinya allahyarham adik Thaqif. Apa tindakan masyarakat setiap kali kejadian menyayat hati berlaku?”

Teo Nie Ching
Anggota parlimen Kulai

“Salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh. We must not allow such tragedy to happen. (Kita tidak harus biarkan tragedi sebegini berlaku).