Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

Monday, 15 May 2017

Awas, 5 Penyakit Bakal Menyerang Anda Jika Selalu Pakai Seluar Ketat!



Celana ketat bukan hal yang asing lagi di kalangan fashionita saat ini, termasuk kamu kan? Mulai dari legging jeans, skinny jeans, sampai celana pensil pun udah menjadi bagian dari fashion sehari-hari. Rasanya nggak pede kalau pakai celana yang kedombrongan, dan sebaliknya justru pede banget kalau pakai celana yang serba mepet.

Tapi ternyata, bahaya besar sedang mengancam kamu lho kalau kamu terus-terusan pakai celana ketat sebagai fashion style setiap hari. Apa aja itu?

1. Sering kesemutan

Efek pertama yang bakal kamu rasakan ketika pakai celana ketat adalah kesemutan. Tapi kesemutan ini bukan kesemutan biasa lho, melainkan kesemutan tingkat ganas dimana kaki akan terasa terbakar, panas, hingga mati rasa. Kejadian ini pun berulang dan sering terjadi. Para peneliti mengungkapkan bahwa hal ini terjadi akibat efek tekanan dan juga metabolisme yang terganggu akibat celana ketat.


2. Penyumbatan pembuluh darah

Celana yang terlalu ketat juga bisa menimbulkan reaksi kurang baik terhadap pembukuh darah. Pembuluh darah yang harusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh dengan lancar jadi terganggu gara-gara celana yang mepet. Gak heran kalau penyumbatan pembuluh darah akan menyerangmu ketika kamu masih nekat juga pakai celana ketat.

3. Muncul jamur

Jamur sangat senang muncul di tempat-tempat yang lembap dan sempit, termasuk di area perut bawah sampai selangkangan yang tertutup celana ketat. Jamur ini akan berkembang biak sangat cepat dan tentu mengganggu kesehatanmu. Kulit yang sulit bernapas-lah yang jadi penyebab utama timbulnya jamur akibat sering pakai celana ketat.

4. Mandul

Waduh kalau efek yang satu ini emang terdengar serem, tapi emang beneran nyata lho! Sebuah penelitian di Inggris mengungkapkan bahwa kemandulan pada laki-laki dan perempuan salah satunya disebabkan oleh celana ketat yang dipakai selama bertahun-tahun. Jadi efek negatif dari celana ketat nggak cuma terjadi dalam jangka pendek aja, tapi juga ada akibat jangka panjang yang merugikanmu.

5. Kanser

Terakhir yang nggak kalah serem, celana ketat juga bisa memicu kanker ganas yang bernama melanoma. Kanker ganas ini disebabkan oleh sinar UV yang terkena tubuh yang tertutup pakaian ketat. Tanda awal penyakit ini tampak rigan, kayak muncul bulatan hitam kecil di sal;h satu bagian tubuh yang lama-lama akan menyebar ke sekujur tubuh. Dan kalau udah terlanjur terkena penyakit ini, akan sulit buat disembuhkan. Duh serem kan?

 Buat pengetahuan korang, seluar ketat metat ni dikenali sebagai hipster

+ Lelaki yang pakai seluar ketat tu gay kah ?
+ Lelaki yang pakai seluar ketat tu metroseksual kah ?
+ Lelaki yang pakai seluar ketat tu maskulin kah ?
+ Lelaki yang pakai seluar ketat tu rasa diri dia hensem kah?

Kalau korang lelaki yang suka pakai seluar ketat metat tu boleh la bagi jawapan ya..setahu aku kalau lelaki pakai seluar ketat ni, orang akan cop dia sebagai bapok.

Hukum Memakai Seluar Ketat

Soalan : Assalamualaikum, saya nak tanya apakah hukum seorang lelaki yang terlibat dalam sukan lumba basikal memakai seluar ketat tetapi panjang sampai ke buku lali. Boleh dikatakan seluar tu ikut bentuk tubuh lelaki yang memakainya. Sekian terima kasih.....dari Kulim, Kedah.

Jawapan :
Haram atas perempuan memakai seluar ketat hingga menampakkan bentuk punggung atau pahanya.
Ada pun kaum lelaki maka hukumnya adalah makruh tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya maka tidak sunyi hukumnya dari haram, wallahua'lam. 

Saturday, 13 May 2017

Pendedahan Cerita Sebenar Pemecatan Ujang, Oleh Individu Yang Pernah Bekerja Dengannya





Pada minggu lalu, kami ada berkongsikan beberapa artikel berkaitan isu Ujang dibuang kerja tanpa notis. Melalui facebook miliknya, Ujang telah memaparkan sms yang diterima akibat pemecatan beliau.

Syarikat yang diberi hak untuk menerbitkan Majalah Upin Ipin iaitu Nyla Sdn Bhd telah menamatkan penerbitan Majalah Upin Ipin. ## kami syak syarikat LCP telah menamatkan kontrak dengan syarikat ini disebabkan isu Ujang baru baru ini.

Satu perbualan tentang isu Ujang telah didedahkan di Media Sosial. Menurut individu itu, Ujang telah memutar belitkan statement tentang bayaran yang diperolehi. 15k yang dimaksudkan bukan lah payment bulanan yang diberitahu oleh Ujang tetapi one time payment yang diminta ketika pihak Nyla Sdn Bhd memberikan tawaran kerja.

Kesian juga dekat staff Nyla ni. Tak pasal pasal job Majalah Upin Ipin dah diberhentikan. Entah la benda ni staff Nyla dengan LCP je yang arif.





Sumber : Amazing Nara

Friday, 12 May 2017

Surau Taman Austin Megalah, letak banner 'Jangan halang lalu lintas'




 
Kain rentang dinaikkan di luar sebuah surau di Johor Baru bagi menggesa jemaah yang menunaikan solat Jumaat di situ agar meletak kenderaan secara teratur dan tidak menghalang lalu lintas.

Jumaat lepas, beberapa jemaah surau ini menjadi berita utama apabila seorang lelaki diserang akibat membunyikan hon semasa solat Jumaat apabila keretanya dihalang oleh kenderaan yang diletakkan di kawasan itu.

Video mengenai kejadian itu tersebar luas di media sosial.

Polis menahan beberapa lelaki yang berkaitan dengan kes itu, manakala pemandu tersebut juga telah memohon maaf.


Menurut laporan NST Online, walaupun kenderaan diletakkan di kedua-dua belah jalan raya tengah hari ini, trafik di kawasan itu tidak terjejas.

Selain itu, empat anggota Rela turut ditempatkan bagi mengawal lalu lintas.

Remaja Lawan Arus Bebas Dan Terlepas Dari Tuduhan Mengambil Dadah



BUTTERWORTH: Seorang ramaja perempuan berusia 19 tahun yang sebelum ini menjadi tular memandu melawan arus dalam kejadian 15 Mac lalu telah dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan mengambil dadah di Mahkamah Majistret di sini pagi ini, lapor Utusan Malaysia.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Majistret Jamaliah Abd. Manap selepas pihak mahkamah telah mendapati keputusan ujian air kencing tertuduh, Ng Pei Ven negatif, mahkamah juga mengarakan supaya wang jaminan berjumlah RM5,000 dipulangkan.

Bagaimanapun, perbicaraan dan pendakwaan sebenarnya tidak tamat di situ sahaja kerana pada 5 Julai pula, sebutan kes atas pertuduhan kedua iaitu memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian akan disebut semula.

Dalam kejadian sebelum ini, tertuduh yang juga model sambilan didakwa memandu melawan arus di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini sehingga terbabit dalam kemalangan yang membunuh seorang pemandu, Mohamad Fandi Rosli. 

Blogger Umno dedah penipuan Cabutan Bertuah Umno di Stadium Bukit Jalil

   

RUPA-RUPANYA berlaku penipuan di dalam penganjuran Cabutan Bertuah di Stadium Bukit Jalil semalam yang dianjurkan bagi 'mengumpan' ahli-ahli Umno supaya hadir beramai-ramai ke Perhimpunan 71 Tahun Umno itu.

BACA JUGA — Punca ahli-ahli Umno jerit 'boo' ketika Najib potong kek

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang blogger veteran Umno, melalui laman facebook miliknya Azmi Ibrahim.



Difahamkan, antara syarat-syarat kelayakan untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan itu ialah WAJIB HADIR KE STADIUM BUKIT JALIL, kerana cabutan melalui undian akan DILAKUKAN DI DALAM STADIUM BUKIT JALIL.

Namun rupa-rupanya, nama-nama pemenang bagi hadiah-hadiah lumayan cabutan bertuah berupa kereta Proton Perdana Accord dan juga motorsikal Modenas, didakwa sudah berada dalam simpanan penganjur sejak dua hari awal.

Perkara ini sekaligus menjawab persoalan ramai ahli-ahli Umno yang hadir di Stadium Bukit Jalil semalam, tentang mengapa tiada cabutan bertuah dijalankan dalam stadium?



Azmi turut mendedahkan sekeping gambar senarai nama-nama pemenang cabutan bertuah lengkap dengan butiran diri termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon dan juga nombor ahli Umno.

Gambar ini seterusnya menjadi viral di media sosial sekaligus menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Antara yang menarik perhatian ialah status Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kiriman di facebook rasminya turut menyindir tentang penipuan itu.



"P/S: Cabutan bertuah jenis apa ni, dua hari awal sudah ada nama pemenang?" soalnya dalam nada menyindir.

Kalau kita lihat nampaknya hanya kroni-kroni pimpinan atasan Umno sahaja yang berjaya menerima hadiah lumayan cabutan bertuah tersebut.

Penyokong dan ahli Umno bawahan cukuplah setakat dapat dengar amanat Presiden Umno selain dibekalkan dengan RM50. Tidak termasuk ramai mahasiswa UiTM yang diperdaya dan dipaksa hadir ke himpunan tersebut bagi mendapatkan markah kehadiran kokurikulum.


Pelajat UiTM Mengaku dikerah ke acara Umno Cara 'KOTOR'

 
Semalam merupakan ulang tahun Umno yang ke-71. Dalam ribuan hadirin yang menghadiri upacara penuh bersejarah itu, siapa sangka ada hati yang terluka.

Itulah yang dihadapi oleh sesetengah mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang pada awalnya didakwa dimaklumkan mereka diwajibkan hadir ke “Program Sukarelawan Patriotisme Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Seawal jam 10 pagi sebanyak 110 buah bas dengan ke muatan 44 orang mahasiswa mereka bergerak ke Bukit Jalil secara berperingkat, namun setibanya di situ, tiada program seperti yang dimaklumkan sebaliknya ia adalah sambutan ulang tahun Umno yang ke-71.

Menurut mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq, UiTM mewajibkan mahasiswa yang mengikuti kelas kokurikulum untuk menghadiri program itu dan sekiranya ingkar, mereka akan diambil tindakan.

“Pihak UiTM kata ini program sukarelawan tapi kami kena tipu. kami datang dari pagi lagi duduk bawah pokok, dah dua kali periksa darah dan sekarang duduk balik bawah pokok.

“Sekarang ni dah letih sangat, tak tahu nak buat apa-apa dah sekarang ni,” katanya kepada Malaysiakini.



Seorang anggota lembaga pengarah UiTM Datuk Irmohizam Ibrahim menyifatkan dakwaan itu sebagai “fitnah” yang boleh mencemarkan nama institusi itu.

Sementara Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa juga dilapor menafikan dakwaan itu, dengan berkata sambutan malam tadi "terbuka" kepada sesiapa yang berminat.

Ia bagaimanapun selari dengan dakwaan Pemuda PKR dan Pemuda DAP yang mendedahkan dakwaan rakaman skrin WhatsApp dan surat menyurat berkaitan.

Kesemua mahasiswa yang ditemui Malaysiakini semalam enggan nama penuh mereka disiarkan.

'Kami ada parti sendiri'

Mahasiswa yang mahu dikenali sebagai Razak pula mempersoalkan mengapa kerajaan sebelum ini melaungkan mahasiswa tidak boleh terlibat dengan politik namun bertindak sebaliknya.

“Sudahlah macam program yang dia kata pada awalnya itu tak ada. Saya rasa program hari ni kurang sesuai, sebab kerajaan kata pelajar tak boleh terlibat dengan politik tapi ini dah lain dah ni,” katanya.

Bagi Ismail, UiTM tidak boleh memaksa pelajar yang sudah berusia 21 tahun ke atas ke program Umno memandangkan mereka sudah boleh mengundi.

“Kami dah berusia 21 tahun, tak bolehlah paksa macam ini. Kami pun ada parti yang kami pilih dan lebih-lebih lagi undi ini rahsia,” kesalnya.



Namun lain pula yang dihadapi oleh pelajar sebuah kolej apabila mereka pada awalnya hanya diberitahu untuk hadir ke program “Kadet Pispa” dalam program sukarelawan bersama menteri.

Menurut pelajar yang mahu dikenali sebagai Faiz, beliau dan rakan-rakannya tidak menyangka akan dikerah ke program ulang tahun Umno.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil hari ini, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai urus setia majlis ulang tahun Umno ke-71 tiba-tiba memberi baju parti yang berwarna merah untuk dipakai.

Malah lelaki tersebut turut mengingatkan semua pelajar supaya tidak mengambil gambar dengan memakai baju Umno serta memuat naiknya di laman sosial.

“Pada awalnya dia kata datang program lain, tapi rupanya program Umno. Kami dari pagi lagi ini, penat sangat dah dan tak tahu dah nak pergi mana, kalau tahu program macam ini kami tak datang,” katanya yang mendakwa dibekalkan wang sebanyak RM10 setiap seorang.

Pelajar tahfiz baca Yasin

Selain mahasiswa turut kelihatan juga pelajar tahfiz yang berusia dalam lingkungan 13 tahun yang turut diawasi oleh gurunya.

Menurut Ketua warden Sekolah Tahfiz Imtiyaz Ulul Albab Alor Gajah Melaka, Anuar Ismail kedatangan seramai 230 pelajarnya yang berusia 13,14 dan 16 tahun itu sekadar menghadiri undangan dari Rimbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Katanya, mereka dipanggil untuk membacakan Yasin sempena Nisfu Syaban dan menafikan terlibat dengan politik.

“Kita tak terlibat dengan politik, kita datang untuk baca yasin sebab Nisfu Syaban. Bagi saya kita tak boleh campur aduk politik, ini jemputan Datuk Seri Ahmad Zahid nak sambut Nisfu Syaban,” katanya yang menambah tidak memaklumkan kepada ibu bapa pelajar itu.

Mengikut tinjauan Malaysiakini, pelajar-pelajar ini hanya duduk berkeliaran sejak tengah hari tadi sebelum menunggu kedatangan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Pengunjung ke acara itu berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk kereta yang semuanya berjumlah hampir RM1 juta.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Umno berkaitan perkara ini.

Pelajar UiTM Disuruh Menyanyi Lagu 'Love Najib' pada Sambutan Ulang Tahun Umno



Sambutan ulang tahun ke-71 Umno dikatakan yang terbesar pernah diadakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Mei, 2017.

SAMBUTAN ulang tahun Umno ke-71 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil hari ini turut dihadiri pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menerima arahan wajib hadir.

The Malaysian Insight difahamkan pelajar tersebut merupakan pelajar kokurikulum  tahun satu hingga tiga, serta turut melibatkan pelajar badan beruniform tahun satu.

Seorang pelajar UiTM Shah Alam yang tidak mahu mendedahkan namanya berkata arahan untuk menghadiri acara ini datangnya daripada pengurusan tertinggi universiti.

"Kami dapat arahan ini masa (pada hari) Selasa dan Rabu yang kata kami wajib hadir sebagai sukarelawan," katanya semasa ditemui di stadium hari ini.


Pelajar itu mendakwa arahan tersebut di hantar menerusi aplikasi whatsapp sambil menunjukkan kiriman pesanan tersebut kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, pelajar tahun satu itu berkata setakat ini mereka tidak diberikan sebarang tugas.

"Tidak ada pulak, tidak ada susun kerusi ke apa, apa ke jadi kita cuma jalan- jalan di sini."

Tambahnya lagi, mereka juga diberi pengecualian kuliah selain dijanjikan sijil sukarelawan. Makan minum akan turut disediakan seperti dinyatakan dalam kiriman whatsapp tersebut.
Sementara itu sekumpulan pelajar UiTM yang ditemui The Malaysian Insight merungut kerana dipaksa hadir

"Kita cuma dapat arahan wajib datang, jadi kita datang, kata diberi makan minum kupon tapi kami tak dapat apa-apa pun.

"Dari pagi tadi kami tunggu dan duduk tak buat apa- apa, kami macam nak balik," kata mereka yang enggan memberikan nama.

Ada juga pelajar UiTM yang enggan memberi komen apabila ditanya dan memberi alasan tidak dibenarkan menjawab soalan media.

"Kita cuma pelajar kak, ini arahan daripada universiti kita tak boleh bercakap, " kata pelajar itu.

Selain itu, pelajar juga memberitahu The Malaysian Insight yang mereka terpaksa menunggu sehingga jam 11.30 malam dan tidak dibenarkan pulang kerana perlu menandatangani kehadiran.

"Kita nak balik tadi, tapi kawan kata tak boleh sebab ada ada tandatangan kehadiran, kalau kita balik takut dianggap ponteng," keluh kumpulan pelajar terbabit.

Difahamkan sebanyak 110 buah bas membawa pelajar UiTM untuk menghadiri sambutan ulang tahun Umno berada di Stadium Bukit Jalil sejak jam 10 pagi.

Sambutan ulang tahun 71 tahun Umno ini dikatakan acara terbesar pernah dianjurkan setakat ini. Antara acara yang dirancang ialah cabutan bertuah RM1 juta kepada ahli Umno. – 11 Mei, 2017.