Friday 16 December 2016

Najib mahu contohi kepemimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mencontohi cara kepemimpinan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang disifatkan ada ‘ketegasan dalam kelembutan’.

Beliau berkata, sifat kepemimpinan khalifah pertama Islam itu akan menjadi pedoman buat beliau untuk memperbaiki diri.

“Alhamdulillah dikurniakan rahmat Allah SWT hari ini untuk bersama para jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi.

“Khutbah hari ini mengenai sifat ‘Ketegasan Dalam Kelembutan’ Khalifah Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Insya-Allah akan jadi pedoman saya untuk perbaiki diri dan contohi kepemimpinan beliau,’’ katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Pengkisahan kepemimpinan Khalifah Abu Bakar itu merupakan intipati khutbah Jumaat yang diikuti Perdana Menteri ketika beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi, di sini.  – Utusan Online




Nota Ana Ghoib: Takut Allah Takut Manusia Takut Harta

Firman Allah: Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.

Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan. – (Hud 11:15-16)


EmoticonEmoticon