Showing posts with label Info Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Info Ilmiah. Show all posts

Tuesday, 9 May 2017

Selepas Kantoi Menfitnah Cina Yang Bunyikan Hon, Adakah Melayu Meminta Maaf?

Minggu ini laman sosial hangat dengan kisah yang berlaku di Surau Jalan Taman Austin Perdana. Sana sini memperkatakan isu berkenaan dalam pelbagai versi dan cerita. Satu demi satu saksi kejadian kononnya tampil memberikan penjelasan dan kisah 'sebenar' apa yang berlaku di Taman Austin.

Kita mendengar, diberitahu dan diceritakan dari pelbagai kumpulan;


1. Ada jemaah yang dilanggar

2. Penumpang kereta wanita pula terjerit-jerit marah dan enggan tolenrasi
3. Kejap hon masa khutbah, kejap hon masa solat, kita yang membaca pun jadi pening kepala
4. Pemandu kereta kurang ajar dan biadap, main langgar dan reverse kenderaan ikut suka sampai langgar beberapa orang, dikejar sebab melanggar dan bukannya kerana membunyikan hon
5. Paling tular, jalan itu sebenarnya ditutup. Sudah ada pengumuman disediakan menerusi papan tanda, sudah tentu cina itu bersalah kerana tidak membaca dan berdegil kerana masih menggunakan jalan tersebut

Cerita asli hilang, cerita ditambah dengan elemen fitnah viral 



Penulis, ketika cerita ini hangat diperkatakan 'berkesempatan' terdengar umpatan orang ramai ketika sakan menunggu saudara di kawasan awam.


Menunggu di cafe, ada yang membuka cerita ini, dan kepada cina dipersalahkan kerana enggan mengikuti arahan yang tertera di papan tanda.

Apabila membuka facebook dan membaca komen, ternampak juga komen-komen yang menyalahkan cina kerana tidak mengikuti arahan yang tertera di papan tanda.

Begitu juga di group-group WhatsApp.

Begitu juga di blog-blog pro kerajaan.

Propaganda menyalahkan cina terlalu kuat seolah-olah melayu muslim itu tiada salahnya. Hujah mereka, papan tanda, papan tanda dan papan tanda. Yeah, arahan di papan tanda jelas, jalan ditutup jadi kenapa kau sibuk masuk jalan itu juga? Kenapa guna? Kenapa lalu, papan tanda kata dah tutup, berapa lama duduk Malaysia yang menjadikan kau tidak tahu? Tidak sensitif dan tidak peka?

Ini HUJAH LELAKI MELAYU MUSLIM.


Ingin ditekankan pengguna jalanraya tidak tertakluk kepada LELAKI MELAYU MUSLIMS sahaja. Ada bukan muslim, ada wanita juga. Samada mereka muslim ataupun bukan muslim. Parking bersepah merata dan berterabur tidak hanya menyusahkan PENGGUNA MUSLIMS malahan MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA TERMASUKLAH KAUM WANITA MUSLIMS juga.


Ada jalan yang sampai menutup laluan motor malahan ada jalan yang parking berlapis menyempitkan laluan pengguna jalanraya yang tiada kena mengena dengan solat jumaat.


Ada juga kereta yang kacau parking motor. 


Semua neh mereka buat atas nama, ah aku nak solat, kau toleransi la sikit. Bukannya lama, 10 minit je. Kalau boleh nak parking betul-betul depan masjid. Kalau ada parking dalam masjid, dalam masjid itu juga la LELAKI MELAYU MUSLIMS ini akan parking.


Taknak jalan jauh sikit. Ini la punca parking jadi berterabur dan menyusahkan orang lain. Oleh kerana dah terbiasa menyusahkan orang lain mereka meneruskan amalan tersebut seolah-olah ianya bukan satu kesalahan untuk terus mengamalkan perangai dan tabiat menyusahkan orang lain.


Perangai nak menghalalkan sikap pentingkan diri lelaki muslims itu mereka bawa sampai heret papan tanda yang langsung takde kaitan dengan tempat kejadian. Akibatnya cina itu telah diserang dengan pelbagai tohmahan dan insiden tersebut bertukar menjadi perkauman. Sehingga polis terpaksa keluarkan kenyataan bagi meredakan keadaan. 


Faktanya. Papan tanda itu bukan di laluan yang menjadi polemik Surau Taman Austin. Pada yang menyebarkan, siap dengan komen maki hamun kutuk mengutuk, adakah mereka mahu membetulkan kesilapan?


Untuk rekod, terdapat laporan berita dari Harian Metro yang menyebut insiden di hari jumaat lepas berjaya diselesaikan secara baik di antara kedua-dua kumpulan yang bertelagah. Tetapi ianya menjadi polemik hebat di laman sosial berikutan penyebaran gambar papan tanda dan tindakan sesetengah pihak yang mengapi-apikan keadaan. Sudah tentulah penulis tak mampu menulis lebih-lebih kerana mereka itu penyokong parti tertentu. Penulis ini kalau tersalah sikit pun silap-silap berakhir di pintu penjara. ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

Cina racist pun naik lemak


Jika melayu naik hantu dengan sebar gambar papan tanda yang tiada kaitan dengan lokasi kejadian, cina pula naik hantu dengan tulis dan komen mengarut sampai heret agama Islam.


Antara yang terpengaruh
Yang racist dengan komen racistnya.
Yang berlakon racist pun tak kurang hebatnya.
Tambah api sana sini, semarakkan lagu perkauman, dah letak garam dan ajinamoto secukup rasa boleh la kita kempen undi Barisan Nasional. Kepada cina kita tak boleh percaya. DAP, racist, bodoh dan bunyikan hon pula time orang solat. Kurang ajar! - cantik. Bahasa kempen menarik. Patutlah pakar strategik macam Rafizi pun tersungkur jadi pakar tragedi. Tak boleh lawan parti yang ada pengalaman tadbir negara 60 tahun tu bro!

Melayu bodoh vs cina bodoh, muslim bodoh vs non muslim bodoh


Akhirnya semuanya pun terpalit dengan pergaduhan kaum dan agama akibat terpengaruh dengan sentimen dan bukannya berhujah berpandukan fakta.


Selepas separuh abad merdeka, semangat perkauman sangat kuat di kalangan rakyat, bukti kita gagal memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbeza bangsa dan agama. Di mana salahnya, jika kita perhalusi dan mencari punca pasti kita akan jumpa tetapi penulis tidak berminat nak menyiasat masalah seperti Conan.


Cukup secara ringkasnya penulis simpulkan, sikap perkauman datangnya dari diri yang memang ada semangat perkauman. Pergaulan, pengalaman, pendidikan adalah faktor luaran tetapi jika kita sendiri tidak memiliki sikap perkauman walau siapa pun datang tanam dan pengaruh, ianya tetap tak jadi apa. 


Contohnya dalam video pergaduhan di Surau Taman Austin. Sama-sama jemaah, sama-sama ada di tempat kejadian, sama-sama mendengar bunyi hon yang berkali-kali, tetapi kenapa tak sama-sama mengamuk baling kon merusuh dan mengganas membantai kereta dan pemandu?

Ini bukti bahawanya ada muslim yang bila diprovoke mereka tahu nak guna butang sabar dan butang akal. Ada muslim yang bila diprovoke, mereka terlebih-lebih mengganas macam sawan babi. Lepas tu boleh pula salutkan perbuatan ganas mereka dengan elemen Islamik untuk lunakkan perbuatan yang tak betul tadinya tu. Akhirnya yang dipandang orang, ooohhh Islam begini rupanya. Berubah ikut pemikiran manusia. Ganas, teruk dan mengarut. Ya, Islam versi ini terjemahan dari siapa kalau bukan diri sendiri.


Siapa salah?


Takde punca, takde masalah. Yang meletakkan parking berterabur sehingga menyusahkan laluan pengguna jalanraya yang lain tetaplah trigger utama kepada kejadian. Sudah diberitahu berulang kali, masalah ini bukan baru malahan berlarutan.


Letakkan kenderaan kamu dengan betul. Tak kisah la waktu solat jumaat kah, waktu kenduri kah, waktu singgah bank kah atau apa kah, parking la dengan betul, yang tidak menyusahkan pengguna lain.


Andai muslims tadinya tu letak kenderaan dengan betul, maka cina nak mengamuk dengan hon bertubi-tubi ataupun marah menengking pun takde asas. Melainkan dia pun kena sawan babi juga. Perbuatan cina itu memang biadap tetapi ia adalah terjemahan kemarahan orang ramai yang meluat pada muslims Malaysia yang suka parking macam sawan babi time solat. Ohh solat dia je penting, pada orang lain masa dan hal yang nak diuruskan tu tak penting ya? Solat pun kalau dah sampai kacau orang, berkat ke pun? Nak mencari pahala tak salah tetapi jangan sampai balakan hidup orang lain. Nak tunaikan kewajipan tak salah tetapi jangan sampai timpakan kerumitan pada orang lain!


Untuk insiden kali ini, buat muslims belajarlah hidup dengan mula 'memarking' kenderaan dengan betul. Untuk non muslims, belajarlah hidup dengan tidak membunyikan hon ataupun bersikap biadap semasa meminta kenderaan dialihkan walaupun anda memang marah kerana laluan dihalang kenderaan lain. Di dalam kawasan masjid atau rumah ibadat adabnya berbeza untuk meminta alihkan kenderaan jikalau ketika itu muslims tengah bersolat. Kau bukan kat tepi pasar nak hon-hon macam orang hilang akal bro! Keluar dari kereta berundingla cara harmoni. Macam orang bertamadun gunakan mulut bukannya adab kurang ajar.

Marah yang apabila dilawan dengan marah ianya tidak menyelesaikan masalah sebaliknya mendatangkan musibah. Yang dibantai sakit, kereta pun cedera. Yang membantai malu satu Malaysia tengok dah perangai buruknya tu. Tambah dengan keadaan sekarang, semuanya merasa kelat, pahit dan geram kerana diapi-apikan dengan semangat perkauman. 

Bolehkah cina memandang melayu dengan rasa kasih dan mahukah melayu memandang cina dengan rasa sayang? Insiden yang mencalarkan perasaan ini telah meninggalkan parut di hati masing-masing. Perpaduan kita semakin rapuh. Di satu sudut yang tersorok, belakang tabir samar-samar nampak bayang je sedang bertepuk dan bergelak tawa. Gembira. Berjaya mencaturkan pemikiran kita. Check-mate.

Monday, 8 May 2017

Baju Rosmah Mansor RM325,000 Dan Menginap Penthouse A$20,000 (RM65,100) Semalam?




Baju Rosmah Mansor RM325,000 dan Menginap Penthouse A$20,000 (RM65,100) Semalam?


Kalau pada 2 bulan lepas, akhbar Western Australia mendedahkan「kegiatan berbelanja mewah」seseorang yang dikenali dengan  gelaran 「wanita pertama」 berbelanja mewah barangan mutiara sehingga harganya mencecah RM487,687 manakala seorang anak kepada Datuk Najib dikatakan juga telah berbelanja barangan mutiara sekitar AU$$60,000.


Itu laporan berita 2 bulan lepas. Terbaru, satu lagi akhbar utama di Australia iaitu Sydney Morning Herald melalui komumnisnya yang bernama Adrew Horney mendedahkan cara berbelanja mewah Rosmah Mansorsemasa beliau bercuti di sana 2 minggu lepas sehingga menarik perhatian mereka untuk mengulasnya.

Antara butiran laporan berita akhbar Sydney Morning Herald dalam ruangan Private Sydney」 mendedahkan yang mana :

Kolumnis Andrew Horney telah menggelarkan Rosmah Mansor sebagai 「first lady of Shopping」 menerusi laman twitter miliknya

Rosmah Mansor telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney
Rosmah Mansor merupakan 「pelanggan terbesar」 Carl Kapp setakat kerana sanggup berbelanja pada jumlah sebegitu besar untuk pakaian semata

Semasa Datuk Seri Najib Razak & isterinya Rosmah Mansor bercuti di sana, mereka menginap di Penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam

Rosmah Mansor dalam pada masa yang sama meminta 「parkir valet untuk limousinnya」 dan menerbangkan Carl Kapp diterbangkan ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang telah ditempah

P/S : Adakah Carl Kapp telah melakukan kesilapan besar mendedahkan hal ini melalui artikel di laman blognya bertajuk Carl Kapp』s Couture Capers?

PP/S : Nampaknya ada kemungkinan Rosmah Mansor akan menolak semula tempahan tersebut. Mungkin? Apabila membaca semula kenyataan beliau, menunjukkan urusniaga melibatkan mereka berdua belum lagi habis kerana beliau akan diterbangkan Kuala Lumpur untuk ukuran dan fitting rekaan lain selepas ini. Sumber


Perang Dalam “BLACK HAWK DOWN”, Jasa Tentera Malaysia Yang Dinafikan Oleh U.S.A

Kalau korang ni kaki wayang, mesti korang pernah tengok filem Black Hawk Down yang diterbitkan pada tahun 2001. Ia berdasarkan kisah benar tentang operasi menyelamat tentera Amerika Syarikat yang terkepung semasa melakukan operasi di Somalia.

Tapi yang tak besnya, filem ni hampir keseluruhannya hanya memaparkan penglibatan tentera Amerika je, tak sebut langsung tentera Malaysia yang turut terlibat. Jadi melalui penulisan ni, SOSCILI nak mengupas mengenai kisah sebenar jasa tentera kita dalam pertempuran tu.

Penglibatan Malaysia sebagai pasukan pengaman PBB

Pasukan tentera kita ni agak aktif sebagai tentera pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dari tahun 1960, Malaysia pernah pernah pergi ke 35 buah negara seperti Congo, Lubnan, Sahara,Uganda dan Senegal dengan melibatkan sejumlah 29000 anggota polis serta tentera. Ini termasuklah menghantar pasukan Malaysian Battalion (MALBATT-1) ke Somalia dalam usaha menjaga keamanan negara tersebut.


Anggota MALBATT-1 di Somalia. Sumber imej: Kosmo

Somalia sudah bergolak sejak merdeka

Somalia ni merupakan negara yang sentiasa bergolak dan selalu berlaku perang saudara sejak mendapat kemerdekaan pada 1960. Disebabkan Somalia ni ada terlalu banyak puak, dorang sentiasa berperang antara satu sama lain.


Pada tahun 1969 Mohamed Siad Barre telah bertindak merampas kuasa dan melantik diri menjadi Presiden sehingga tahun 1991. Tapi pemerintahan dia tak kekal lama apabila digulingkan oleh kumpulan United Somali Congress (USC).



Bekas presiden Somalia yang digulingkan, Mohamed Siad Barre. Imej dari Hiiraan Online
Selepas presiden Somalia digulingkan, kumpulan USC ini telah berpecah kepada dua kumpulan yang diketuai oleh Ali Mahdi Muhammad dan Mohammad Farrah Aidid. Melalui perpecahan kumpulan ini, muncul pula gerakan kumpulan militia yang lebih kecil mendorong berlakunya perang saudara di Mogadishu yang mengakibatkan 20000 nyawa melayang.
Perang saudara yang berlaku ni menyebabkan kemusnahan banyak kawasan pertanian dan menyebabkan bekalan makanan terputus. Saki-baki bekalan makanan yang ada telah disimpan oleh kumpulan militia untuk kegunaan sendiri. Ramai rakyat Somalia kebuluran dan mati. Situasi ini menyebabkan masyarakat antarabangsa bertindak untuk menyalurkan bantuan.
Apa yang menyedihkan, 80% bantuan makanan yang disalurkan dirampas kumpulan pemberontak yang menggunakannya untuk pertukaran senjata api dengan negara lain. Disebabkan hal ini, lebih 300 ribu orang mati kebuluran dari tahun 1991 hingga 1992.


Kanak-kanak Somalia turut menjadi mangsa kebuluran. Imej dari Hanashousha
Pada Ogos 1992, pasukan tentera pemerhati di bawah panji-panji PBB dihantar ke Somalia bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan operasi ini dinamakan Operation Provide Relief (UNOSOM-1). Tapi malangnya sekali lagi ia turut dirampas kumpulan militia.

Amerika Syarikat menghantar pasukan tentera ke Somalia

PBB yang melihat situasi di Somalia semakin buruk meminta negara anggotanya untuk menghantar lebih bantuan dan ini dipersetujui oleh Amerika Syarikat (AS) dengan menghantar seramai 25 ribu orang tentera.


Tentera Amerika mendarat di Somalia semasa Operation Restore Hope

Sumber imej: Getty Images
Operasi ni dinamakan sebagai Operation Restore Hope yang bertujuan untuk memantau penghantaran bekalan makanan dengan selamat. Tak lama selepas keadaan di Somalia mula stabil, Presiden Amerika Syarikat yang baru Bill Clinton pun mengurangkan kehadiran tentera dorang dan minta PBB mengambil alih operasi kemanusiaan di sana.
Sebaik saja PBB ambil alih operasi kemanusiaan pada Mac 1993, PBB membuat rancangan untuk membina kembali Somalia, memastikan rakyat Somalia mematuhi peraturan dan memilih kerajaan baru. Operasi ini dinamakan sebagai UNOSOM-2.

Kanak-kanak Somalia bergambar bersama pasukan tentera PBB. Sumber imej: Mundo Militaria
Bill Clinton pada Jun 1993 memerintahkan tentera AS dikurangkan kepada 1200 orang di Somalia dan mimpi buruk kembali melanda apabila 24 orang tentera Pakistan dibunuh oleh pemberontak semasa membuat pemeriksaan tempat simpanan senjata militia. Pembunuhan tentera Pakistan ini dikatakan didalangi kumpulan militia yang diketuai oleh Mohammad Farrah Aidid lantas AS menawarkan ganjaran 25 ribu dollar untuk menangkapnya.
Kemudian PBB dan AS melancarkan melancarkan beberapa serangan di Mogadishu untuk membunuh Aidid. 4 orang wartawan Barat malangnya terkorban oleh kumpulan perusuh semasa cuba membuat liputan serangan tersebut. 8 Ogos 1993 kemudian, 4 orang polis tentera AS lagi terkorban akibat letupan periuk api dan 6 orang tentera cedera dua minggu kemudian.

Operasi pemburuan Mohamad Farrah Aidid


Tentera Amerika semasa melakukan operasi di Somalia. Sumber imej: RT.com
Disebabkan kes pembunuhan ke atas tentera pengaman PBB dan orang awam, PBB meminta AS untuk menghantar pasukan elit Delta Force dan Army Rangers. Pada 3 Oktober 1993, AS mendapat maklumat bahawa Aidid akan bermesyuarat di sebuah bangunan 2 tingkat bersama orang bawahan dia yang terletak di Bakara Market.

Mohammad Farrah Aidid yang dikehendaki oleh PBB. Sumber imej Alchetron
Serentak dengan tu, pasukan Delta Forced dan Army Rangers dihantar bersama helikopter AH-1 Cobra, UH-60 Black Hawk dan Little Birds. Delta Force ditugaskan untuk menyerbu bangunan untuk menangkap Aidid dan orang bawahan dia manakala Army Rangers ditugaskan untuk mengawal keselamatan di luar bangunan. AS memandang mudah operasi ni apabila menjangka ia dapat dilakukan dalam masa 30 minit bermula 3 petang. Sikap memandang rendah ini akhirnya membawa bencana besar.

Lokasi serangan oleh tentera AS. Sumber imej: Hermers’Wings
Helikopter memulakan serangan ke arah bangunan tu dengan melancarkan peluru berpandu menyebabkan keadaan menjadi panik di kalangan penduduk. Dalam serbuan tersebut seramai 24 orang berjaya ditahan, tapi kelibat Aidid langsung tidak kelihatan. Orang bawahan Aidid yang berjaya ditahan dibawa keluar menggunakan trak. Disebabkan orang tahanan terlampau ramai, separuh pasukan elit ni terpaksa berjalan kaki sambil mengawal keadaan.
Tak lama selepas serangan tu, penyokong Aidid bersama penduduk tempatan yang lengkap bersenjata melancarkan serangan balas. Dorang menyasarkan helikopter Black Hawk dan berjaya menembak helikopter pertama dengan roket RPG sehingga terhempas. Pemandu dan pembantu juruterbang helikopter tu mati dan serangan itu mencederakan 5 orang tentera dan tak lama kemudian seorang mati sebab cedera parah. Pasukan elit yang terselamat masa helikopter tu terhempas malangnya dikepung oleh orang bawahan Aidid.

Helikopter Black Hawk yang terhempas ditembak. Imej dari The Daily Beast
Malang pasukan tentera AS berterusan apabila Black Hawk kedua pun turut terhempas selepas ditembak roket RPG semasa menuju ke tempat helikopter pertama terhempas, dan juruterbang tersebut ditawan oleh anggota militia.
Pasukan elit yang lain diarahkan menyelamatkan kawan-kawan dorang yang cedera, tu di tapi nak pergi ke kawasan tu je dorang menerima tembakan bertalu-talu menyebabkan perhubungan antara Army Rangers dan Delta Force terputus dan terpisah kepada beberapa kumpulan kecil.

Pasukan Ranger mengambil perlindungan berhampiran kawasan helikopter terhempas. Sumber imej: Defense Media Network
Kumpulan bantuan pasukan elit yang ditugaskan sampai di kawasan helikopter pertama terhempas, tapi kemudiannya dikepung oleh geng Aidid yang semakin ramai.
Menjelang malam, seramai 90 pasukan elit tersebut terpaksa mempertahankan diri walaupun kekurangan peluru dan tentera yang cedera semakin bertambah. Lebih memilukan, ada anggota tentera AS yang terbunuh telah diseret oleh penduduk tempatan di sepanjang Bakara Market.

Mayat tentera Amerika yang terbunuh diseret oleh penyokong Aidid. Imej dari Getty Images
Keadaan yang semakin buruk menyebabkan AS terpaksa meminta bantuan pasukan pengaman Malaysia dan Pakistan. Tentera Malaysia ditugaskan untuk menyediakan kereta perisai Condor manakala tentera Pakistan ditugaskan membawa kereta kebal.

Kisah sebenar jasa tentera Malaysia

Pasukan MALBATT-1 bersiap sedia untuk menyertai misi menyelamat selepas mendengar insiden tentera elit Amerika terperangkap semasa melakukan operasi. Untuk mengetahui kisah daripada pengalaman tentera Malaysia, kami banyak merujuk buku penulisan Syed Othman Syed Omar bertajuk 19 RAMD Mekanis di Somalia (1995).

Pasukan Malbatt disamping kereta perisai. Sumber imej: Konflik dan Militer
Pegawai Pemerintah MALBATT-1, Kolonel Abdul Latiff telah memilih seramai 11 pegawai dan 102 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) untuk terlibat melakukan operasi dengan tentera Amerika dan Pakistan. Tentera Malaysia sangat bersemangat untuk menyertai operasi tersebut walaupun berdepan kemungkinan pulang menjadi mayat.
Salah seorang anggota yang terlibat, Leftenan Kamal bertindak selaku ketua platun terpaksa memilih anggota yang dibawanya kerana tidak semua anggota akan terlibat.
“Saya hendak pergi bertempur, siapa yang hendak menuruti saya biar kita pergi dan mati sekali. Kalau kita dapat balik, bertuahlah!” Dipetik daripada 19 RAMD Mekanis di Somalia.

Sumber: Giphy
Lt. Kamal pada mulanya hanya mahu membawa anggota yang bujang saja mengikuti operasi tersebut, tetapi anggota yang telah berkahwin membantah kerana berpendapat anggota bujang masih kurang berpengalaman.
Konvoi operasi menyelamat ni dibahagikan kepada 3 kumpulan:
  1. Team Charlie (Kompeni A) diarahkan menyelamatkan juruterbang helikopter kedua yang terhempas
  2. Team Alpha (Kompeni B) ditugaskan untuk menyelamatkan anggota Rangers yang terkepung dan krew Black Hawk pertama yang terhempas
  3. Team Bravo yang merangkumi anggota Rangers ditugaskan membantu kedua-dua pasukan tersebut.

Lokas helikopter terhempas. Imej daripada AR15.com

Operasi menyelamat yang menguji keberanian tentera Malaysia

Mengikut perancangan operasi tersebut, tentera Pakistan akan mendahului pergerakan diikuti Team Alpha, Charlie dan Bravo. Tapi pada separuh jalan, tentera Pakistan berpatah balik disebabkan tiada alat penglihatan malam. Masa tentera Pakistan ni berpatah balik, dorang berada kat kawasan luar killing zone.
Tentera Malaysia walaupun tidak mempunyai alat penglihatan malam, tetap meneruskan operasi tersebut. Ketiga-tiga konvoi ini berpecah mengikut kumpulan masing-masing selepas sampai di check point Strong Point 207 mengikut tugas yang diberikan.

Sumber: Military-Photos
Tak lama lepas tu, anggota konvoi Alpha telah diserang anggota kumpulan Aidid menyebabkan dua buah kereta perisai rosak teruk dan mencederakan anggota 5 orang anggota termasuk seorang cedera parah yang kemudiannya dirawat oleh seorang anggota Rangers. Pada masa itu, kereta kebal milik tentera Pakistan telah pun meninggalkan kawasan pertempuran.
Walaupun menerima serangan yang bertali arus, tentera Malaysia meneruskan pergerakan ke lokasi anggota Rangers yang terperangkap. Sebaik sahaja sampai, anggota Rangers yang cedera dimasukkan ke dalam kereta perisai manakala yang telah meninggal diletak atas kereta perisai. Kumpulan Alpha ni kemudian bergerak menuju ke lokasi helikopter terhempas untuk mengambil mayat krew helikopter yang telah meninggal.

Seorang penduduk Somalia yang bergambar disamping kereta perisai Malbatt yang musnah. Sumber imej: Konflik dan Militer
Konvoi Charlie pula terdiri daripada 3 platun diketuai Mejar Ab. Aziz Ab. Latif bergerak menuju ke lokasi helikopter turut menerima serangan berterusan sehingga 3 anggota tentera cedera selepas keluar dari kereta perisai.
Selepas tu puak pemberontak menembak roket RPG ke arah kereta perisai sehingga menembusi pintu kiri, menyebabkan seorang anggota cedera. Kemudian kereta perisai kedua turut menjadi sasaran apabila roket menembusi cermin hadapan dan membunuh pemandu, Prebet Mat Aznan dan mencederakan seorang lagi anggota.

Sumber: Military-Photos
Komander MALBATT-1 kemudian menghubungi Mejar Ab. Aziz dan diarahkan berundur tetapi ditolak memandangkan tentera AS masih terperangkap di lokasi helikopter terhempas. Mej. Ab. Aziz kemudian mengarahkan Platun 1 bergerak terus ke hadapan bagi menggantikan Platun 2 yang hanya tinggal 2 kereta perisai yang masih elok.

Tayar kereta perisai yang rosak. Sumber imej: Konflik dan Militer
Akhirnya selepas menerima serangan yang beterusan, Mej Ab. Aziz menghubungi Kapt. Zawawi bagi membincangkan plan berundur bersama Ketua Kompeni Rangers Capt. White Stone. Dorang membuat perancangan berundur selepas mendapat maklumat ada sebuah kereta perisai milik negara pengaman lain 1000 meter dari tempat dorang berlindung.
Anggota dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu anggota Rangers berada di hadapan, anggota Rangers yang cedera dan MALBATT-1 berada di tengah dan di belakang anggota Rangers lain. Semasa proses pengunduran tu, kumpulan dorang sekali lagi diserang dan terpaksa bertahan selama sejam sebelum kumpulan platun 3, Kompeni A datang membantu. Konvoi tu berjaya sampai ke Stadium Mogadishu iaitu kem tentera Pakistan menjelang subuh.

Kem tentera Pakistan di Stadium Mogadishu. Sumber imej: Konflik dan Militer

Pertempuran yang meragut banyak nyawa

Di pihak tentera Malaysia, hanya seorang tentera saja yang meninggal iaitu Pbt. Mat Aznan B. Awang dan mencederakan 9 yang lain. Manakala pihak AS seramai 18 orang tentera elit dorang terkorban masa petempuran tersebut dan mencederakan 84 orang. Walaupun tiada rekod rasmi jumlah puak militia dan penduduk awam Somalia yang mati masa pertempuran tu, dijangka beratus-ratus nyawa telah melayang.

Ahli keluarga Allahyarham Pbt. Mat Aznan B. Awang. Sumber imej: Majalah Review
Pertempuran yang memakan masa hingga 17 jam ni menjadi pertempuran yang memalukan bagi pihak AS selepas Perang Vietnam hinggakan Presiden Clinton mengarahkan tentera dorang berundur dari Somalia. Apa yang berlaku semasa Perang Vietnam nampaknya masih tidak menjadi pengajaran buat AS apabila memandang rendah ancaman puak militia ni.

Penghargaan buat pasukan MALBATT

Selepas insiden pertempuran tu, Pbt. Mat Aznan yang terkorban telah dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa serta dinaikkan pangkat kepada korporal. Mej. Ab. Aziz pula dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani bersama dengan anggota lain yang terlibat dalam operasi tersebut.
Cukup membanggakan apabila buat kali pertama pegawai ATM dipilih menjadi force commander UNOSOM-2 iaitu Jeneral Abu Samah selepas PBB melihat keupayaan dan keberaniaan tentera Malaysia masa pertempuran tersebut.
Hanya pada tahun 2013 iaitu 20 tahun selepas insiden pertempuran yang meragut banyak nyawa tu barulah AS mengiktiraf sumbangan besar Malaysia apabila Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly secara rasmi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan ATM khususnya.


Penghargaan rasmi daripada US kepada Malaysia. Sumber imej: Utusan
Kita seharusnya berbangga dengan pencapaian dan keberanian anggota keselamatan negara walaupun dalam filem Black Hawk Down sumbangan tentera negara kita tidak ditonjolkan. Fakta dan sejarah sebenar tidak dapat ditutup dengan menerbitkan filem dan umum tahu AS suka menonjolkan kehebatan tentera dorang sendiri dengan mengabaikan fakta penting.
Bagi korang yang sangat berminat untuk tahu lebih mendalam sumbangan tentera Malaysia semasa pertempuran tu, boleh lihat video temuramah dengan Major Jeneral (B), Datuk Md. Rozi Baharom iaitu salah seorang anggota yang terlibat masa operasi menyelamat tu.

Sunday, 7 May 2017

Haram duit yang kita ambil Hasil Jualan Kek Walaupun Pelanggan Yang Minta




"Tak boleh. Haram duit yang kita ambil itu." Getus saya.

Terkejut peserta2 dalam kelas branding tadi. Masakan tidak, sudah lama kelakuan itu dibuat. Baru hari ini tahu rupanya perbuatan itu tidak dibolehkan.

"Tapi Tuan... Pelanggan yang minta begitu. Bukan kami yang nak buat. Tetap tidak boleh?"
"Tetap tidak boleh." Jawab saya.

Jawapan ini berikutan dari soalan seorang peserta yang bertanya berkenaan hal trademark pada logo. Soalan itu sudah dijawab, cuma saya sambungkan jawapan itu dengan satu situasi.

"Tuan Puan yang mungkin tidak perasan selama ini, saya sekadar ingin mengingatkan. Kita tidak boleh menggunakan imej watak2 kartun seperti Upin Ipin dan Boboiboy untuk ditampal pada produk kita semata2 nak tarik perhatian anak2 tanpa kebenaran dari pemegang hakcipta asal watak2 itu."

"Sekiranya Tuan Puan guna tanpa kebenaran, itu ibarat merompak harta orang lain. Tak boleh. Haram duit yang kita ambil itu."

Bangun seorang peserta. "Tuan, katakan saya menjual kek. Kami ada satu edible printer yang boleh cetak manisan di atas kek. Pelanggan2 ramai minta kami cetakkan gambar Upin Ipin pada kek. Memang tidak boleh?"

"Tidak boleh Puan... Melainkan Puan buat sendiri untuk dimakan sendiri tidak mengapa. Tapi kalau Puan buat untuk dijual pada pelanggan, itu tidak boleh."

"Tapi.."

"Puan bayangkan begini. Puan buat kek yang kosong, Puan boleh jual dengan harga RM 20. Tapi kalau Puan letak gambar Boboiboy pada kek, Puan boleh jual dengan harga RM 50. Itu bermaksud, dengan gambar itulah Puan boleh jual dengan harga yang mahal."

Sambung saya lagi, "Kalau disebabkan gambar itu Puan dapat untung lebih, sebenarnya kita sudah ambil hak keuntungan orang lain. Ini yang saya maksudkan dengan kita mengambil duit yang haram."

Terkedu semua peserta.

"Tapi kita boleh tengok ramai sahaja peniaga di luar sana yang jual baju dan produk2 lain guna gambar kartun Disney la, Upin Ipin semua tu. Mereka tidak disaman pula?" Balas seorang peserta.

"Tidak disaman bukan bermaksud boleh buat. Proses turun naik mahkamah melecehkan. Soalnya pada diri kita sendiri sebagai usahawan. Ini soal adab, soal etika perniagaan. Walaupun kita lihat itu hanya kartun, nampak macam tidak ada nilai, tetapi membangunkan watak kartun itu besar kosnya. Kita mengambil keuntungan pada kos yang ditanggung oleh orang lain tanpa kebenaran."
"Mungkin itu sebabnya mengapa sampai sekarang kita tak kaya2."

Penganjur beri tepukan atas kesimpulan itu.

Irfan Foner

Baca Juga : Ulasan Dr. Zaharuddin Isu Meniru Harta Intelek

 Klik Gambar Untuk Baca

Wednesday, 3 May 2017

Cadang Buka UiTM untuk bukan Bumiputera



PADA tahun 2020, kerajaan menyasarkan seramai 250,000 orang pelajar akan mengikuti pengajian di semua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara.


Jumlah ini bertambah lebih 50 peratus berbanding jumlah pada 2014 iaitu 177,051 pelajar. Fakta ini menunjukkan peranan besar dimainkan UiTM dalam menyumbang pembangunan modal insan bagi negara khususnya di kalangan Bumiputera.

Walaupun Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arsyad Ayub pada minggu lalu ketika mencadangkan golongan bukan Bumiputera diberi peluang untuk mengikuti pengajian di universiti itu tidak memberikan angka peratusan kuota untuk bukan Bumiputera, cadangan itu tidak boleh diterima sama sekali.

Bayangkan sekiranya 10 peratus bukan Bumiputera dibenarkan belajar di UiTM, ini bermakna pada 2020 nanti, 25,000 pelajar Bumiputera terlepas peluang mengikuti pengajian di UiTM kerana tempat mereka diberikan kepada bukan Bumiputera dengan alasan ‘tidak mahu hanya melahirkan jaguh kampung’.

Sejak UiTM ditubuhkan, tidak pernah timbul istilah ‘jaguh kampung’ yang disandarkan kepada graduannya. Kualiti mereka setanding dengan universiti tempatan lain bahkan di peringkat antarabangsa.

Penubuhan UiTM bermula pada 1950 apabila British menubuhkan Rural Industry Development Authority (RIDA) sebagai agensi kerajaan bagi membangunkan taraf hidup bangsa Melayu.

Penubuhannya adalah sebagai ‘hadiah’ kerana bangsa Melayu bertolak ansur menerima prinsip jus soli atau hak kerakyatan kepada kaum Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu selepas merdeka.

Pada 1956, RIDA menubuhkan Dewan Latihan RIDA bagi melatih orang Melayu luar bandar dalam bidang kemahiran supaya mereka tidak hanya menjadi petani atau nelayan.

Kemudian pada 1965 RIDA ditukar menjadi Majlis Amanah Rakyat (Mara). Serentak itu, Dewan Latihan Rida dijadikan Maktab MARA, sebelum pada 1967 Maktab MARA dinaikkan taraf sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) untuk menawarkan program sehingga peringkat diploma.

Pada 1976 ITM menjadi badan berkanun yang diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan menerusi Akta ITM dan pada 1996 akta itu dipinda bagi membolehkan ITM menawarkan program ijazah pertama (sarjana muda) dan pasca siswazah (sarjana dan kedoktoran).

Pada 1999, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan ITM dinaik taraf sebagai universiti penuh iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bagi Pedang, apa yang nyata ialah UiTM adalah satu-satunya institusi yang memfokuskan pembangunan pendidikan Melayu dan Bumiputera.

Biarkanlah UiTM dengan agendanya yang khusus untuk Bumiputera. Jangan dibuka langsung peluang kepada bukan Bumiputera.

Saturday, 15 April 2017

Pengalaman Banduan Terima 104 Sebatan - Antara terbanyak di Malaysia


“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”

Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.

Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

Dia turut dijatuhi hukuman 104 sebatan untuk semua kesalahan itu dan pelaksanaan hukuman dibuat berasingan sebanyak lima kali.

“Kali pertama saya disebat 24 kali pada 1994, diikuti (40 kali) pada Mac dan September 1996 serta dua set lagi (40 kali) secara berasingan pada 1998,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menerima kaunseling daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tak lama dulu.

Botak Chop berkata, pengalaman pahit dikurung dalam penjara dan azab dirasai setiap kali menjalani hukuman sebat benar-benar menginsafkannya dan dia berasa seperti mati hidup semula apabila diberi pengampunan serta dibebaskan.

Bagi menebus dosa dan kesalahan pernah dilakukannya, kini Botak Chop banyak terbabit dengan aktiviti kebajikan termasuk memberi ceramah dengan berkongsi pengalaman hidupnya untuk menjadi iktibar kepada orang lain.

“Saya bukan ingin berbangga dengan kejahatan saya atau berlagak seolah-olah hebat kerana pernah puluhan tahun meringkuk dalam penjara serta disebat lebih 100 kali.

“Saya cuma ingin menebus kesalahan saya. Dulu saya banyak buat jahat, jadi kini saya ingin buat baik pula pada orang lain.

“Saya percaya pengalaman dan kisah hidup saya amat berguna untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain,” katanya yang memberi ceramah kepada kumpulan kecil anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Mengimbau pengalaman setiap kali menjalani hukuman sebat di penjara, Botak Chop berkata, kebiasaannya banduan akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman sehari lebih awal.



“Sebaik saja diberitahu mulalah rasa serba tak kena dan sebelah malam pula, pasti tak lena tidur. Bila pagi, banduan yang menjalani hukuman akan diasingkan sewaktu bersarapan.

“Ketika kali pertama disebat, ada 35 lagi banduan yang menjalani hukuman itu bersama saya. Selesai makan, kami dibawa ke bilik sebat dengan saya orang pertama terima hukuman,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian diperiksa doktor dengan dipantau pegawai penjara sebelum disahkan sihat untuk menjalani hukuman.

“Apabila sebatan pertama hinggap di punggung, saya tak tahu mampukah saya habiskan baki 23 lagi sebatan. Sakitnya bukan kepalang sehinggalah sebatan terakhir.

“Rasa tak boleh digambarkan apabila daging yang terkena rotan tersiat daripada kulit dengan darah meleleh keluar. Selepas itu, bukan kata nak berjalan tapi nak berdiri pun rasa tak larat,” katanya.



Botak Chop berkata, setiap kali selepas disebat dia pulang ke sel dengan penuh penyesalan dan tidur dalam keadaan meniarap selama tiga bulan kerana tidak tahan menanggung sakit akibat luka.

“Saya dan rakan banduan saling membantu antara satu sama lain untuk meletakkan ubat. Dalam keadaan bersusah payah itu, kami bercerita sesama sendiri mengenai sesalan tak sudah.

“Malah, sampai sekarang, selepas lebih 20 tahun, rasa sakit sebatan masih terasa kerana punggung rasa kebas selain kesan jaluran dapat dilihat dengan jelas,” katanya.

Friday, 14 April 2017

Zahid dedah ada gerakan jatuhkannya dalam PRU14



Zahid dedah ada gerakan jatuhkannya dalam PRU14 | Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mendedahkan terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama 'rosak ikan bermula di kepala'.

"Saya dapat tahu ada sasaran untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) di sini (Bagan Datuk) pada PRU14," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk.

Beliau menegaskan usaha menjatuhkan beliau tidak akan berhasil sekiranya jentera BN melipatgandakan usaha pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Baca Juga : Lagi lambat tukar kerajaan, lagi banyak hutang negara

Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.

Ahmad Zahid, selaku naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, meminta jentera parti komponen BN mengubah taktik berkempen dengan menumpukan kepada sistem komunikasi atas talian untuk mendekat pengundi.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata kumpulan askar siber (cybertrooper) BN harus menangkis dan menjawab tohmahan kumpulan media pembangkang dan bukan sekadar melihat sahaja.

"Sekarang ini, kita harus mengubah taktik dengan menghubungi setiap pengundi dengan cara sistem komunikasi atas talian sama ada pengundi di sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM), kampung atau tinggal di tempat lain.

"Kaedah kempen telah berubah, maka kita mesti berubah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ucapannya menyeru semua anggota parti komponen menzahirkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan parti menjelang pilihan raya umum.

Katanya, pengundi Parlimen Bagan Datuk harus bersyukur kerana timbalan perdana menteri datangnya dari kawasan itu dan harus mengekalkan keistimewaan itu. Pejam Kelip

- Bernama