Thursday 4 May 2017

Saya Jadi Imam Solat Suami Saya – Nik Elin Nik Rashid

Putrajaya: Wanita Melayu didiskriminasi kerana tidak boleh berdiri sebaris dengan kaum lelaki ketika bersolat jemaah sedangkan wanita boleh menjadi imam solat jemaah bagi kaum lelaki di New York, dakwa Nik Elin Zurina Binti Dato’ Nik Abdul Rashid.

Beliau juga membuat suatu pengakuan bahawa beliau telah menghancurkan tradisi wanita Melayu dengan menjadi imam kepada suaminya sewaktu melaksanakan ibadat solat berjemaah. Beliau yang lebih dikenali sebagai Nik Elin Nik Rashid membuat kenyataan sedemikian sebagai respon kepada tindak balas orang ramai terhadap puisi kontroversinya yang berjudul, “I am a Malay woman”. “Di New York, ibadat-ibadat solat masih boleh dilaksanakan dengan seorang wanita memimpin keseluruhan jemaah.

By the way, sewaktu suami saya yang mualaf bersolat dengan saya, sayalah yang menjadi imam. Oleh itu, saya telah hancurkan tradisi sebagai seorang wanita Melayu,” dakwa Nik Elin Nik Rashid. Pengasas Kelab Warisan Wibawa ini juga mempersoalkan amalan fekah masyarakat Melayu-Islam yang meletakkan kaum wanita dan lelaki di kedudukan barisan yang berlainan sewaktu melakukan solat berjemaah, yang menurutnya adalah merupakan satu diskriminasi terhadap golongan wanita.

“Itu tidak lari daripada fakta bahawa seorang wanita tidak boleh bersolat dalam barisan yang sama dengan kaum lelaki dan sehinggakan seorang anak lelaki ada lebih hak untuk berdiri di hadapan ibunya,” dakwa beliau yang pernah dilaporkan mengimamkan solat suaminya dan kedua-dua anak lelakinya. Soal Nik Elin Nik Rashid, “Allah berfirman bahawa kita semua adalah setaraf di sisiNya, jadi mengapa saya didiskriminasikan jantina saya?” “Ya, Tuhan tidak pernah pun walau sekali dalam Quran memerintahkan agar wanita berdiri di belakang kaum lelaki dan kanak-kanak lelaki sewaktu bersolat,” tambahnya lagi.


1 comments so far


EmoticonEmoticon