Sunday, 11 December 2016

Bankrup: Teksi Rugi RM60 Juta Kerana UBER


Industri teksi konvensional nampaknya seolah gagal menghadpi saingan sengit yang ditawarkan oleh perkhidmatan perkongsian perjalanan seperti Grab dan Uber, yang dikatakan mengenakan tambang lebih murah dan menikmati kelebihan yang dikatakan tidak adil.



Dalam tempoh 16 bulan akan datang, industri teksi dikatakan bakal kerugian sehingga RM60 juta dalam kutipan hasil hingga akhir tahun ini, jika Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak campur tangan bagi menyelamatkan industri yang bernial RM230 juta.

Seorang pengusaha bumiputra teksi berkata industri itu sedang mengalami kejatuhan merudum, dengan banyak teksi baharu yang belum dipajak, sedangkan teksi yang telah dipajak pula semakin dikembalikan oleh pemandu teksi tidak yang sanggup untuk terus memandu.

“Secara puratanya industri itu kerugian di antara RM15 juta dan RM20 juta setiap bulan. Keadaan perniagaan mereka telah mula menurun selepas GST, dan dengan kewujudan Uber dan Grab, kita kini lebih menderita,” kata Pengarah Urusan Avenue Drive Sdn Bhd Abd Razak Abd Aziz.

“Sebagai contoh, sebuah teksi Proton Persona baharu berharga RM50,000 setiap satu. Bayangkan jika satu satu pengendali perkhidmatan teksi tidak boleh menyewakan 50 teksi Persona ataupun dikembalikan(oleh pemandu),” katanya.

“Ia nya adalah kehilangan RM2.5 juta, cuma bagi sebuah syarikat kecil. Fikirkan pengusaha teksi yang besar dan keseluruhan industri, kerana mungkin akan ada kira-kira 20,000 teksi yang ditinggalkan pada bulan-bulan akan datang. Fikirkan tentang kehilangan pendapatan oleh pemandu teksi dan juga pengusaha teksi yang perlu membayar pinjaman bank dan kos lain, “katanya.

Memetik syarikatnya, Abd Razak berkata sekitar 20 teksi telah dikembalikan oleh pemandu teksi sejak Julai dan tiada sebarang pengambilan untuk 60 teksi baru sejak awal tahun ini.

Tinjauan theSun ke beberapa depot syarikat teksi di Rawang, Selayang, Kepong, Ampang, Pandan, Seri Kembangan dan Shah Alam mendedahkan bahawa sejumlah kira kira 1,600 teksi telah diparkir dalam premis mereka.

Salah satu syarikat utama, Uptownace Sdn Bhd, pengurus yang tidak mahu dikenali menggesa pihak media untuk mendedahkan perbezaan cabaran yang dihadapi operator teksi dan perkhidmatan perkongsian perjalanan.




“Sila tanya SPAD apa yang telah mereka lakukan sebenarnya, dengan membenarkan Uber dan Grab untuk beroperasi secara haram tanpa pemeriksaan Puspakom dan perkara-perkara lain,” katanya.

Seorang pakar pengangkutan menjangkakan bahaa kebanyakan teksi tidak akan mampu bertahan sehingga 2018 jika perkhidmatan perkongsian perjalanan terus menawarkan tambang yang lebih rendah.

“Tambang murah adalah sebab utama mengapa ramai penumpang mengenepikan perkhidmatan teksi dan beralih kepada Gram atau Uber. Ia sudah menjejaskan pemandu teksi dan juga operator dengan begitu teruk,” kata pengurus perhubungan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Y.S. Chan.

Beliau menjelaskan adalah agak mustahil bagi pemandu teksi untuk menurunkan tambang kerana faktor kos, "manakala Uber dan Grab hanya bertindak sebagai pencari pelanggan menggunakan kereta orang lain”.

Minggu lalu, berkuat kuasa Selasa, Grab Malaysia mengumumkan penurunan kadar tambang RM1.30 bagi setiap kilometer kepada RM1.10 di Lembah Klang pada hujung minggu (pada siang hari) dan hari-hari bekerja (waktu bukan puncak).


EmoticonEmoticon