Tuesday, 2 May 2017

Harga Rumah Jatuh, Rumah 600k Akan Dijual Pada Harga 400k

HARGA RUMAH AKAN JATUH? Betul ke?

Ada seorang sahabat FB pagi ni PM saya utk tanya oendapat saya tentang artikel berita ni. Tajuknya memang ada potensi jadi viral: "Harga Rumah Akan Jatuh? Yang sekarang berharga rm600k dijangka turun rm400k!" Bergegar spek mata saya baca tajuk macam ni! Huhu! Meh saya komen skit..

1. Please baca betul2

Bila baca artikel mana2 media ni, please lah, baca sampai habis. Jangan baca headline je. Kenapa? Headline ni tujuannye nak kasi sensasi, nak kasi hangit. Cer tarik nafas dulu, lepas tu baca. Tak banyak pun ceritanye tentang pendapat dia tentang kenapa dan bagaimana harga rumah tu akan jatuh. Angle artikel ini ialah sebenarnya nak marah kat pemaju yg degil taknak turunkan harga. Yang ni saya pun nak kupas gak. Baca fulu yg lain.

2. Kite mudah sangat lupe

Tajuk macam ni bukan tahun 2017 je yg sensasi. Dah lupe ke tahun 2015 dulu ada gak professor yg suruh tunggu 2 tahun utk beli rumah. Eh? Bukan ke 2015 campur 2 tahun jadinya 2017. So tahun ni la yg patut nak beli. Tapi dia suruh tunggu lagi.. Maaf la, saya tak level professor nak buat kira2 additional maths yg rumit2 ni! Ke professor yg sama yg cakap macam tu? Aduhs!

3. Ada orang memang suke macam ni

Memang ada dalam mana2 industri dalam mana2 segmen masyarakat, yang suke cerita macam ni. Tiap2 tahun dia kata, tahun depan akan crash, tahun depan akan jatuh. Kalau setiap tahun cakap macam ni, akan tiba satu tahun tu nanti, orang tu akan betul! Betul tak?! Hahaha! Time tu dia akan cakap, "Kan aku dah cakap!" Hahaha. Padahal, tiap2 tahun dia cakap macam tu.

4. Tapi baguslah jugak ada orang nak ingatkan

Tapi saya rasa macam ni. Mana2 market pun kena ada orang macam ni. Orang macam Prof kita ni yg nak kasi balance balik pasaran hartanah. Kenapa? Ni sebabnya. Kalau takde orang nak balance kan balik, kita ni asyik sgr cerita orang yg menjual rumah. Kenapa pulak?

Kerana orang yg jual rumah spend duit utk marketing, utk promosi. Bukan nak kata diorang ni gebang dan nak bohong pembeli. Tapi kita sebagai pembeli kena dengar dua2 cerita sebelum nak beli. Cerita yg manis. Cerita yg pahit. Barulah kita jadi oembeli yg bijak.

5. Kejatuhan harga akan sebabkan harga rumah jatuh

Seriously? Ni statement kelakar la jugak. Ofkoz la kalau kejatuhan harga berlaku, memang lah harga rumah akan berlaku. Dan ye, kalau harga rumah jatuh, rumah yg rm600k takkan jadi rm800k kot. Mestilah turun harganya! Huhu! Kadang2 kita ni nak kena baca betul2 artikel ni.. kelakar pun ada.. huhu

6. REHDA kata pasaran lembap

Bagi yg tak tahu, REHDA tu persatuan pemaju2 perumahan. Diorang ni ada lebih 1000 ahli. Maksudnya ada lebih 1000 pemaju kat Msia ni yg bina rumah. Laporan mengatakan pasaran lembap. Maksudnya, kalau bina rumah, slow la sikit nak jual. Dan Prof ni kata bila slow nak jual, harga akan jatuh: "tegasnya"

Yang ni saya setuju. Bila market slow, pemaju akan berikan banhak free gifts la, rebat la, insentif la.. semua ni nak push sales. Benda ni pun bukanlah luarbiasa. Bila industri kereta sales slow, diorang pun buat macam2 gimik. Rebat la, free service setahun la, tak payah bayar instalment setahun la. Macam2. Kat shopping mall pun sama. Baju yg tak boleh jual, dilambak, buy 2 free 1 la, discount macam.

Tapi rilek dulu. Kita tarik nafas sama2 ye. Betul ke pasaran lembap? Haa.. Sahabat2 FB saya dah tahu dah, ni kalau Ahyat tanya soalan macam ni sebenarnya trick je ni! Pasaran hartanah produk2 yg dah launching 1-2 tahun yg lepas yg masih tak terjual. Banyak pemaju dah adjust produk utk adjust harga dah.

7. Projek yg tak boleh jual tu projek harga tak munasabah

Tak ramai yg tahu, baru2 ni ada satu pemaju launch projek kat Wangsa Maju habis jual 400+ unit dalam masa 3+jam. Kenapa hot sangat? Kerana harga dan saiz rumah tu berpatutan di lokasi strategik. Starting saiz 1000sf mula harga 498k.

Yang projek2 tak boleh jual tu semua projek2 luxury yg launching tahun2 lepas. Produk2 ni dah design nye begitu dan telah ditetapkan harganya begitu tinggi. Rumah2 ni dah diletakkan pada harga yg tak munsabah. Memang stuck slow nak jual.

8. Banyak pemaju jual rumah berpatutan sekarang

Tak mungkin lah nak harap pemaju jual kondo pada harga rm200k 300k. Tapi apa yg saya lihat sekarang, banyak pemaju dah mula adjust harga rumah mereka. Ada yg dah boleh saing harga rumah skim2 kjaan macam PR1MA, PPA1M dan sebagainya. Tapi maybe product offering tu berbeza sedikit la. Still kena study betul2.

Pemaju ni satu entiti yg perlu jual rumah utk kaver kos dan dapat untung. Dia berniaga dgn cara jual produk, sama je macam kita yg jual tudung ke, jual stationery ke, jual produk kecantikan ke, mamak jual milo kosong dan roti canai ke. Pemaju ni jual rumah. Semua ada kos. Dan semua nak untung. Kalau diorang ni degil sangat tak nak adjust harga, kita jangan beli. Senang je! Ni kuasa pembeli secara semulajadi akan paksa mereka lebih realistik. Dan ini sedang berlaku pun. Banyak pemaju dah adjust harga dah.

9. Tengok tajuk2 utama pemaju sekarang

Tengoklah sekarang, poin utama beberapa projek2 baru ialah insentif jualan atau harga. Tajuk utama dia mesti harga. Bukan lagi macam dulu yg hanya fokus kepada produk itu sendiri. Sekarang pemaju kalau nak buat promo, mereka akan highlight promosi jualan mereka. Sama jugak orang jual kereta sekarang kadang promosi takde langsung cerita pasal kereta tu tapi cerita tentang promosi nye dulu. Pemaju terbesar kat Msia pun baru2 ni keluar media offer rebat jualan! Fuhuh! Jangan harap la 2 tahun lepas diorang nak buat!

10. Bila masa sesuai nak beli?

Orang yg ada ilmu, bila2 boleh beli hartanah. Orang yg takde ilmu, bila2 pun bahaya utk bahaya beli rumah!!! Ini punchline utk pagi Rabu yg budiman ni! Dalam kelas advanced Pejuang Hartanah saya, malah semua kelas2 yg saya anjurkan, saya cerita risiko dulu. Saya sembang bahaya dulu!

Memang saya ni pelik sikit. Saya wujudkan komuniti pejuang hartanah utk meningkatkan pemilikan hartanah dalam kalangan orang kita. TAPI tolong sikit ye, saya ni bukan nak semua orang kita main BELI BELI BELI je! Saya nak orang kita beli dgn bijak dan selamat! Kalau ada yg berminat nak belajar pasal hartanah boleh letakkan nama kat bit.ly/kelaspejuang dan saya akan updatekan anda kelas2 yg akan datang.

11. Jangan main labur je, nanti melebur

Seriously bro.. sebelum nak labur dalam apa2, hartanah ke, saham ke, apa2 je.. kena labur dalam ilmu. Kalau tak nanti melebur je! Orang kita makin sedar tentang hartanah, tapi saya bimbang kalau kita beli kerana ikut2. Bahaya sangat macam tu.

Bagi saya tahun 2017 ni akan ada banyak peluang. Akan ada rumah jual rendah drpd harga market. Ada yg dengar boleh beli hartanah tanpa modal, betul ke? Ilmu ni power. Tapi kena ada ilmu dulu. Jangan ikut2 orang. Belajar lah dulu. Belajar ilmu beli tanpa modal ni drpd 16 sifu hartanah dalam ebook ni.

>>> https://gilahartanah.onpay.my/order/form/ebookgh01/ahyatishak

Bacalah dulu. Belajarlah dulu. Kalau rasa dah sesuai boleh je rebut peluang2 yg ada tahun 2017. Bila orang lain takut, time tu kita tahu peluang2 keemasan akan datang!

KESIMPULAN:

Saya suka ada suara macam ni. Supaya property market kita ni seimbang. Jangan kita asyik nak dengar separuh cerita je. Hanya cerita2 manis je pun tak boleh, cerita2 ngeri je pun tak boleh. Biar kita sentiasa seimbang dalam buat keputusan pelaburan.

Apa kata, tahun ni kita tingkatkan ilmu hartanah kita. Kita rapat2 dgn ejen hartanah, rapat2 dgn pemaju, rapat2 dgn pelabur, rapat2 dgn komuniti hartanah. Kita dengar kisah2 pengalaman mereka. Kita belajar ilmu drpd mereka. Supaya kita sendiri cukup bekalan ilmu utk buat keputusan utk diri sendiri n keluarga kita.

Pergerakan harga dalam jangka masa pendek ni pasti ada. Akan ada naik dan turun. Tapi InsyaAllah, jangka masa panjang akan naik. Ini berdasarkan data hampir 3 dekad di Msia. Nanti saya kupas lebih lanjut topik tu pulak. Itu sebabnya, saya masih pilih hartanah sebagai aset yg memberikan pulangan yg hebat. InsyaAllah!

Bagi saya, game hartanah ni medium to long term. Memang timing tu penting. Tapi ilmu lebih penting krn dalam masa2 berbeza, kita boleh gunakan strategi yg berbeza.

SELAMAT BERJUANG!
Ahyat Ishak

#hargarumahjatuh
#bacaduludanfaham
#tariknafassebelummelompat


EmoticonEmoticon