Monday, 16 January 2017

Tengku Adnan: Gelaran 'Tengku' Saya Dari Pejuang Islam Aceh


Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah menggunakan gelaran pada namanya untuk mengumpul kekayaan.

Tengku Adnan berkata, beliau sudah menyatakan dengan jelas isu gelara "Tengku" itu pada 1982 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya mengenainya.

Anwar ketika itu adalah Ketua Pemuda Umno.

"Saya kata saya bukan Tengku Malaysia, saya berketurunan dari Acheh," kata Tengku Adnan dalam ucapannya di Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita Umno Cawangan-Cawangan dalam bahagian Batu di Kuala Lumpur hari ini.

Baca Juga ; Gelaran 'Tengku' pada Tengku Adnan Di Persoal

Sebelum ini ada pihak tertentu membangkitkan kesahihan geralan Tengku pada nama Ahli Parlimen Putrajaya itu, termasuk Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin mendakwa gelaran Tengku itu adalah palsu dan bukannya berasal daripada keturunan.

Khairuddin adalah bekas naib ketua Umno Batu Kawan yang kini menjadi antara tokoh paling lantang mengkritik parti berkenaan serta Datuk Seri Najib Razak.

Kata Tengku Adnan, nenek moyangnya dari Aceh adalah pihak yang memainkan peranan penting membawa Islam ke Malaysia.

"Lihat kembali sejarah, yang hilang Tengku Nyak Abu. Inilah cucu dia yang perjuang Islam. Dan datuk, nenek saya tidak pernah tunduk kepada Belanda," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut siapakah Tengku Nyak Abu dinyatakannya itu.
Tengku Adnan juga berkata ada pihak yang bertanya mengapa beliau kuat.
"Ada yang bertanya kepada saya mengapa saya kuat? Kerana darah itulah yang mengalir dalam urat saya. (Perdana Menteri) Najib (Abdul Razak) mempunyai darah Bugis saya mempunyai darah Acheh," katanya.


EmoticonEmoticon