Monday, 17 April 2017

Kenapa Tun Siti Hasmah Tak Pakai Tudung Sampai Sekarang Soal Pejuang UMNO



Pertanyaan yang dilontarkan oleh sebuah portal yang cenderung kepada Barisan Nasional itu mencetuskan kontroversi kerana mengusik isteri kesayangan Tun Mahathir, iaitu Siti Hasmah.


Tulis blogger itu di laman webnya PRU14.TV, "Sayu hati memandang Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah melangkau umur 91 tahun. Ramai pihak tertanya-tanya mengapa Siti Hasmah masih tidak bertudung pada usia emas sedangkan umum amat maklum pada umur tersebut, kita bakal dijemput Allah s.w.t pada bila-bila masa sahaja".
Tambahnya lagi, "Sepatutnya pada usia “tambahan” yang dikurniakan Allah tersebut, beliau mengunakan sepenuhnya untuk persediaan “tambahan” bagi menghadapi alam barzakh nanti.


Memang mati itu tidak mengenal usia namun usia yang melebihi 90 tahun tersebut sepatutnya membuatkan kita lebih sedar diri".
"Perlukah beliau membuka aurat berhias diri pada usia tersebut? Tidak mungkin beliau akan secantik gadis yang berunur 20 tahun.
Tambahan pula, seorang wanita yang bertudung masih mampu kelihatan angun dan menawan tanpa perlu melakukan dosa membuka aurat", katanya di portal tersebut.
Bagaimanapun pandangan tersebut dilanda kontroversi apabila netizens membidas kembali penulisan itu dengan mengaitkan ia dengan Datin Seri Rosmah Mansur.
Menurut netizens, kenapakah blogger yang sama tidak mempertikaikan dan mempersoalkan Rosmah Mansur yang enggan bertudung pula.
"Rosmah pula macam mana?", soal Wan.
Manakala Muhammad Farouq pula menyifatkan pandangan blogger itu sangat kurang ajar. ""Tidak mungkin beliau akan secantik gadis yang berumur 20 tahun." Memang kurang ajar sape tulis artikel ni. Serius. And this is coming from a website which calls itself PRU14 or Pilihan Raya Umum 14, which is not related to the matter at al", katanya di ruangan komen. 


EmoticonEmoticon