Dato Seri Najib Tun Razak dan Isterinya terselamat dalam kemalangan di kilometer 19 lebuhraya Senawang-Air Keroh. Pemandu dan pengawal peribadinya juga turut terselamat dalam kejadian malang tersebut.
Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sedang dalam perjalanan ke Melaka apabila kejadian itu berlaku. Kejadian yang berlaku pada 13 Julai 1988 itu juga menyebabkan kereta rasminya mengalami kerosakan selepas ia terhumban ke dalam parit. cermin hadapan kereta itu juga turut pecah.
Pemandu beliau Hanafiah Abdul Hamid berkata kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 3.30 petang ketika mereka dalam perjalanan ke Melaka di waktu hujan lebat.
EmoticonEmoticon