Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Saturday, 15 April 2017

Pengalaman Banduan Terima 104 Sebatan - Antara terbanyak di Malaysia


“Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.

“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”

Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.

Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.

Dia turut dijatuhi hukuman 104 sebatan untuk semua kesalahan itu dan pelaksanaan hukuman dibuat berasingan sebanyak lima kali.

“Kali pertama saya disebat 24 kali pada 1994, diikuti (40 kali) pada Mac dan September 1996 serta dua set lagi (40 kali) secara berasingan pada 1998,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menerima kaunseling daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tak lama dulu.

Botak Chop berkata, pengalaman pahit dikurung dalam penjara dan azab dirasai setiap kali menjalani hukuman sebat benar-benar menginsafkannya dan dia berasa seperti mati hidup semula apabila diberi pengampunan serta dibebaskan.

Bagi menebus dosa dan kesalahan pernah dilakukannya, kini Botak Chop banyak terbabit dengan aktiviti kebajikan termasuk memberi ceramah dengan berkongsi pengalaman hidupnya untuk menjadi iktibar kepada orang lain.

“Saya bukan ingin berbangga dengan kejahatan saya atau berlagak seolah-olah hebat kerana pernah puluhan tahun meringkuk dalam penjara serta disebat lebih 100 kali.

“Saya cuma ingin menebus kesalahan saya. Dulu saya banyak buat jahat, jadi kini saya ingin buat baik pula pada orang lain.

“Saya percaya pengalaman dan kisah hidup saya amat berguna untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain,” katanya yang memberi ceramah kepada kumpulan kecil anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara.

Mengimbau pengalaman setiap kali menjalani hukuman sebat di penjara, Botak Chop berkata, kebiasaannya banduan akan dimaklumkan mengenai pelaksanaan hukuman sehari lebih awal.



“Sebaik saja diberitahu mulalah rasa serba tak kena dan sebelah malam pula, pasti tak lena tidur. Bila pagi, banduan yang menjalani hukuman akan diasingkan sewaktu bersarapan.

“Ketika kali pertama disebat, ada 35 lagi banduan yang menjalani hukuman itu bersama saya. Selesai makan, kami dibawa ke bilik sebat dengan saya orang pertama terima hukuman,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian diperiksa doktor dengan dipantau pegawai penjara sebelum disahkan sihat untuk menjalani hukuman.

“Apabila sebatan pertama hinggap di punggung, saya tak tahu mampukah saya habiskan baki 23 lagi sebatan. Sakitnya bukan kepalang sehinggalah sebatan terakhir.

“Rasa tak boleh digambarkan apabila daging yang terkena rotan tersiat daripada kulit dengan darah meleleh keluar. Selepas itu, bukan kata nak berjalan tapi nak berdiri pun rasa tak larat,” katanya.



Botak Chop berkata, setiap kali selepas disebat dia pulang ke sel dengan penuh penyesalan dan tidur dalam keadaan meniarap selama tiga bulan kerana tidak tahan menanggung sakit akibat luka.

“Saya dan rakan banduan saling membantu antara satu sama lain untuk meletakkan ubat. Dalam keadaan bersusah payah itu, kami bercerita sesama sendiri mengenai sesalan tak sudah.

“Malah, sampai sekarang, selepas lebih 20 tahun, rasa sakit sebatan masih terasa kerana punggung rasa kebas selain kesan jaluran dapat dilihat dengan jelas,” katanya.

Friday, 14 April 2017

Zahid dedah ada gerakan jatuhkannya dalam PRU14



Zahid dedah ada gerakan jatuhkannya dalam PRU14 | Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi mendedahkan terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau menyifatkan usaha tersebut umpama 'rosak ikan bermula di kepala'.

"Saya dapat tahu ada sasaran untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN) di sini (Bagan Datuk) pada PRU14," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk.

Beliau menegaskan usaha menjatuhkan beliau tidak akan berhasil sekiranya jentera BN melipatgandakan usaha pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Baca Juga : Lagi lambat tukar kerajaan, lagi banyak hutang negara

Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018.

Ahmad Zahid, selaku naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti, meminta jentera parti komponen BN mengubah taktik berkempen dengan menumpukan kepada sistem komunikasi atas talian untuk mendekat pengundi.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata kumpulan askar siber (cybertrooper) BN harus menangkis dan menjawab tohmahan kumpulan media pembangkang dan bukan sekadar melihat sahaja.

"Sekarang ini, kita harus mengubah taktik dengan menghubungi setiap pengundi dengan cara sistem komunikasi atas talian sama ada pengundi di sekitar kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM), kampung atau tinggal di tempat lain.

"Kaedah kempen telah berubah, maka kita mesti berubah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ucapannya menyeru semua anggota parti komponen menzahirkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan parti menjelang pilihan raya umum.

Katanya, pengundi Parlimen Bagan Datuk harus bersyukur kerana timbalan perdana menteri datangnya dari kawasan itu dan harus mengekalkan keistimewaan itu. Pejam Kelip

- Bernama

Kanak-kanak 8 tahun pandu van ke McDonald's, belajar memandu di YouTube

TERLALU berkeinginan untuk memakai burger keju McDonald mendorong seorang kanak-kanak berusia 8 tahun daripada OHIO Timur Palestin memandu van kepunyaan bapanya dan membawa bersama adiknya yang berusia 4 tahun menuju ke restoran itu.



Kejadian itu berlaku Ahad lalu sekitar jam 8 malam di negara Columbiana dimana ketika itu bapa mangsa sudah masuk tidur setelah penat seharian bekerja dan ibunya terlena di sofa ketika duduk bersama-sama anaknya.

Seorang saksi yang melihat kanak-kanak itu memandu terus menghubungi polis.

Seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Jacob Koehler ketika ditemubual oleh pemberita Fox 8 dipetik sebagai berkata, kanak-kanak itu memandu dengan jarak lebih kurang sebatu dari rumahnya melalui 4 persimpangan, perlu melintasi landasan keretapi dan memerlukan dia membelok ke kanan dan kiri.

Menurut saksi yang melihat kanak-kanak itu memandu, kanak-kanak itu dikatakan mematuhi undang-undang jalan raya dan mematuhi had laju.

Ketika tiba di restoran McDonald's itu di jalan pasar, secara kebetulan terdapat rakan kepada keluarga kanak-kanak itu yang melihat kehadiran mereka tanpa penjaga dan memberitahu datuk kanak-kanak itu sebelum membelanja kanak-kanak itu makan burger keju yang mereka ingini.

Sejurus kemudian,pihak polis tiba dan menyoal siasat kanak-kanak itu. Hasil soal siasat mendapati kanak-kanak itu belajar memandu di aplikasi YouTube.

Tiada kecederaan dilaporkan dan kes ini masih dalam siasatan.

Thursday, 13 April 2017

Ezam saman Najib AS$3.66 bilion



 
Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR) Mohamad Ezam Md Noor menyaman Perdana Meneri Datuk Seri Najib Razak sebanyak AS$3.657 bilion susulan kerugian dalam syarikat milik negara 1MDB.

Selain Najib, 15 orang lagi dinamakan dalam saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pada hari ini.

Najib disaman atas kapasitinya sebagai menteri kewangan dan ketua eksekutif kerajaan Malaysia. 1MDB dan kerajaan juga dinamakan sebagai defendan dalam saman itu.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan 11 lagi bekas pengarah 1MDB dinamakan sebagai defendan.

Menurut kenyataan tuntutan Ezam, 1MDB mendapatkan dana dengan cara meminjam daripada pihak ketiga melalui pengeluaran bon.

Pinjaman itu pula dikatakan diluluskan oleh Najib.

Ezam juga mendakwa Najib dan bekas-bekas pengarah 1MDB melanggar tugas fidusiari apabila AS$3.657 bilion dibayar kepada pihak yang tidak layak.

Berdasarkan kadar semasa, jumlah wang itu bernilai RM4.41 bilion.


Ezam mendakwa defendan-defendan itu berniat menyebabkan 1MDB mengalami kerugian.

“Tindakan ini difailkan bagi membenarkan mahkamah menentukan siapa bertanggungjawab terhadap kerugian 1MDB,” katanya di kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas memfailkan saman itu.

Ezam cuba mendapatkan kembali kerugian 1MDB melalui proses mahkamah.

Bos Tak Bagi Keluar Solat, Tindakan Lelaki Ini Seterusnya Buat Majikannya Berubah Fikiran





Kerja pertama aku lepas SPM dulu kat Bonia JPO. Waktu tu JPO baru bukak lagi. Ramai member member cari kerja kat sana.
Nak diceritakan, boss aku dulu seorg Chinese, Miss Ng nama dia. Waktu first day kerja, aku mintak izin untuk keluar solat. Tetibe dia kata tak boleh. Tersentak jugak aku waktu tu. Dah laa ni pengalaman pertama aku bekerja. Tetibe nak mintak solat tak dapat.
Tapi daripada aku viral kan isu kat internet, report polis, takpun call mak ayah mengadu, aku gunakan budi bicara. Aku bagitau dia aku keluar solat tak lebih 10 min (sebab dari kedai pi surau hujung ke hujung mall). Dia kata boleh, tapi kena punch card. Aku pun terima je lah.

Lepas 10 min, aku balik. Tetibe dia tanya aku,
“Aiyoo banyak cepat. U lari ke?”
“Tak lah. Sembahyang 5 min saje. Jalan 5 min.”
Satu hari tu, 3 kali aku punch card keluar untuk solat je. Hari kedua pun aku buat benda yg sama. Masuk hari ke 3, boss aku kata tak payah dah punch card. Nak keluar solat, bagitau je dia. Hari hari lepastu, 3 bulan aku kerja takde masalah dah nak keluar solat.

Kadang kadang, mereka bukan tak bagi solat. Mereka bukan menidakkan hak kita. Jauh sekali bersikap racist. Mereka cuma TAK TAHU. Tugas kita lah untuk educate. Bagitau dia solat ni tak panjang mana. Bagi tau dia solat 5 waktu sehari ni tak sama macam solat jumaat yang siap khutbah nak dekat sejam tu. Baru dia faham. Jangan gelabah nenen sangat.
Jangan salahkan mereka semata. Aku perhati ada pekerja muslim (kedai lain) yang keluar mintak solat, tapi dalam perjalanan tu singgah dulu sembang dengan member 10 min. Hisap rokok 10 min. Mengular sana sini. Last last keluar sampai 30-40 min. Majikan mana yang tak marah? 3 kali solat dah 1 jam 30 minit break free free. Memang lah dia terus tak bagi pekerja lain keluar solat. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Sebab itu pentingnya budi bicara.
Runding, bukan berguling.

Larang Tabung Bergerak Hari Jumaat, Zamihan Selar Mufti Supaya Letak Jawatan


LARANG KUTIP DERMA KHUTBAH JUMAAT, MUFTI WILAYAH PATUT LETAK JAWATAN – ZAMIHAN


KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) mahu Mufti Wilayah Persekutuan letak jawatan kerana mendakwa banyak mengeluarkan fatwa dianggap remeh termasuk larangan mengutip derma semasa solat Jumaat baru-baru ini.

Zamihan Mat Zain Al-Ghari berkata, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sepatutnya membawa perkara yang lebih besar terutama melibatkan umat Islam.

“Kita sedihlah mufti macam ni. Dia (Zulkifli) tak rujuk Akta Petadbiran Wilayah Persekutuan 1993.. tak payah jadi muftilah letak jawatan daripada jadi mufti.

“Mufti apa nak buat ribut-ribut kepada masayakat, mufti apa nak kecoh pasal benda kecil ini. Mufti ni patutnya kerja dia memimpin umat ke jalan yang benar,” katanya kepada Malaysia Gazette hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada fatwa terbaharu Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan yang melarang kutipan tabung bergerak di masjid-masjid ketika khatib sedang berkhutbah semasa solat Jumaat.


Zamihan menegaskan, fatwa itu mengarut dan menyeleweng dan menyifatkan jawatankuasa perundingan syarak yang mengeluarkan ketetapan itu tiada integriti dalam meletakkan hukum syarak.

“Mereka bawa tiga dalil hadis untuk mengesahkan perlakuan (menggerakkan tabung kutipan) itu haram. Sepatutnya nak letak dalil hukum syarak perlu bawa dalil dari al-Quran dulu, baru boleh kata wajib atau haram.

“Ini mereka tidak bawa pun dalil al-Quran tapi hanya bawah dalil hadis saja. Itu tiada integriti dalam fatwa namanya,” katanya lagi.

Zamihan berkata, meskipun jemaah solat Jumaat sering diingatkan agar tidak bercakap walau mengingatkan saudaranya mengenai perkara itu sekali pun namun tidak sesekali syarak mengatakan bahawa solat Jumaat mereka itu tidak sah atau tidak mendapat pahala.

Sebaliknya kata beliau, jemaah itu hanya tidak mendapat pahala terhadap kesempurnaan dalam mendirikan solat Jumaat sahaja.

“Kutip derma itu untuk masjid juga dan untuk kepentingan umat Islam. Tidak ada ijmak ulama yang mengatakan perkara itu (mengutip derma ketika khutbah Jumaat) sebagai haram. Mereka hanya buat analogi yang kabur,” ujarnya.

Baru-baru ini, JAWI mengeluarkan arahan melarang kutipan tabung bergerak di masjid-masjid ketika khatib sedang membaca khutbah Jumaat.

Ketetapan larangan itu diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-100, yang bermesyuarat pada 27 Februari lalu di Putrajaya.

Surat arahan yang turut disahkan Mufti Wilayah Persekutuan, merangkap pengerusi mesyuarat jawatankuasa berkenaan diputuskan selepas merujuk ketetapan termasuk yang dibuat Jabatan Mufti Johor.  – MalaysiaGazette

Zamihan melalui video kira-kira 10 minit di Facebooknya berkata Asri dan Zulkifli ‘Mufti Sembrono’.

Zamihan antaranya menyifatkan Asri bermulut celupar, terutamanya apabila dikata mengeluarkan kritikan terhadap penahanan bekas mahasiswi Universiti Malaya (UM) Siti Noor Aishah Atam.

Zulkifli pula dipertikai susulan pandangan bahawa haram mengutip derma semasa khutbah solat Jumaat, yang berbeza dengan fatwa-fatwa negeri lain.

Malaysiakini telah cuba mendapatkan reaksi ketika-tiga tokoh agama di atas tetapi belum berhasil.

PAS Parti Yang Mengelirukan



Kamu yang mengelirukan, Asri jawab PAS

Keindahan Islam bukan hanya apabila hudud dilaksanakan, tetapi apabila balak tidak ditebang sesuka hati, kata Asri.


PETALING JAYA: Datuk Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mempertahankan keindahan Islam bukannya terletak hanya pada pelaksanaan hudud tetapi pada tadbir urus yang baik.
Kerana sebenarnya kitab Islam (nas) lebih banyak menyentuh mengenai tadbir urus, akhlak, hak, kebajikan, kebersihan dan alam sekitar berbanding hudud.
Bagaimanapun, mufti Perlis berkata ada golongan yang asyik tertumpu kepada isu hudud. “Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi.”
Asri di Facebook hari ini meleraikan agenda itu kepada politik. “Sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan, ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.”
Semalam, Asri di forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka mengkritik penyokong hudud yang menganggap pelaksanaan hukum itu akan menunjukkan “keindahan Islam”.
Hari ini, PAS membidas Asri sebagai seorang yang keliru dan mengelirukan umat Islam.
“Tahukah kamu apakah yang mengelirukan?” soal Asri. “Apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai-berai, tidak makan sembelihan, solat 2 imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.”
“Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

“Anda menyebut ‘Perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah’. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati Perlembagaan.
“Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?” soal Asri.
Beliau turut menghentam PAS kerana mengubah suai pendirian ketika mahu berbaik dengan parti politik tertentu.
“Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jemaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.
“Ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan ‘selesai masalah pengangguran dulu baru hudud’. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.”
Beliau memohon PAS tidak mempolitikkan agama kerana ia akan mengelirukan keutamaan dalam Islam.
“Dunia maju yang bermatian pelarian Islam lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut,” kata Asri.
“Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak ‘menebang balak’ sesuka hati.”

Rafizi Suka Sangat Menyelongkar Sampai Tidak Tahu Dosa & Pahala Kata Nik Abduh.

Siang tadi selepas Rafizi Ramli membuat pendedahan berani mati dengan akaun bersumpahnya sambil mencabar Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS mengambil tindakan terhadap beliau, ini respon segera dari Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh bagi menjawab dakwaan Rafizi itu.



"Betullah kata presiden PAS bahawa Pandan ni tak tahu dosa dan pahala. Suka sangat menyelongkar sampai jadi hobi. Tahi ayam pun digempaknya jadi tahi tuan ayam. Memang riuhlah..

Nasihat saya, pandu cermat, jiwa selamat. Tekan minyak, tekan juga brek..", katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebooknya.


Beliau kemudiannya menjelaskan bahawanya pemimpin PAS juga mempunyai banyak maklumat namun berusaha mempraktiskan akhlak yang mulia bahawanya jika sesuatu maklumat itu belum terbukti, maka diam adalah sebaik-baik tindakan.

"Pemimpin PAS juga banyak maklumat. Tetapi mereka berusaha mempraktiskan akhlak yang mulia bahawa sesuatu yang belum masak buktinya, maka diam adalah senjata disarung dan biarkan ia terlihat.

Usah gegak mengejar mentari. Sabarkan diri, fajarkan menyinsing..", katanya.


Kenyataan itu turut dikongsikan sebanyak 324 kali setakat artikel ini ditulis. Bagaimanapun tidak semuanya bersetuju dengan pandangan dari Ketua Pemuda PAS itu, ada netizens yang mengkritik Nik Abduh kerana begitu cepat melatah apatah lagi nama beliau langsung tidak disebut dalam pendedahan Rafizi itu.

"Siasatlah, dah Pandan kata nak serahkan bukti kepada SPRM. Kau neh dah kenapa", kata Aizat Ibrahim dalam satu respon kepada Ketua Pemuda PAS itu.





Manakala Sharlinie pula menyatakan rakyat sudah penat menunggu tindakan PAS menyaman pihak-pihak yang mendakwa PAS menerima wang 90 juta yang dipercayai hasil wang haram 1MDB.

Salehuddin pula berpendapat bahawanya pemimpin PAS patut berlapang dada dan menyiasat tentang dakwaan tersebut.

Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, ditahan SPRM




Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly, ditahan Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lapor sebuah portal berita hari ini.

Memetik kenyataan sumber, laporan itu menyatakan Adam ditahan selepas beliau hadir untuk disoal siasat di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang tadi.

"Beliau dilihat dengan tangan bergari di lobi ibu pejabat SPRM kira-kira jam 4.10 petang sebelum dibawa ke lokasi lain," kata sumber itu dan disiarkan The Star Online.

Adam pada November tahun lalu menjadi perhatian apabila didedahkan memiliki kekayaan dianggap luar biasa oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Jamal menyewa sebuah helikopter untuk membawa wartawan melihat pemandangan banglo Adam dari udara. Kediaman itu didakwa Jamal bernilai RM7 juta.

Bagaimanapun Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau membeli banglo berkenaan pada harga RM1 juta melalui lelongan.

Beliau juga mendakwa kekayaan itu diperoleh daripada perniagaan yang dijalankannya.

Laporan itu mendakwa, Adam dijangka ditahan semalaman dan mungkin SPRM akan mendapatkan perintah reman daripada mahkamah esok.


"SPRM menyiasat kes itu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001," katanya.

Adam, 28, adalah pegawai khas Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Beliau hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM buat kali ketiga selepas melakukannya pada 10 dan 22 Februari lalu.

Benarkah Hidup Di Zaman Mahathir Lebih Senang? Lelaki Ini Buktikan Dengan Slip Gajinya...


Kalau sudi baca bacalah. Kalau tak sudi abaikanlah.

Beginilah nasib kami para guru ketika sambung belajar pada tahun 1992-1995, UTM Skudai. Dulu tidak ada tawaran sambung belajar kepada kakitangan kerajaan dengan bergaji penuh seperti sekarang, hanya dibenarkan separuh gaji atau letak jawatan.


Penyata Gaji saya dari tahun 1992-1995.

Gaji pokok ketika itu RM1115.00 adalah gaji setelah berkhidmat selama 15 tahun tanpa ada kenaikkan gred atau kenaikkan tangga gaji. Gaji separuh ketika sambung belajar adalah sebanyak RM557.50 tambah Elaun Khidmat Awam sebanyak RM57.50 = RM615.00.

Dalam keadaan terdesak begini pun cukai pendapatan dipotong lagi sebanyak RM36.00, kemudian bayaran balik pinjaman perumahan sebanyak RM473.47 dipotong (permohonan untuk menangguhkan bayaran perumahan untuk selama pengajian ditolak).

Potongan Tabung Haji dan Angkasa sebanyak RM59.00. Dan jumlah potongan adalah sebanyak RM568.47 dan baki yang tercatat pada slip gaji hanya tinggal RM46.53.

INILAH GAJI AKU SELAMA TEMPOH PENGAJIAN.

Memang tidak lojik dik akal dengan gaji sebanyak ini boleh menyara kehidupan di kampus (kos hidup di Johor Baru memang sedia maklum sudah tinggi ketika itu) dan menyara keluarga. Sudah pastilah hutang keliling pinggang, antaranya buat pinjaman daripada Bahagian Biasiswa Negeri Kedah dan lain-lain.

Kos pengajian bukannya murah semua perkara memerlukan duit. Ketika itu belum ada PTPTN, kalau masa itu dah ada pasti aku akan pohon dan pasti akan ku bayar balik.

Kalau budak-budak hari ini merasa mereka terbeban sangat di Universiti maka sedarlah kami yang dahulu merasakan hal ini.

Alhamdulillah berkat kesabaran Isteri dan anak-anak yang sanggup berkorban maka semuanya berjalan dengan baik.


Oleh Onwi Hj Harun

Wednesday, 12 April 2017

Murid pun wajib 'punch card' di Terengganu



Murid SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus, menggunakan mesin perakam waktu kedatangan bermula hari ini. - Foto GHAZALI KORI


Kuala Nerus: Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak di sini, menjadi sekolah pertama di negeri ini menggunakan mesin perakam waktu untuk kehadiran murid yang mula dilaksanakan hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafuddin Ali Hussin berkata, 900 murid menggunakan mesin perakam waktu itu untuk sesi persekolahan hari ini sebagai usaha pihak sekolah meningkatkan tahap disiplin murid.

"Ia inovasi baru di sekolah dan kami bangga kerana pembaharuan ini adalah yang pertama di negeri ini.

"Bagi sistem ini, setiap murid perlu merakam waktu kedatangan sebelum 7.40 pagi setiap hari manakala pulang, pada 4.30 petang selepas Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)," katanya yang hadir menyaksikan pelaksanaan sistem itu di sekolah berkenaan.

Menurutnya, enam mesin perakam waktu disediakan disediakan mengikut tahun murid di sekolah terbabit.

Plaza Tol Sesak Kerana Masalah Smart Tag Dan 4 Cadangan Penyelesaian Daripada Saya


Dah lama sebenarnya nak komen perkara ni, boleh dikatakan setiap kali kena beratur panjang kat lorong Smart tag, tiap kali itulah rasa nak komen.

Di kala kebanyakan lebuhraya dan jalanraya dah nak buat fully-electronic toll ni, saya rasa SMART TAG perlu penambahbaikan untuk kemaslahatan semua pengguna jalanraya.

Rasanya ramai kot yang mengalami masalah yang sama, bila lalu kat toll booth, lorong SMART TAG yang patutnya paling SMART dan paling laju tu lah yang sangkut, dan jadi punca traffic jam pulak.




Jadi kat sini saya cuba senaraikan masalah-masalahnya, dan mungkin juga cadangan penambahbaikan, atau kalau ada yang dah dibuat atau yang orang lain nak cadang pun silakan:

MASALAH:

1. Device Smart Tag yang baru ni banyak masalah, terutama di bahagian paparannya cepat rosak. Ini menyebabkan kita tak tau berapa nilai yang ada. Maka banyaklah jadi kes BAKI TIDAK MENCUKUPI, yang menyebabkan lorong SMART TAG jadi sangkut.

Kekadang satu device tu rosak menyebabkan terus dia tak dikesan (bukan sebab bateri habis, dah tukar bateri baru) maka keluarlah sign TIADA SMART TAG. Saya guna 2 biji device smart tag yang baru, dan kedua-duanya rosak di bahagian paparan, dan salah satu dah rosak terus.

2. Sistem lorong SMART TAG yang sangat lemah dan tidak canggih menyebabkan kerapkali kereta tersangkut bila terlalu rapat, maka keluarlah arahan JARAKKAN KENDERAAN, menyebabkan upacara reverse me-reverse terpaksa dilakukan beramai-ramai.

3. Penggunaan kad Touch ‘n’ Go yang wajib cukup nilai (tiada sistem kredit, atau lalu dulu, bayar kemudian masa tambah nilai) merupakan antara punca yang menyebabkan selalu berlaku kesesakan di lorong Smart Tag. Kadang-kadang yang lalu depan kita tu tak cukup seposen je dalam SMART TAG dia.

Untuk laluan dekat, bolehlah kita mencongak berapa baki. Tapi untuk laluan jauh di lebuhraya, adakala kita terlepas pandang nilai toll yang perlu kita bayar dan baki yang ada dalam kad touch n go. To make thing worse, display SMART TAG kita pula rosak. Akhirnya staf toll juga yang kena turun buat kerja kat situ.

4. Lorong SMART TAG yang terlalu sedikit terutamanya di kawasan bandar, di KL dan kawasan yang trafik agak tinggi. Adakala hanya ada satu lorong SMART TAG saja.



CADANGAN:

1. Tukar pembekal SMART TAG, jangan pakai lagi yang mudah rosak ni. Yang lama lagi tahan lasak walaupun sebenarnya device SMART TAG ni bukannya kita pakai lasak-lasak, bawa pergi berenang ke, naik gunung ke, tapi tetap dia rosak mungkin sebab tak tahan kepanasan cuaca di Malaysia.

Design yang baru dah cantik dah, tapi apalah gunanya kalau pakai seminggu dua je dah ada problem. At least, appreciate pengguna yang bayar lebih beli device untuk servis ni. Bayangkan betapa popularnya kerosakan dia sampai ada video tutorial macammana nak pulihkan paparan Smart Tag.

2. Cuba naik taraf sistem dengan sensornya supaya dua kereta masuk berhampiran pun dia boleh detect 2-2 device dan benarkan dua-dua sekali lalu. Lainlah kalau kereta yang di belakang tak ada smart tag, dia nak curi-curi lalu ikut kereta depan.

InshaAllah saya rasa benda ni boleh dibuat. Orang kata, kita yang buat dia. Semoga upacara reverse-me-reverse lepas ni boleh dihapuskan terus di lorong SMART TAG.

3. Cuba perkenalkan sistem kredit pada kad Touch ‘n’ Go kita,. Contohnya jika baki tak cukup dua tiga puluh sen, dia benarkan lalu juga. Cuma jadi negative balance. So, masa reload nanti tolaklah kan. Rasanya benda ni boleh je buat kot.

Kalau takut penipuan ke, atau kerugian ke, letaklah limit negative tu berapa. Maxima RM10 ke jadi bila kita lalu, tak cukup RM5, negative lah dia. Then masa reload, tolaklah balik negative tu.

Takkanlah ramai sangat rakyat Malaysia nak tipu balance –ve tu dengan beli kad baru setiap kali balance –ve. Boleh juga kawal dengan menghadkan pembelian kad touch n go melalui pendaftaran ID masa beli kad untuk elak penipuan.

4. Banyakkan sikit lorong SMART TAG terutamanya di kawasan sibuk. Katanya nak fully electronic kan? Kenalah sediakan fasiliti yang mencukupi. InshaAllah pengguna lebuhraya dan jalanraya akan hargainya.

Dah lah stress kena bayar toll. Oklah, perkara ni macam dah jadi biasa, tapi at least perkemaskanlah sistem tol tu supaya lebih lancar dan tak menjadi punca kepada trafik jem pula.

Oklah. Itu saja komen dan cadangan, kalau ada yang nak tambah silakan. Tapi ingat, komen untuk penambahbaikan, orang kata komen membina. Apalah gunanya teknologi kalau ia tak menyelesaikan masalah orang sebaliknya menimbulkan lebih masalah pula.

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad Hazamin. Boleh ikuti beliau di sini.

Bangun Tidur Awal Pagi Pergi Kerja Untuk Elak Bayar Tol - Menteri


KUALA LUMPUR : Untuk mengelakkan membayar tol berikutkan kenaikan kadar tol yang berkuastkuasa baru-baru ini, rakyat disarankan supaya merancang perjalanan dengan bagun tidur lebih awal untuk ke tempat kerja.

Cadangan itu telah diutarakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, di mana katanya, kerajaan telah membina jalan alternatif tanpa tol, jadi rakyat boleh menggunakannya untuk mengelak daripada membayar tol.

“Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol. Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.

“Jadi dari segi itu kita kena bahagi masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena bahagi masa. Bahagi masa untuk sampai ke destinasi kita mungkin kena turun 15 minit lebih awal, 20 minit lebih awal kena bangun,” katanya dalam sidang media dipetik laporan Free Malaysia Today.

Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) menegaskan bahawa tol yang telah dibina oleh kerajaan adalah hanya untuk memendekkan perjalanan.

Kerana itu, kerajaan terpaksa membenarkan konsensi yang menyelenggara tol menaikkan harga memandangkan kos untuk penyelenggaraan lebuh raya semakin meningkat.

“Kos untuk menyelanggara ini semakin hari semakin meningkat dan kita tahu bahawa tol tidak naik untuk beberapa tahun dan bila dia naik kita berharap rakyat faham kos itu meningkat,” katanya. - Siakapkeli.my

Sup Antibiotik Ganti Ubat Untuk Anak Demam & Selesema. Mesti Cuba!


Bila anak tak sihat, mama pun susah hati. Biasanya bila si kecil demam, mereka akan kerap meragam dan hilang selera makan. Itu lagi membuatkan ibu susah hati. Bila tak mahu makan macam mana hendak cepat sembuh. Badan yang tidak sihat perlukan pelbagai nutrisi untuk mengembalikan semula kehilangan tenaga.

Doktor selalu berpesan kalau anak demam sentiasa pastikan mereka cukup cecair dalam badan untuk mengelakkan daripada berlaku dehidrasi. Memang sukar hendak memujuk si kecil makan dan minum semasa mereka demam, apatah lagi kalau pakej sekali dengan batuk dan selesema.

Kanak-kanak yang tidak sihat selalunya hanya boleh menerima makanan yang mudah ditelan seperti sup. Sup dapat mengembalikan kesegaran badan yang lesu. Apa kata mama masakkan sup yang turut mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti bawang putih yang terkenal sebagai bahan merawat pelbagai penyakit.

Sup Antibiotik Si Manja

Bahan-bahan

5 biji buah pelaga

5-7 biji bunga cengkih

4 ulas bawang putih | dihiris halus

1 biji bawang besar | dihiris halus

3 biji lada hitam

3 cawan air

1 batang lobak merah | dipotong bulat

Sedikit ikan bilis yang ditumbuk

Cara memasak:

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan semua rempah.

2. Apabila sudah naik bau, masukkan semua bahan lain dan biarkan mendidih.

*Untuk sumber karbohidrat, anda boleh masukkan mihun atau makaroni.

*Ikan bilis boleh digantikan dengan ayam.

*Sebaiknya, tumis bahan dengan minyak zaitun.

*Masukkan sedikit daun sup untuk sup lebih harum.

Rosmah terima anugerah selendang Tun Fatimah dari Silat Lincah




ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor bukan sahaja memiliki sifat boros tahap tertinggi, rupa-rupanya wanita yang suka masuk campur hal ehwal negara ini juga pandai bersilat.

Buktinya, Persatuan seni Silat Lincah Malaysia telah menganugerahkan Rosmah Mansor satu anugerah tertinggi pertubuhan itu, iaitu Selendang Tun Fatimah.


Nama Tun Fatimah diambil sempena nama seorang gadis cantik merangkap srikandi yang hebat ilmu persilatannya di zaman kesultanan Melayu Melaka.

Meskipun seluruh ahli keluarganya dibunuh atas titah Sultan Melaka, anak gadis Datuk Bendahara Melaka itu tetap setia kepada Sultan Melaka. Akhirnya Tun Fatimah menjadi Permaisuri Melaka.

Rosmah Mansor bukan sahaja comel dan layak dinobatkan sebagai Lady Gaga Malaysia (Lady Gajah) kerana suka membeli beg tangan mewah jenama Birkin ala Lady Gaga, malah beliau dipercayai memiliki ilmu persilatan yang tinggi.


Beliau mempelajari ilmu persilatan secara ghaib melalui beberapa orang bomoh yang hebat. Sila saksikan video "Perempuan Puaka" di YouTube.
 "Tak lama lagi akan ada orang Silat Lincah dapat gelaran Datuk..."


Aznil Nawawi Dikutuk Imam Masjid

SHAH ALAM – Pengacara Datuk Aznil Nawawi berkata, pengalamannya dikutuk oleh imam Masjid Negara dalam satu khutbah Jumaat menyebabkan dia berasa amat berdosa terhadap dirinya sendiri.
Aznil Nawawi Imbas Pengalaman Dikutuk Imam Masjid
Namun kata Aznil, 55, peristiwa itu membuatkan dia terbuka untuk meminta maaf hanya kerana penampilannya sebagai hos dalam sebuah rancangan televisyen ketika itu mendapat bantahan orang ramai.

“Kita diajar jika buat salah kena minta maaf dan satu aspek lain pula ialah memaafkan… itu baru betul,” katanya kepada mStar Online.

Aznil mengimbas kenangan lalunya sewaktu menjadi hos Pop Kuiz di TV3 yang mendapat kritikan orang ramai hanya kerana imej dan penampilan peliknya ketika itu.

Beliau berkongsi pengalaman itu selepas melihat kejadian terhadap pengacara dari Singapura, Najip Ali yang meminta maaf kerana kesilapannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun isu itu masih berpanjangan.

Kata Aznil, ketika namanya disebut dalam khutbah Jumaat itu dia amat sedih namun dia bersyukur kerana diberi ruang untuk meminta maaf akibat melakukan kesilapan secara terbuka.

“Saya pun buat kesilapan sebelum ini, tapi orang beri saya ruang. Saya pernah dikutuk dalam khutbah Jumaat, itu satu dosa besar bagi saya.

“Saya minta maaf dan mereka terima permohonan maaf saya dan kami move on,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar Online pada awal pagi Selasa, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tetap berkeras mahu empat lagi selebriti lain iaitu Vernetta Lopez, Sam See, Rishi Budhrani dan Mike Kassim memohon maaf kepada Perdana Menteri.

Kata Zed, permohonan maaf daripada Najip dan stesen MediaCorp tidak memadai kerana tindakan itu tidak disertai selebriti lain yang turut terlibat.

Suami Curah Kereta Isteri dengan Simen, Marah kerana Tukar Nama hak Milik

Tindakan lelaki yang dirakam. – Foto CEN/Megapolis





ST PETERSBURG – RUSIA. Demi membalas dendam, seorang suami memenuhi kereta isterinya dengan bancuhan simen kerana wanita itu menukar namanya untuk satu promosi sebuah pasaraya.

Tawaran kepada pelanggan yang secara sah menukar nama mereka kepada nama sebuah pasar raya Rusia (Veniy) akan menerima RUB50,000 (RM3,891) sebulan.

Lelaki warga Rusia itu mendakwa dia dan isterinya berdepan masalah rumah tangga sebelum ini dan tindakan isterinya menukar nama menjadi kemuncak krisis perkahwinan mereka.

Video perbuatan lelaki itu dirakam di St Petersburg dimana lelaki itu mengarahkan sebuah lori simen melepaskan simen ke dalam kereta isterinya.

Dia kemudian menyuruh pemandu lori itu menuang campuran simen ke dalam kereta wanita itu sehingga ke paras cermin tingkap.

Wanita itu mengaku kepada suaminya tentang tindakannya mengubah namanya dan mendorong suaminya untuk membalas dendam.

Lelaki itu mendapat idea untuk berbuat demikian kerana mengetahui isterinya itu sangat sayang akan keretanya itu. – Yahoo News

Penalti 100% jika elak, salah lapor cukai



Penalti seratus peratus nilai cukai terhadap individu dan syarikat yang mengelak atau melapor cukai pendapatan tidak tepat, akan berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Sabin Samitah berkata penalti itu adalah maksimum yang dikenakan berbanding penalti 45 peratus nilai cukai sekarang.

"Misalnya jika mereka atau syarikat elak cukai RM1juta, maka mereka perlu bayar penaltinya RM1juta juga iaitu 100 peratus nilai cukai yang dikenakan," katanya.

Penalti 100 peratus itu boleh dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Gegar Bersepadu (G127B), hari ini.

Sabin berkata penalti yang lebih tinggi itu diharap dapat memberi kesedaran kepada individu dan syarikat terhadap tanggungjawab membayar cukai pendapatan mereka.

Mengenai Ops G127B dari 10 hingga 14 April, lawatan banci bisnes dan perniagaan, serahan notis sekatan perjalanan kerana tunggakan cukai, serahan notis tindakan mahkamah dan saman serta audit majikan dan audit potongan cukai bulanan akan dijalankan.

- Bernama

Ya, Memang John Soh Salur Dana Berjuta-Juta Kepada PKR - Bekas Pemimpin PKR

Oleh : Chegu Bard


Tiba - tiba nama Datuk John Soh Chee Wen menjadi sebutan selepas dipetik oleh Raja Petra dalam tulisan terbarunya. 

Jon Soh kini sama seperti Anwar Ibrahim iaitu sedang terpenjara. Dia dalam penjara Singapura kerana sedang menghadapi 188 pertuduhan di mana dia disifatkan sebagai mastermind of Singapore's 2013 penny stock crash. Untuk itu dia juga dinafikan ikat jamin dan ditahan di penjara sementara selesai perbicaraan yang melibatkan nilai hampir $9 billion keseluruhannya.



Aku tak berminat nak ulas berkenaan Raja Petra kerana  memang lama kredibeliti Petra diragui selepas dia lari ke London (dikhabarkan hidup mewah) yang mana membuat pusingan U selepas membuat kenyataan berkenaan pembunuhan Altantuya.

Namun Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya. Malah Anwar dan Azizah juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya.

Kini John Soh sudah tidak boleh dihubungi kerana dia dalam penjara Singapura.

Siapa dia John Soh ? Jujurnya, saya kenal John Soh secara peribadi. Saya pernah beberapa kali duduk bersama untuk makan tengahari, minum petang dan naik kereta bersama ketika saya menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.

Peranan John Soh pada satu ketika dalam 'circle Anwar' amat kuat sehingga dia pernah beberapa kali hadir dan duduk dalam mesyuarat MPP PKR. Perkara ini saya pernah tegur secara terbuka dalam mesyuarat kerana bagi saya MPP ialah medan tertinggi PKR dan seharusnya tidak terbuka kepada kawan - kawan nak hadir suka - suka. Selepas itu Anwar secara peribadi memanggil saya meminta saya memahami keadaan kerana kononya John Soh punya 'networking' tertentu yang sangat diperlukan bagi strategi politik pada ketika itu. Malah selepas teguran saya John Soh secara rasmi dilantik sebagai anggota Biro Politik bagi menghalalkan kehadiran beliau dalam semua mesyuarat parti.

Memang bukan misteri, John Soh menjadi penyumbang kepada PKR. Seingat saya sebahagian besar perbelanjaan menyiapkan pengubahsuaian Ibu Pejabat Parti ketika itu ditanggung John Soh, malah ketika Datuk Salehuddin Hashim menjadi Setiausaha Agung PKR kertas cadangan menyiapkan pejabat PKR negeri seluruh negara diajukan kepada John Soh dan John Soh bersetuju menyumbang dana. Ketika itu imej dan pengurusan perjalanan pengurusan PKR sangat berimej korporat dan sangat baik.

Ketika Anwar diserang dengan kemunculan Saiful Bukhari , John Soh muncul menenangkan beberapa orang yang dilihat berisiko kepada Anwar termasuk orang yang membawa Saiful masuk bekerja iaitu Rahimi Osman yang sangat kelihatan dijaga oleh John Soh ketika itu.

Zaid Ibrahim masuk PKR dan dia kemudian rapat dengan kelompok 'circle Anwar' sebelah John Soh ini. Namun Anwar punya kerektor yang pelik, Zaid Ibrahim diherokan sehinggalah ketika pemilihan parti 2010 ketika Zaid membuat keputusan melawan Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden tiba - tiba Anwar memanggil che'GuBard dan meminta che'GuBard menyokong Azmin konon kerana katanya Zaid Ibrahim sedang dibantu (didanai) oleh orang yang rapat dengan Daim dan Mahathir bagi mengambil alih PKR. Saya berhujah sehingga mengheret nama John Soh , yang mana saya sebut ketika saya mempersoalkan kenapa John Soh hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi Anwar sendiri memanggil dan meminta saya yakini bahawa John Soh ikhlas mahu menjatuhkan Bn.

Tiba - tiba hanya kerana Zaid melawan Azmin semua jadi salah dan berdosa. Anwar tidak menjawab hujah saya dan mengalihkan kepada perkara lain perbualan ketika itu. Saya tegaskan bahawa John Soh marah kepada Azmin sebab John Soh tahu permainan politik Azmin dan  menjadikan Mahathir tempat rujuk dan hubungan baik Azmin dengan pemimpin Umno sejak awal, Anwar tersentak dengan ketegasan saya dan segera menamatkan perbualan di rumah ayahandanya di Kajang ketika itu.

Tulisan ini juga bertujuan meminta pemimpin - pemimpin hebat dalam PKR untuk sedikit melihat nasib John Soh yang sedang terpenjara di Singapura, dia pernah muncul dan membantu banyak PKR dan sebahagian apa yang kamu perolehi kini adalah usaha dan sumbangan John Soh, kini dia berdepan kesukaran cubalah membantu yang termampu.

Menerima dana dari orang yang mahu menumbangkan Bn itu tidak nampak apa salahnya. Cuma jika jumlahnya sehingga melibatkan puluhan juta seorang maka salahnya ialah kenapa parti masih bergerak dengan perbagai kesusahan khususnya aktivis di peringkat bawah. Celaka jika benar apabila mengenang nasib aktivis yang sangat payah sejak penubuhan parti di peringkat akar umbi. Maka nama yang disebut wajar memberikan penjelasan sebenar bukan sekadar menjawab dengan menyerang Petra semata - mata. 


Ya pasal Petra kita sudah arif tetapi jangan nafikan sepenuhnya peranan dan sumbangan John Soh. Jelaskan pada akar umbi jika tidak pasti akar umbi kecewa dan kesunggguhan berkorban akan menjadi rendah sebab bagi mereka apa guna berkorban jika di atas penuh kemewahan.akan muncul hujah jika hendak tenaga mereka maka bayarlah dengan setimpal....

Mungkin cadangan semua nama yang disebut Petra perlu mengajukan saman fitnah juga harus dipertimbang secara serius kerana itu yang dicabar oleh kita ketika Pas dan Hadi berdepan dengan pendedahan menerima dana besar yang terkait Najib.

Namun sumbangan John Soh tetap berbeza dengan isu Pas mendapat dana 'gelap' dari Najib kerana menerima dana dari musuh politik dengan menerima dana dari penyokong sangat - sangat berbeza.

Untuk rekod tambahan John Soh ini juga merupakan 'pendana' yang mengasaskan salah satu portal berita di Malaysia.

Namun yang kesianya rakyat, terhimpit dengan perbagai kepayahan tetapi ahli politik kiri dan kanan sama sahaja kaki telan sebab itu dari awal saya tegaskan dana politik harus dicatat paling tidak dedah sepenuhnya namun kena ada tatakelola peringkat tertentu parti yang mengesahkan dan meluluskan rekod penerimaan dan perbelanjaan.

Catatan ini dicoret dalam menjaga adab agar tidak tercatat perkara yang terlalu bersifat dalam 'kelambu'. Catatan ini hanya bersifat saling mengingatkan bukan menyerang sesiapa.

Jabatan Akauntan Laksankan Sekatan Potongan Gaji Penjawat Awam

JANM laksanakan sekatan potongan gaji penjawat awam maksimum 60% dari jumlah gaji kasar




PUTRAJAYA - Jabatan Akauntan Negara (JANM) semalam memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan sekatan bayaran potongan gaji Penjawat Awam sehingga maksimum 60% dari jumlah gaji kasar melalui sistem gaji berkomputer JANM.


Dalam makluman yang disiarkan di laman JANM itu menyatakan, pegawai awam adalah bertanggungjawab untuk menguruskan sendiri sebarang pembayaran potongan gaji yang tidak dapat dibuat potongannya melalui sistem gaji.

"Arahan ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang telah diadakan pada 5 April 2017."

Sebagai contoh, sekiranya potongan gaji melebihi 65%, dalam penyata gaji hanya akan dipotong 60% sahaja, manakala baki 5% perlu dibayar kepada pihak bank dan diuruskan sendiri oleh individu berkenaan.