Ajar Sendiri di Rumah!
Hukuman Rotan Pelajar Dilaksana 2017 | Siapa pernah kena rotan dengan guru ketika di sekolah? Atau pernah dikenakan hukuman lain oleh guru kerana telah melakukan kesalahan? Kena denda berdiri di luar kelas? Jalan itik? Lari keliling padang? Berdiri di atas kerusi?
Tidak siap kerja sekolah yang diberikan. Ponteng kelas. Tidak dapat jawab soalan matematik ketika dalam kelas. Mendapat markah sedikit ketika peperiksaan.
Hukuman Rotan Pelajar
Ketika admin bersekolah dulu, memang banyak kenangan sama ada kenangan manis atau pahit. Selalunya kalau admin dikenakan hukuman oleh guru, admin tidak akan bercerita kepada ibu bapa admin. Kenapa? Sebab memang kesalahan tersebut admin lakukan. Buat apa hendak mengadu dengan ibu bapa? Silap hari bulan kalau mengadu, mahu bertambah hukuman nanti.
Lagi pun bukan suka-suka guru hendak merotan pelajar atau pun merotan tanpa sebab.
Hukuman Rotan Pelajar Dilaksana 2017
Rotan Pelajar
Hukuman Rotan Pelajar 2017
Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, hukuman tersebut bagaimanapun tidak dibenarkan dilakukan di depan khalayak ramai semasa perhimpunan, sebaliknya di dalam bilik.
Menurutnya, cadangan tersebut merupakan antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017.
Katanya, antara penambahbaikan peraturan adalah kewujudan jawatankuasa disiplin di peringkat sekolah dan mewajibkan sesi kaunseling kepada pelajar bermasalah.
“Kementerian sedang melakukan kajian terhadap garis panduan sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Disiplin Pelajar 1959 yang terkandung dalam Ordinan Pendidikan 1957 sebelum draf penambahbaikan itu dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi.
EmoticonEmoticon