Wednesday, 11 January 2017

Segelintir Netizen Tidak Bertanggungjawab Mendoakan Semoga Adenan Dihalang Masuk Syurga







KUALA LUMPUR – Disaat rakyat di negara ini sedang bersedih atas kematian Ketua Menteri Sarawak ada segelintir pengguna media sosial (netizen) yang biadap dilihat mendoakan agar Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dihalang dari masuk ke syurga.

Salah seorang penguna Facebook yang mengunakan indentiti, Berny Cheam berkata, Adenan akan dihumban ke dalam neraka kerana balasan karma ekoran dari perbuatannya selama menjadi ketua menteri di negeri itu.

“Baguslah. Saya rasa rohnya akan dihalang daripada memasuki syurga dan ke arah berlawanan (neraka). Taib (Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud) juga akan turut mati tak lama lagi,” tulisnya.

“Selepas ini kek halal juga boleh tidak dihalang masuk di McDonalds Sarawak,”seorang netizen yang menggunakan akaun No Ending Destructions.

Cool KC pula menulis, “adakah ini berita baik??haha,” tulisnya.

Advertisement


Kenyataan yang berbaur hinaan itu dipercayai merujuk kepada keputusan Adenan yang sebelum ini menghalang kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak ketika kempen pilihnaraya negeri tahun lalu.


Bagaimanapun tinjauan yang dilakukan mendapati ramai yang tampil untuk membidas kenyataan biadap tersebut sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap mereka kerana menghina pemimpin negara.



Malah ada yang menyifatkan kenyataan berbaur politik seperti itu tidak sepatutnya diungkapkan di saat rakyat Sarawak sedang berduka di atas kematian Adenan.



Adenan, 72 disahkan meninggal dunia pada pukul 1.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Kota Samarahan kerana komplikasi jantung.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu dilantik sebagai ketua menteri pada 28 Februari 2014, mempunyai rekod yang cemerlang dalam politik, kerana memenangi kesemua kerusi negeri dan parlimen yang pernah ditandinginya sejak 1979.



Adenan mencatatkan satu sejarah baru untuk negeri Sarawak apabila menjadi etnik Melayu yang pertama menerajui negeri itu selaku ketua menteri. –





EmoticonEmoticon