Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Friday, 12 May 2017

Al-Qur’an Tidak Larang Homoseksual – Afiq M Noor

 PUTRAJAYA: Peguam Muhammad Afiq Mohamad Noor mendakwa bahawa perbuatan homoseksual tidak salah. Ini kerana menurutnya, tidak terdapat sebarang nas daripada Al-Qur’an mahupun hadith yang ditemui berkenaan hukum hubungan homoseksual. Hukum yang wujud di dalam Al-Qur’an dan hadith hanyalah hukum untuk perbuatan liwat.

“Bila kita menyebut tentang LGBT, secara automatik, ramai di antara kita akan pergi kepada cerita Nabi Luth dan kaum dia (kaum Sadum), yang mana berdasarkan ayat Qur’an, dalam surah Al-A’raf ayat 80, yang menceritakan tentang kaum Nabi Luth, أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ.”

“Fahisyah ini perbuatan keji dan keburukan yang menyebabkan Allah S.W.T melaknat golongan gay dan homoseksual ini adalah berpunca daripada surah ini. Inilah sumbernya. Di dalam hadith, tidak ada satupun yang menyatakan tentang hukum homoseksual secara jelas.”  

Mantan Penolong Pengurus Sisters in Islam (SIS) merangkap peguam yang pernah mewakili kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata lagi, dalam kitab Al Muhalla karya Ibnu Hizmin, beliau telah mengkritik majoriti golongan ahli tafsir yang menisbahkan ayat tentang kaum Nabi Luth (kaum Sadum) sebagai dalil pengharaman kepada perbuatan homoseksual.

Menurut Ibnu Hizmin, Allah S.W.T tidak pernah melaknat kaum Nabi Luth kerana liwat. Tetapi, Allah melaknat kaum Nabi Luth atas sebab bangkangan mereka kepada rasul. Mereka (kaum Sadum) menggunakan seks (liwat) sebagai alat untuk menindas. “Zaman itu bukan sodomy suka sama suka, yang lebih tepatnya adalah dengan rape (rogol) ataupun assault (serangan).

Macam yang berlaku di Abu ‘Arid, menggunakan seks sebagai kekerasan, sebagai alat untuk menindas, sebagai bangkangan kepada nabi (Luth).” Tambah Afiq lagi, dalam kisah Nabi Luth, Allah tidak menghukum golongan lelaki sahaja, bahkan golongan wanita juga turut dihukum, seperti isteri Nabi Luth.

“Dalam cerita Nabi Luth, adakah semua orang yang dihukum? Adakah semua yang dihukum laki-laki sebab perbuatan alfahisyah? Kalau kita setuju dengan at-Thobari, alfahisyah ini adalah perbuatan liwat. Tidak. Dalam Al-Qur’an, Allah rekodkan, isteri dia (Nabi Luth) juga dihukum.”

Read more at: Menara.my

Tuesday, 9 May 2017

India Contoh Negara Sekular Terbaik – Ambiga

Petaling Jaya: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini merupakan negara sekular. Forum yang dianjurkan oleh kumpulan BEBAS baru-baru ini, kelihatan membawa naratif Malaysia sebagai negara sekular untuk menolak cadangan Pindaan Akta 355.

Datuk Ambiga Sreenevasan, salah seorang daripada panel yang dijemput turut mendakwa bahawa pemerkasaan Rang Undang-Undang Akta 355 atau RUU 355 akan memperkenalkan beberapa kesalahan hudud.

“Hudud tidak terkandung sebelum ini tetapi ianya ada sekarang. Oleh kerana itu, saya berhujah bahawa ianya menentang struktur asas Perlembagaan Persekutuan maka, ianya tidak berperlembagaan”, kata Ambiga.

Dalam satu laporan berita terbitan portal Astro Awani pada 19 Mac 2015 pula, Ambiga mendakwa bahawa Hudud tiada tempat di dalam Perlembagaan Persekutuan – yang mana ianya (Perlembagaan Persekutuan) dengan jelas menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan undang-undang jenayah Islam tidak boleh wujud seiringan dengan Kanun Jenayah Persekutuan.

Beliau juga pernah membuat kenyataan bahawa India adalah contoh negara terbaik kerana Perlembagaan negara itu yang berbentuk sekular dapat memberi jaminan hak beragama kepada semua golongan minoriti.

Ambiga mendakwa bahawa India merupakan satu contoh terbaik negara yang menjamin perlindungan hak semua rakyatnya tanpa mengira agama.

Sifat sekular India memberi satu jaminan  bahawa hak-hak kumpulan minoriti agama akan dipelihara walaupun majoriti penduduknya beragama Hindu, termasuk di bawah pemerintahan Narendra Modi.
Beliau bercakap sedemikian dalam ucapannya sempena Human Rights Day 2014 sebelum ini. Kata Ambiga, “Sekular adalah bagus, kerana ianya melindungi semua”.


"Kalau Sayang Malaysia Kenapa Duduk New Zealand?" Permaisuri Johor Bidas Pengkritik Hospital Kerajaan


Permaisuri Johor Bidas Pengkritik Hospital Kerajaan


Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Sultan Idris Shah membidas pengkritik hospital kerajaan dengan dakwaan perkhidmatan kesihatan negara berada ditakuk lama.

Menerusi akaun Facebook peribadinya, Raja Zarith berkongsi semula status yang dimuatnaik baginda pada tahun 2013 berhubung lawatan ke hospital kerajaan sempena Hari Bulan Sabit Merah.

Di dalam status berkenaan, Raja Zarith berkata, hospital kerajaan hanya mengenakan caj rawatan yang murah sungguh pun menjalani pesakit pembedahan disamping menggunakan menggunakan ubat-ubatan yang mahal.

“Salah seorang pakar sakit puan berkata, negara memiliki salah satu sistem perubatan kerajaan terbaik, dan untuk membuktikannya beliau memberitahu saya, terdapat seorang pesakit (wanita Cina) yang mengalami pendarahan teruk dan diberikan lebih 20 liter darah.

“Mereka (pihak hospital) melakukan pembedahan ke atasnya dan semasa pembedahan, ubat-ubatan yang diberikan berharga lebih RM200,000. Dia berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 42 hari. Bil hospitalnya? RM180.

“Jika dia ke hospital swasta suaminya perlu membayar puluhan atau ratusan ribu (ringgit),” tulis baginda.


Walaubagaimanapun seorang pengguna media sosial Lee Kee Shan mengkritik inisiatif kerajaan dan mencetuskan ‘perang mulut’ bersama Permasuri Johor berkenaan serta beberapa pengguna media sosial lain.

“En Lee Kee Shan – apa yang saya tulis adalah berkenaan PENJAGAAN KESIHATAN negara – di Amerika jika anda tidak kaya dan anda tidak mempunyai insuran kesihatan, anda tidak akan mendapat rawatan perubatan, pembedahan dan ubat-ubatan sepertimana rakyat Malaysia dapat.

“Dan saya TAHU apa yang saya tuliskan kerana saya mendapatkan dana untuk peralatan perubatan, katil hospital bagi HSA (Hospital Sultanah Aminah) dan HSI (Hospital Sultan Ismail),” balas Raja Zarith.


Lee Kee Shan kemudiannya membalas bahawa tidak perlu mengagungkan perkara baik sebaliknya kekurangan yang perlu dititikberatkan.

Raja Zarith kemudiannya membalas:”Saya pergi ke hospital kerajaan di Johor Bahru untuk melawat rakan saya, ahli keluarga atau pekerja yang diwadkan. Salah seorang pekerja saya dimasukkan ke ICU tetapi kini sudah pulih – dan dibenarkan keluar.

“Saya boleh lihat keadaan hospital kita sudah tua dan wadnya penuh. Tetapi orang miskin tetap dirawat,” ujarnya.

‘Perang mulut’ berterusan apabila Lee Kee Shan kemudiannya membalas, “Saya tidak kisah dengan Amerika. Saya kisah dengan negara kelahiran saya”.

Membidas kembali, Raja Zarith bertanya kepada Lee Kee Shan: “Jadi apa yang KAMU lakukan untuk negara kelahiran kamu? Mengapa kamu tinggal di New Zealand?”.


Sistem kesihatan Malaysia merupakan antara yang termurah di dunia sepertimana yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Menurut Najib, kerajaan menampung subsidi sehingga 98 peratus kos perubatan di hospital dan klinik milik kerajaan dimana caj bagi sesi rawatan biasa hanyalah RM1 sementara temujanji dengan doktor pakar berharga RM5, di hospital kerajaan dan ubat-ubatan pula diberikan secara percuma.

Bagi tahun 2017, kerajaan memperuntukkan RM25 bilion bagi perbelanjaan kesihatan yang diagihkan kepada hospital kerajaan serta Klinik 1Malaysia seluruh negara.

Sumber: Malaysian Digest

Monday, 8 May 2017

Impian berkecai buruh China di Forest City

LAPORAN KHAS Terpikat gaji mahal, ratusan warganegara China menghabiskan pinjaman masing-masing untuk membayar agen bagi mendapatkan kerja di Forest City Johor.

Malah, ada yang terpaksa meminjam wang untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, memasuki Malaysia dengan pas lawatan sosial, pekerja-pekerja itu terpaksa pulang ke negara asal apabila mungkin terpaksa bekerja secara haram atau dibayar lebih rendah daripada yang dijangkakan.

Dalam tempoh dua bulan terakhir, terdapat antara mereka yang tersadai di lapangan terbang Senai, Johor, dan di jalanan sementara menunggu penerbangan pulang ke China.

Anggota Dewan Undangan Negeri Senai Wong Shu Qi berkata, kumpulan itu kini tiada lagi wang setelah membayar antara 10,000 yuan (RM6,288) hingga 24,000 yuan (RM15,092) kepada agen di negara mereka.

“Saya difahamkan oleh media tempatan bahawa seramai 50 orang daripada wilayah Jilin (di China) terkandas di lapangan terbang. Ini berlaku hampir tiap hari,” katanya kepada Malaysiakini dua minggu lalu.

Forest City dibangunkan bersama oleh Country Garden Holdings (CG) dariapda China dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Projek itu dilaporkan melibatkan lebih 70 pemaju, kontraktor dan subkontraktor China, termasuk Huaxi, Shen Teng and Hua San International.

Pekerja-pekerja asing itu diupah oleh individu-individu di China,yang dilantikan oleh subkontraktor projek.

Wang Xiaowei, pekerja 40 tahun dari Shaanxi, China, berkata beliau datang ke negara ini setelah dijanjikan gaji sehingga RM9,432 – tiga kali ganda daripada gajinya sekarang.

Terpesona dengan bayaran itu, Wang dan tiga rakannya imeminta jang untuk membayar agen.

Bagaimanapun, setiba sahaja di hotel, mereka terkejut apabila mendapati terdapat pekerja-pekerja lain telah beberapa bulan tidak mendapat gaji.

Akhirnya, kata Wang, dia terpaksa bekerja enam bulan di Malaysia semata-mata untuk membayar pinjaman untuk membayar agen.

Bagaimanapun, tidak semua daripada mereka pulang ke Tanah Besar, katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di lapangan terbang Senai, Johor Bahru.

Sunday, 7 May 2017

Penjaja Melayu kena halau, kedai judi sebelah Pejabat MPK (Pahang) dibiarkan

 

SELEPAS aku tulis artikel tentang gerai kuih milik penjaja Melayu di kampung Sri Baharom Rengit, Batu Pahat kena angkut dan dirampas oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) semalam,

BACA — Penduduk berang MPBP rampas gerai kuih Melayu di kampung

Aku dihubungi oleh salah seorang sahabat pembaca dari Kuantan Pahang tentang isu yang sama namun lebih panas lagi.

Sahabat kita ini mendedahkan bagaimana warung jual makanan milik penjaja Melayu dirampas oleh Majlis Perbandaran Kuantan, (MPK), namun kedai judi haram dibiarkan beroperasi meskipun lokasinya terletak hanya bersebelahan dengan pejabat MPK.
Rujuk bukti-bukti di bawah ini:
https://www.facebook.com/groups/579669928864019/permalink/816530001844676


Seorang penjaja Melayu bernama Norhashimah Othman mengirimkan video yang dirakam olehnya menunjukkan bagaimana warung menjual Nasi Dalca miliknya dirampas oleh MPK.


"Di mana hak orang Melayu mencari rezeki yang halal pun ditindas, kedai Nasi Dalca di Bukit Beserah tidak ada mengganggu sesiapa pun untuk berniaga, Itu pun ada yang sakit hati dan mata, dah ada lesen pun dibatalkan perkhidmatan, di mana akan aku cari rezeki, mata pencarian serta periuk nasi ku ditutup," tulis Norhashimah mengirim video tersebut di group Komuniti Kuantan di Facebook.

Namun ironinya, kedai judi haram masih boleh terus beroperasi malah diketahui umum oleh penduduk Kuantan walaupun lokasinya terletak hanya bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).



Tanya sajalah kepada orang-orang yang tinggal di Kuantan, siapa yang tidak tahu lokasi kedai judi ini, yang terletak dalam bangunan di depan Kuantan Parade.

Kedai ini turut menjadi punca keretakan rumah tangga penduduk setempat akibat ramai para suami yang lalai menghabiskan duit berjudi di sini.

Saturday, 6 May 2017

Penganggur Bunuh Bekas Tunang Di Kluang dihukum ke tali gantung



Bunuh bekas tunang: Penganggur ke tali gantung Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi, Muar sebelum mahkamah menetapkan hukuman gantung sampai mati ke atas Muhammad Irshaduddin Khalis Nasuruddin.

MUAR - Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, sebentar tadi selepas didapati bersalah membunuh bekas tunangnya pada 10 April 2015.

Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan itu terhadap Muhammad Irshaduddin Khalis Nasuruddin, 25, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Irshaduddin Khalis didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian ke atas Nursyafikah Ahmad Ismail, 20.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing, Kluang sekitar jam 5.40 hingga 5.45 petang.

Tertuduh yang pernah bekerja di sebuah kedai tayar di Johor Bahru sebelum ini bagaimanapun tenang ketika mendengar keputusan tersebut.

Terdahulu, kes dikendalikan Timbalan Pedakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh diwakili peguam bela, Nur Afiqah Hambali.

Friday, 5 May 2017

Pemandu Camry dibelasah kerana Mengganggu Jemaah Solat Jumaat di Johor


SEBUAH video yang viral di media sosial merakamkan kejadian sekumpulan jemaah masjid menyerang dan memecahkan cermin sebuah kereta secara beramai-ramai.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Kereta tersebut dilihat dipandu ke depan dan ke belakang berulang-ulang kali dalam sebuah kawasan yang begitu sesak dengan kenderaan lain dan juga orang ramai yang dilihat baru keluar dari menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.

Kejadian ini dipercayai berlaku selepas solat Jumaat sebentar tadi berdekatan dengan salah sebuah masjid di Taman Austin Perdana, Johor Baharu.

Sumber di media sosial memaklumkan kejadian ini tercetus selepas pemandu kereta berkenaan dikatakan membunyikan hon keretanya berulang-ulang kali ketika solat Jumaat sedang berlangsung kerana marah keretanya tidak dapat bergerak akibat kenderaan lain yang diletakkan menghalang laluannya.



Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah di kalangan jemaah masjid yang merasa terganggu ketika sedang menunaikan solat Jumaat sebelum itu di masjid berdekatan lalu mereka bertindak menendang dan menumbuk kereta tersebut.

Selain itu segelintir jemaah masjid bertindak kerana menganggap perbuatan membunyikan hon berulang-ulang kali ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat, satu tindakan yang tidak menghormati Agama Islam.

Khuatir diserang oleh orang ramai, pemandu kereta cuba melarikan diri dengan mencari jalan ke depan dan ke belakang bagi mengelakkan kenderaannya diserang oleh orang ramai.

Melihat keadaan kereta yang dipandu secara berbahaya telah menyebabkan sekumpulan orang lain pula bertindak menyerang kereta tersebut menggunakan topi keledar mengakibatkan cermin belakangnya pecah.

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik button 'play' untuk menonton.


Thursday, 4 May 2017

Berakhirnya Drama RUU 355 - Khalid Samad


Drama perlaksanaan sistem perundangan Islam yang mengambil bentuk usul persendirian YB Marang berhubung Akta 355 kelihatan menghampiri adegan penamatnya. Pada peringkat kesudahannya UMNO/BN kelihatan sebagai pihak yang meraih keuntungan terbesar dengan pembangkang berada dalam keadaan berpecah dan tidak bersepakat. Keutuhan Pakatan Rakyat yang telah mewarnai pilihan raya ke 13 pada 2013 sudah jelas hilang. Yang sepatutnya mengambil tempatnya, iaitu Pakatan Harapan, masih dalam keadaan sedikit terumbang-ambing, khususnya berhubung hubungan dengan PAS.

Tindakan UMNO/BN untuk mensasarkan PAS melalui isu perundangan Islam adalah satu ‘master-stroke’ yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak. Melaluinya bukan sahaja PR berpecah, namun ketidak-tentuan sikap terhadap PAS menyebabkan apa-apa tindakbalas untuk menyelamatkan keadaan menjadi tidak padu dan kurang bersungguh-sungguh. Kebergantungan terhadap PAS oleh pihak tertentu menyebabkan mereka tidak sanggup memutuskan hubungan dengan PAS secara muktamad walaupun itulah apa yang dituntut keadaan dan kebijaksanaan.

Dengan itu, tindakan AMANAH untuk turun sebagai pengganti kepada PAS terpaksa mengharungi jalan yang lebih sukar dari sepatutnya. Walaupun begitu, ianya semakin menunjukkan hasil. Namun itu kisah lain.

PERMULAAN DRAMA

Drama ‘perundangan Islam’ ini bermula pada bulan Oktober 2014, apabila DS Jamil Khir mencadangkan supaya seorang ahli parlimen PAS dari Kelantan membawa usul persendirian memohon kebenaran dari Dewan Rakyat untuk Kelantan melaksana undang-undang yang berbeza dengan undang-undang persekutuan. DS Jamil Khir, sebagai Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, telah membuat cadangan tersebut di dalam Dewan Rakyat sambil menjanjikan bahawa Ahli Parlimen UMNO akan menyokong usul persendirian tersebut sekiranya ianya dibawa. Mengikut beliau, usul persendirian ini hendaklah dibawa atas perkara 76 (1) A perlembagaan persekutuan dan kerajaan sanggup membantu ke arah itu melalui penubuhan Jawatan kuasa teknikal bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kelantan.

Cadangan DS Jamil disambut baik oleh PAS, khususnya PAS Kelantan, yang melihatnya sebagai peluang keemasan untuk melaksanakan hudud dan oleh itu mesti diambil dan tidak boleh dilepas.

PEMBENTUKAN JK TEKNIKAL

Hasil dari cadangan tersebut maka sebuah JK Teknikal bersama antara kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat telah ditubuhkan. Dalam perbincangan JK Teknikal ini telah dipersetujui pindaan terhadap Akta 355 sebagai tindakan awal ke arah pencapaian matlamat perlaksanaan perundangan Islam di Kelantan. Ini adalah atas alasan pindaan terhadap Akta 355 hanya memerlukan majoriti mudah sedangkan permohonan atas perkara 76 (1) A memerlukan sokongan dua pertiga ahli dewan.

Terbentuknya JK Teknikal ini dan keberlangsungan mesyuaratnya beberapa kali telah menyebabkan PAS Kelantan yakin dengan kesungguhan dan keikhlasan kerajaan Pusat dalam usaha membantunya ke arah perlaksanaan syariah Islam. MB Kelantan begitu yakin dengan janji UMNO/BN sehingga sanggup berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya undang-undang Islam tidak dilaksanakan di Kelantan pada tahun 2015!

Cadangan untuk PAS membawa usul persendirian untuk meminda Akta 355 telah dibawa ke mesyuarat bulanan PAS Pusat. Dalam mesyuarat tersebut ada beberapa ahli mesyuarat yang menyuarakan pandangan supaya usul itu dibawa oleh kerajaan. Cadangan itu ditolak atas alasan kredit terhadap usul tersebut hendaklah menjadi milik PAS dan bukan milik UMNO/BN.

MESYUARAT MAJLIS PRESIDEN PR FEB 2015

Pada Februari 2015, berita mengenai usul persendirian yang akan dibawa oleh PAS telah menjadi pengetahuan umum. Oleh itu, apabila mesyuarat Majlis Presiden PR diadakan pada bulan tersebut, maka pimpinan DAP telah bertanya mengenainya. Presiden PAS telah mengesahkannya dan apabila diminta supaya deraf usul berkenaan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden terlebih dahulu sebelum dibawa ke Parlimen, Presiden PAS telah bersetuju.

Soal samada parti-parti rakan PR bersetuju dengan isi kandungan Usul Persendirian tersebut atau sebaliknya adalah persoalan kedua. Yang penting adalah supaya dimaklumkan terlebih dahulu supaya semua mengetahui isi kandungannya dan boleh menetapkan pendirian berhubungnya. Malangnya persetujuan untuk membawanya terlebih dahulu ke mesyuarat Majlis Presiden telah diabaikan Presiden PAS.

Pada bulan Mac Parlimen bersidang untuk sesi pertamanya bagi tahun 2015. Pada hari pertama sidang Parlimen berkenaan didapati bahawa usul persendirian YB Marang ia itu Presiden PAS telah tertulis dalam peraturan mesyuarat persidangan! ini menyebabkan pimpinan DAP mengeluarkan kenyataan “tidak boleh berkerjasama dengan seorang Presiden PAS yang sebegini”. Kenyataan DAP adalah atas sebab Presiden PAS ‘cakap tidak serupa bikin’.

PERBALAHAN PAS DAN DAP

Melalui peristiwa ini maka perbalahan PAS dan DAP mula mengambil pentas utama politik negara. Presiden PAS mula menyerang DAP sebagai musuh Islam walaupun sebenarnya beliau yang tidak berpegang pada janji. Hubungan antara PAS dan DAP menjadi semakin renggang dan golongan dalam PAS yang berusaha menyelamatkan hubungan tersebut turut diserang sebagai ‘khadam DAP’.

Pada masa sama, Usul Persendirian tersebut tidak diberi laluan untuk dibentangkan pada sesi berkenaan. Ianya kekal atas kertas sebagai peraturan mesyuarat tetapi tidak dapat walaupun dibaca oleh Hadi. Sambil PAS dan DAP berentap, usul itu terus menjadi alat permainan dan teka-teki UMNO/BN. Matlamat pertama sebalik cadangan Usul Persendirian yang dibawa oleh Jamil Khir telah mula membuahkan hasil.

MUKTAMAR ‘PEMBERSIHAN’ 2015

Pada muktamar PAS 2015 maka pimpinan yang mempertahankan kebersamaan PAS dalam PR telah dijatuhkan secara setandan oleh perwakilan PAS. Ini adalah hasil usaha yang telah dimulakan sejak sebelum 2013 lagi. Pada masa sama usul supaya diputuskan hubungan dengan DAP telah diluluskan muktamar berkenaan tanpa bahas.

Melalui dua tindakan ini maka strategi UMNO untuk memecahkan PR telah tercapai. Tiada lagi pimpinan yang akan bersuara mempertahankan keberadaan PAS bersama PR. Pada masa sama hubungan PAS dan DAP telah terputus tanpa adanya harapan untuk dipulihkan kembali.

Sambil ini semua berlaku, Usul Persendirian masih tidak dibenarkan untuk dibawa di dalam Parlimen. Ia kekal tertulis di atas kertas peraturan mesyuarat tetapi tidak diberi laluan walaupun untuk dibaca.

SIDANG-SIDANG PARLIMEN SETERUSNYA

Usul Persendirian yang dibawa YB Marang terus tertulis di atas kertas peraturan mesyuarat tanpa diberi laluan untuk dibentang dan dibahas dari sejak sidang pertama 2015 sehingga sidang terakhir ia itu sidang bajet 2015. Sambil itu hubungan PAS dan DAP menjadi semakin parah dan pimpinan PAS yang pro-PR telah keluar PAS dan membentuk AMANAH.

Pada sidang pertama 2016, pada hari terakhir sesi berkenaan, YB Marang telah akhirnya dibenarkan untuk membaca usul persendirian untuk meminda Akta 355. Namun demikian, hanya sekadar membacanya dan seterusnya, meminta supaya perbahasan mengenainya ditunda ke sidang akan datang. Ramai yang menjangkakan beliau mengikuti skrip yang telah ditetapkan UMNO/BN dalam persoalan ini.

Pada sidang seterusnya sekali lagi usul tersebut didapati tertulis atas kertas peraturan mesyuarat tetapi sekali lagi ianya tidak diberi ruang untuk dibentang. Pada sidang bajet 2016, usul persendirian telah dipinda buat kali keduanya dan kali ini ianya mengandungi hukuman denda RM 100,000 dan penjara 30 tahun serta sebat syarii 100 sebatan. Pada sidang ini, YB Marang dibenarkan untuk membaca pindaan yang dibuat ke atas usulnya. Namun sekali lagi perbahasan ditunda ke sesi akan datang.

SIDANG PARLIMEN MAC 2017

Pada sidang Parlimen baru-baru ini, sekali lagi pada hari terakhirnya, YB Marang sekali lagi dibenarkan untuk membaca Usul Persendiriannya. Kali ini dia dibenarkan membentangnya dan pembentangannya mengambil masa dalam 15 ke 20 minit. Penyokong usul berkenaan, YB Kota Bharu, dibenarkan mensyarahkannya selama sejam setengah! Selepas sahaja YB Kota Bharu mengakhiri syarahannya maka Speaker Dewan, TS Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang melalui kata-kata yang telah menjadi masyur, ia itu, “If you have power, you are powerful. If you do not use the power, you are bloody fool”. Dengan kata-kata sedemikian maka sidang ditamatkan dan perbahasan ditunda hingga ke sesi akan datang.

Dengan itu usul berkenaan tetap kekal sebagai Usul Persendirian yang belum dibahas dan jauh sekali diluluskan. Walaupun disyarahnya selama hampir dua jam, hakikatnya tiada kemajuan dan statusnya seperti sejak asal.

KESIMPULAN

Strategi UMNO/BN menggunakan isu perlaksanaan syariat islam untuk mengumpan PAS telah berjaya sepenuhnya. PR telah berpecah sambil BN kekal bersatu.

Usul Persendirian YB Marang sekiranya dibenarkan dibahas dan seterusnya diundi akan menyebabkan BN sendiri berpecah. Maka dibenarkan setakat mana diperlukan oleh BN, ia itu cukup untuk memecahkan PR dan melaga-lagakan pembangkang tetapi tidak untuk dibahas kerana perbahasan akan menyebabkan BN sendiri berpecah. Oleh itu saya yakin bahawa kita telah melihat adegan terakhir drama Akta 355 ini. Tiada yang lebih yang perlu dilakukan UMNO/BN. Matlamat mereka telahpun tercapai.

Melalui drama ini pembangkang telah berpecah dan PRU ke 14 akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di hampir semua kerusi, khususnya di Semenanjung dan di kerusi majoriti Melayu, ia itu kerusi yang ditandingi UMNO. Mengikut perkiraan UMNO, bila pertandingan 3 penjuru ini berlaku, maka UMNO akan menang hampir kesemua kerusi yang ditandinginya.

Saya berkeyakinan sekiranya PH dapat membina kekuatannya sebagai gabungan 4 parti, ia akan tetap merupakan pilihan bagi yang inginkan kerajaan baharu menggantikan BN. Maka perancangan UMNO/BN tetap masih boleh digagalkan.

PAS sebaliknya hampir pasti akan kehilangan semua kerusinya. Ini yang dikatakan pepatah Melayu, “menang sorak kampung tergadai”. Inilah hasilnya percaya pada UMNO dan melanggar pesanan almarhum TGNA.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Orang yang zalim tidak akan masuk syurga - TGNA

 Bertemu Janji Allah, Jilid 2 karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ada menyatakan bahwa org yang zalim tidak akan masuk syurga. diberitakan bahawa di akhirat kelak, manusia akan dipaksa melalui sebuah titian; titian siratulmustaqim.

dari hadis Rasulullah yg masyur, dikhabarkan bahawa titi ini adalah setajam mata pedang dan sehalus seurat rambut dibelah 7..dan manusia akan menitinya mengikut darjah tingkatan amalan masing2. ada yang melintas selaju kilat mnyambar, ada yg sperti seekor kuda perang yang berlari kencang, ada yang berjalan sehari semalam, ada yang merangkak, ada yang berjlan bertahun2, dan tidak kurang juga yang terjatuh ke bawah, ke dalam neraka nauzubillah. dan diberitakan di titian itu ada 7 perhentian.

perhentian pertama, manusia akan ditanya soal solatnye didunia ini. sesiapa yang gagal dalam soalan ini (mereka yg lalai dalam mengerjakan solat) tidak akan melepasi perhentian ini, sbaliknya akan jatuh ke dalam neraka. begitu juga di hentian2 yg berikutnya, manusia diperiksa mengenai amalan2 mereka di dunia. dan di hentian terakhir, mereka diperiksa, adakah mereka pernah menzalimi sesiapa di dunia ini. zalim, dari segi bahasa bermakna mletakkan sesuatu bukan pada tmpatnye.

jika diperluaskan maknanya, maka sesiapa yang mendatangkan kesakitan dan melanggar hak orang laen, (kerana hak setiap manusia itu adalah utk dilayan sebaiknya oleh manusia yg laen), maka sesungguhnya dia telah menzalimi org laen..sekiranya ada dia menzalimi org lain, walaupun hanya mendatangkan kesakitan seperti tercucuk duri pada org lain, maka dia akan jatuh ke dalam neraka.. wallahualam.

(kalau salah, tlg betulkan) menjadi trend skrg ini, manusia bercinta, dan kemudian tinggalkan kekasih mereka, kemudian tayang kekasih laen pula. di friendster, di fb..mcm2..tidakkah perbuatan itu menyakitkan hati, menambah derita orang yg ditinggalkan? sudahlah bercinta itu haram, menyakitkan hati org laen pula..lebih malang sekiranye melibatkan perasaan keluarga..besar kezaliman itu. dan dosa setiap manusia kepada manusia yg lain, hanya manusia yg mnjadi mangsa itu boleh memaafkannya. maka sesiapa yg terasa, mohon maaflah kepada yg terlibat. sesungguhnya Allah itu maha adil. semoga Allah berikan balasannya scr cash kt dunia. kalo Allah bagi balasan secara post-dated cheque, tunai kt akhirat nnti, x ke lagi seksa?

Zalim Ibubapa Merokok Depan Anak-anak, Tak Masuk Syurga

Perokok Tidak Patut Ambil Zakat ataupun Derma


Orang yang merokok merupakan orang kaya. Dia membazirkan wang untuk sesuatu yang bukan sahaja sia-sia, bahkan merosakkan diri sendiri dan orang di sekitarnya. Hanya orang yang berlebihan wang sehingga tidak tahu mahu lakukan apa lagi sahaja yang boleh lakukan hal itu. Apatahlagi rokok sekarang harganya mahal.

Maka perokok bukan seorang miskin sehingga dia perlu meminta bantuan zakat ataupun bantuan kewangan yang lain. Apakah wajar diberikan bantuan zakat ataupun selainnya kepada orang yang membazirkan wang dengan membakar dan merosakkan diri serta orang lain. Dia tidak termasuk dalam asnaf fakir ataupun miskin sebenarnya.

Jika ada yang bertanya saya, wajarkah beliau berikan zakat ataupun derma kepada orang yang mengaku miskin tapi merokok? Saya pasti menjawab TIDAK! Carilah orang yang benar-benar miskin.


Orang yang zalim tidak akan masuk syurga - TGNA

Isu guna Jet Kerajaan, Ini jawapan Rosmah Mansor..



Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terganggu dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya berikutan beliau menggunakan jet eksekutif milik kerajaan untuk menghadiri Persidangan Perniagaan Antarabangsa di Doha minggu lalu.

Rosmah yang ditemui di majlis pecah tanah di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, berkata beliau sangat gembira dan tidak akan memberikan komen berhubung perkara itu.

“Saya tidak mahu bercakap tentang ini, saya tidak mempunyai komen dan tidak mahu merendahkan diri saya seperti mereka. Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya,” katanya.

Apabila diminta penjelasan lanjut Rosmah meminta pemberita mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod.

Azizah berkata, lawatan Rosmah ke Qatar adalah atas kapasitinya sebagai isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Beliau ke sana tidak mewakili kerajaan, tetapi untuk kepentingan kerajaan. Ini menjustifikasikan penggunaan jet itu,” katanya.

Azizah berkata, mereka menggunakan saluran betul untuk memohon jet itu termasuk memohon kepada Kementerian Luar sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kebenaran.

“Permohonan dibawa kepada perhatian Kabinet dan diluluskan,” katanya dan memaklumkan bahawa jet eksekutif itu boleh digunakan oleh mana-mana VIP dengan kelulusan Kabinet.

Apabila ditanya apakah perdana menteri turut bersama ketika permohonan dibincangkan oleh Kabinet, Azizah berkata, ia tidak penting kerana kelulusan dibuat secara konsensus dan bukan atas kapasiti individu.

Minggu lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah ialah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil; isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II, Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman semalam mendedahkan bahawa jemputan Rosmah ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen semalam semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti Rosmah dalam rombongan tersebut selain berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat Kabinet dan bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.

Cybertrooper Umno dapat peruntukan RM300,000 sebulan

   

DALAM sebuah artikel di blog Papa Gomo, blogger kaki lucah Barisan Nasional itu mendedahkan bahawa cybertroopers upahan di bawah Unit Media Baru, UMB mendapat peruntukan sebanyak RM300,000 sebulan.

Difahamkan, dalam artikel itu Papa Gomo menggesa agar peruntukan RM300,000 dikeluarkan kerajaan kepada Unit Media Baru Umno dinaikkan lagi bagi meningkatkan keberkesanan propaganda mereka di alam maya [Papa Gomo].



Sebulan RM300,000 kali 12 bulan setahun, maka RM3.6 juta diperuntukan oleh Umno setahun untuk mengupah cybertrooper mereka menyerang di internet.

Tidak hairanlah blog-blog pro Umno bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Apa yang menariknya, ada sebuah blog Umno melakukan fitnah kononnya Jingga 13 kelolaan Cikgu Fariz Musa membayar upah kepada cybertrooper Pakatan Rakyat.

Banner fitnah dibawah ini dicipta sebagai taktik "black operation".



Oleh kerana mereka dapat bayaran dan peruntukan, maka mereka sangka orang lain pun terima bayaran seperti mereka. Ternyata mereka silap.

Banner fitnah ini terkantoi apabila perkataan "Cybertroopers" digunakan. Buat pengetahuan anda Jingga 13 tidak menggelarkan ahli mereka sebagai "Cybertroopers" kerana tidak mahu menyerupai Umno.

Buat pengetahuan anda juga, Jingga 13 sendiri tidak mempunyai wang untuk bergerak, sebaliknya bergantung kepada inisiatif ahlinya sendiri.

Salah satu cara Jingga 13 mendapatkan dana ialah melalui penjualan "sticker" di dalam ceramah-ceramah dan sumbangan orang ramai.



Bagi mereka yang pernah ke program ceramah Jingga 13, tentu anda biasa mendengar promosi jualan sticker untuk tabung Jingga 13.

Jingga 13 sendiri nak bergerak pun tak mampu, apa lagi nak upah that so called "cybertrooper"? Memang tak masuk akal.

ReJaM© sendiri adalah salah seorang yang terlibat mengasas dan menubuhkan Jingga 13. Di sini ReJaM© mengesahkan kami tidak mengupah mana-mana ahli untuk menyerang Umno dan Barisan Nasional.

Kami nak upah orang memang tak ada, tapi kalau orang nak bagi duit kepada kami, kami terima seadanya. Tugas kami mengumpulkan rakyat yang inginkan perubahan di dalam menolak Umno dan Barisan Nasional.

Pemandu Ford Fiesta langgar lari Nissan Almera ditahan




KUALA LUMPUR - Pemandu kereta Ford Fiesta yang melanggar kereta Nissan Almera sebelum melarikan diri di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh menghala Rawang, Ahad lalu, ditahan tengah hari tadi, lapor Berita Harian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad, berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Rawang.

Tindakan itu dibuat selepas polis datang ke rumah suspek pagi tadi dan menasihati keluarganya untuk memaklumkan kepada lelaki itu untuk menyerah diri di balai.


"Kemalangan pada jam 6.55 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek melanggar bahagian belakang sebelah kanan Nissan Almera yang dipandu seorang jurujual yang datang dari arah Kepong menghala ke Rawang.

"Kemalangan hanya membabitkan kerosakan pada kenderaan dan tidak membabitkan kecederaan serius," katanya.

Suspek yang juga merupakan penjawat awam ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Polis juga turut mengambil sampel air kencing suspek untuk dianalisis.

Harga Barang Naik Kerana Sikap Pengguna Bukan GST


Jangan tuduh GST punca harga barang naik, kata ketua BTN

Ramai rakyat Malaysia membeli tiga kereta walaupun tidak ada duit dan bank tetap berikan pinjaman, kata ketua pengarah BTN.

Datuk-Ibrahim-Saad

SUNGAI BESAR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak seharusnya dipersalahkan sebagai punca harga barangan di pasaran meningkat.

Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Datuk Ibrahim Saad berkata peningkatan harga barangan disebabkan sikap pengguna di Malaysia.

Beliau memberikan contoh mengenai situasi yang berlaku pada bulan Ramadan apabila ramai pihak yang membeli barangan lebih daripada keperluan.

“Pada hari biasa, kita hanya beli 3kg beras tetapi apabila tiba bulan puasa, semua orang beli 10kg. Biasa kita beli sepapan telur, tapi kita beli tiga papan telur.

“Kenapa kita perlu beli terlalu banyak barang pada bulan puasa sedangkan bulan ini kita tidak makan. Saya tahu sebab inilah apa yang isteri saya buat,” katanya.

Beliau berkata, begitu juga yang berlaku kepada hutang negara kerana majoriti rakyat Malaysia berbelanja melebihi kemampuan.

“Ramai orang yang marah kerajaan kerana mereka anggap tidak tahu uruskan ekonomi. Tapi kita sendiri berbelanja melebihi kemampuan kita.

“Kerani mahu hidup seperti pegawai jabatan. Ramai rakyat Malaysia yang membeli tiga kereta walaupun tidak ada duit dan bank tetap berikan pinjaman,” katanya.

Ibrahim berkata demikian pada program Wacana Isu Semasa Negara Bersama Penjawat Awam yang turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah E8, Counter Terrorism, PDRM Datuk Ayob Mydin Pitchay dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Katanya, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur hidup di Malaysia dan bukannya sering mengkritik.
“Jika kamu tidak dapat tolong negara, jangan kata apa-apa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap di Jabatan Perdana Menteri menafikan wacana itu diadakan bersempena PRK di Kuala Kangsar.

Katanya, program itu sudah lama dirancang dan dipinda dua kali sebelum ia diadakan pada hari ini.

Penduduk berang mahu kirim air kencing kepada PM



"JANGAN sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal," kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga menunjukkan aksi berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mengungkapkan kata-kata di atas sambil menunjukkan botol yang mengandungi kencingnya untuk rakaman video.

Ahmad menyatakan beliau terpaksa bertindak ‘kurang ajar’ untuk mengajar Shafie yang terlalu cuai dan kurang peka dengan aspirasi penduduk luar bandar terutama yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan tanpa pemantauan KKLW.

“Selama ini kita tidak pernah mengalami gangguan air, tetapi projek demi projek yang dilaksanakan KKLW telah dibuat tanpa sebarang notis sehingga mengganggu bekalan air ke kampung kami. Kadang-kadang satu bulan tiada air. Terpaksa beli daripada lori,” kata Ahmad yang berang kerana aduannya terhadap Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Jabatan Air tidak diendahkan langsung.



Menurut Ahmad, bekalan air di Kunak cukup untuk tempoh tiga puluh tahun daripada sekarang, malah terpaksa dibuang setiap hari bagi membolehkan kontraktor (Lahad Datu water Supply) memenuhi kuota bekalan air bersih setiap hari.

“Kalau mau buat projek, buatlah. Maklumkan kepada JKKK atau penduduk. Sekarang zaman modern. Semua maklumat di hujung jari. Tetapi kenapa buat senyap-senyap dan pasang paip tanpa papantanda sehingga kerja-kerja berkenaan mengganggu bekalan air ke kampung kami,” kata Ahmad yang menuding jari kepada Shafie kerana ghairah meluluskan projek tanpa mengkaji kesesuaiannya.

Tegas Ahmad, hanya Sub-kontraktor yang menjalankan kerja memasang paip baru untuk projek BALB Tingkayu, namun kerja mereka tidak diselia oleh Jurutera Jabatan Air atau Juruperunding yang dilantik.

“Tetapi jangan jadikan kami mangsa projek. Mereka mau kayakah, mau telan itu wang projek, telanlah, tetapi kenapa bekalan air kami diputuskan? Bil kami bayar. Meter kami ada, tapi keluar angin saja. Mau bilang tangki simpanan Jabatan Air tiada air, penuh pula; sampai dibuang ke parit. Apa semuanya ini?,” tanya Ahmad yang kesal kerana KKLW melantik kontraktor yang tidak berkelayakan menjalankan kerja penting berkenaan.

Oleh itu kata Ahmad, sebelum mereka bertindak memboikot pilihanraya umum akan datang atau memberikan undi mereka kepada pembangkang, Shafie wajib turun padang untuk melihat masalah penduduk kampung yang sengsara akibat pelaksanaan NKRA menyusahkan rakyat dan mengkayakan kroni Shafie.[SabahKini]

Wednesday, 3 May 2017

5 Sebab Korang Perlu Hati-hati Kawan Dengan Perempuan Kelantan


Pernah terdengar kawan-kawan lelaki sembang pasal perempuan Kelantan ni. Kata diaorang  berkawan dengan perempuan dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni kena hati-hati.

Kebanyakannya memang berani, sama ada dari segi tindakan mahu pun kata-kata. Kalau tengok dari video viral tu, memang betullah.

Sendiri memang akui bab itu, maklumlah bertahun-tahun duduk serumah dengan orang Kelantan sebelum kahwin. Dari situlah faham dioarang ni macam mana.  Mulut memang manis tapi kadang-kadang kata-kata pedas berapi.

Selain tu ada lagi aspek lain yang kita kena hati-hati dengan wanita Kelantan ni.  Hati-hati tu bukanlah bermakna yang buruk jer ok. Ini pandangan peribadi VK tentang mereka, sebab itu lah orang lelaki cakap hati-hati kalau nak berkawan dengan diaorang.

1. Jangan tipu bab berniaga
Wanita Kelantan memang pandai bisnes. Tengok saja Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu penuh dengan peniaga perempuan.  Pengasas kosmetik Dnars dan Qu Puteh pun dari sana, orang lelaki mereka tak tahu lah di mana. Jadi jangan lah nak tipu bab berniaga ni dengan mereka.

2. Awas tergoda
Selalu dengar orang kata orang perempuan Kelantan terutama dari Pasir Mas cantik-cantik. Tak tahulah kebenarannya. Sebab cantik nilah ramai lelaki cair, tak caya tengok Neelofar dan wanita dalam gambar tu.

3. Mulut manis
Tengok saja kalau berniaga macam mana mereka pujuk untuk pelanggan beli. Walau guna loghat Kelantan tapi kedengaran lembut saja, sebab tu ramai yang terjerat nak beli. Ini lagi satu faktor orang lelaki cair.

4. Berdikari
Kalau dah lebih ramai perempuan di sana berniaga, orang lelaki tak nampak di mana tak cukup berdikari lagi kah.

5. Berani dan cekal
Contohnya boleh tengok yang dalam video viral itu lah. Rasanya perempuan penakut takkan buat macam tu.

Mek-mek Kelate yang baca ni mesti setuju kan. Giler tak setuju!

Nota: Artikel ini cuma berdasarkan pandangan peribadi.

100,000 Kakitangan Awam Akan Muflis Berpunca dari GST, Kos Sara Hidup Tinggi

DIANGGARKAN sejumlah 100,000 orang penjawat awam berdepan dengan risiko diisytiharkan muflis kerana membuat pinjaman terlalu banyak untuk mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) Datuk Azih Muda dilaporkan sebagai berkata, kakitangan awam daripada golongan rendah dan pertengahan mengambil langkah berhutang kerana menyangka ia mampu menyelesaikan masalah pembelanjaan mereka dalam keadaan inflasi yang semakin meningkat.


"Betapa silapnya mereka, anggaran kasar kami mendapati sehingga 100,000 kakitangan awam bakal diistiharkan bankrap tidak lama lagi, buat masa sekarang 3,000 daripada mereka sudah pun diistiharkan muflis,"

"Situasi ini akan menjadi bertambah buruk kerana lebih ramai lagi di kalangan mereka yang membuat pinjaman daripada lintah darat (Ah Long)," kata beliau kepada para wartawan ketika melancarkan seminar pekerja sempena Hari Buruh (1 Mei 2017) tempoh hari.

Menurut Azeh lagi, mereka ini mungkin akan kehilangan kerja ataupun digantung daripada tugas, mengundang kepada pelbagai lagi masalah lain seperti penceraian dan keruntuhan rumah tangga.

"Bayangkan jika separuh daripada 100,000 penjawat awam itu adalah terdiri daripada mereka yang sudah berkahwin dan memiliki anak-anak," katanya.

Menurut Azih, ketika ini terdapat sekurang-kurangnya 20 institusi kewangan termasuk koperasi-koperasi yang dilantik untuk menyediakan pinjaman-pinjaman kepada kakitangan awam dengan bayaran balik melalui pemotongan gaji bulanan.

Beliau menegaskan, badan-badan ini tidak memeriksa latar belakang setiap pemohon pinjaman.

Sambil memberikan contoh, Azih mendakwa seorang kakitangan awam yang hanya layak untuk membuat pinjaman sebanyak RM50,000 boleh pergi ke empat buah bank untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM200,000.

"Malah ada sesetengah daripada mereka memberikan slip gaji palsu, supaya permohonan pinjaman yang dibuat dapat diluluskan, dari sini lah segala masaalah bermula," 

"Kerajaan perlu mengadakan satu sistem untuk memantau situasi yang membimbangkan ini," katanya.

Tegasnya lagi, kakitangan awam perlu mengikat perut di dalam keadaan ekonomi hari ini dan bukannya mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah.

"Perbuatan ini bagaikan menggali lubang untuk menutup lubang yang lain, dan akhirnya terdapat terlalu banyak lubang-lubang," — EdisiRakyat.com, 4 Mei 2017

Cadang Buka UiTM untuk bukan Bumiputera



PADA tahun 2020, kerajaan menyasarkan seramai 250,000 orang pelajar akan mengikuti pengajian di semua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di seluruh negara.


Jumlah ini bertambah lebih 50 peratus berbanding jumlah pada 2014 iaitu 177,051 pelajar. Fakta ini menunjukkan peranan besar dimainkan UiTM dalam menyumbang pembangunan modal insan bagi negara khususnya di kalangan Bumiputera.

Walaupun Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arsyad Ayub pada minggu lalu ketika mencadangkan golongan bukan Bumiputera diberi peluang untuk mengikuti pengajian di universiti itu tidak memberikan angka peratusan kuota untuk bukan Bumiputera, cadangan itu tidak boleh diterima sama sekali.

Bayangkan sekiranya 10 peratus bukan Bumiputera dibenarkan belajar di UiTM, ini bermakna pada 2020 nanti, 25,000 pelajar Bumiputera terlepas peluang mengikuti pengajian di UiTM kerana tempat mereka diberikan kepada bukan Bumiputera dengan alasan ‘tidak mahu hanya melahirkan jaguh kampung’.

Sejak UiTM ditubuhkan, tidak pernah timbul istilah ‘jaguh kampung’ yang disandarkan kepada graduannya. Kualiti mereka setanding dengan universiti tempatan lain bahkan di peringkat antarabangsa.

Penubuhan UiTM bermula pada 1950 apabila British menubuhkan Rural Industry Development Authority (RIDA) sebagai agensi kerajaan bagi membangunkan taraf hidup bangsa Melayu.

Penubuhannya adalah sebagai ‘hadiah’ kerana bangsa Melayu bertolak ansur menerima prinsip jus soli atau hak kerakyatan kepada kaum Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu selepas merdeka.

Pada 1956, RIDA menubuhkan Dewan Latihan RIDA bagi melatih orang Melayu luar bandar dalam bidang kemahiran supaya mereka tidak hanya menjadi petani atau nelayan.

Kemudian pada 1965 RIDA ditukar menjadi Majlis Amanah Rakyat (Mara). Serentak itu, Dewan Latihan Rida dijadikan Maktab MARA, sebelum pada 1967 Maktab MARA dinaikkan taraf sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) untuk menawarkan program sehingga peringkat diploma.

Pada 1976 ITM menjadi badan berkanun yang diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan menerusi Akta ITM dan pada 1996 akta itu dipinda bagi membolehkan ITM menawarkan program ijazah pertama (sarjana muda) dan pasca siswazah (sarjana dan kedoktoran).

Pada 1999, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan ITM dinaik taraf sebagai universiti penuh iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bagi Pedang, apa yang nyata ialah UiTM adalah satu-satunya institusi yang memfokuskan pembangunan pendidikan Melayu dan Bumiputera.

Biarkanlah UiTM dengan agendanya yang khusus untuk Bumiputera. Jangan dibuka langsung peluang kepada bukan Bumiputera.

Mufti setuju cukai GST hukumnya haram

   

SALAH satu laporan dalam Akhbar Sinar Harian semalam yang bertajuk 'Mufti Setuju GST Haram'. Di bawah ini aku salin semula laporannya.

Perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada masa kini telah menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiaya rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam seperti diperintahkan oleh ALLAH SWT kepada kerajaan untuk menegakkannya.



"Seperti yang semua sedia maklum, memang kita sering mendengar rungutan terhadap sistem percukaian sedemikian (GST) sejak awal ia diperkenalkan lagi.

"Secara umum saya bersetuju GST seperti dilaksanakan pihak kerajaan telah menimbulkan masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan kecil," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin Dewan Ulama PAS melalui ketuanya Datuk Dr Mahfodz Muhamed berkata GST perlu dihapuskan kerana kaedah percukaiannya adalah haram dan tidak menepati Syariat Islam.

Justeru Wan Salim berkata dari perspektif Islam, cukai tidak harus dikenakan ke atas golongan miskin dan berpendapatan rendah.

"Sebaliknya, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor," katanya.

Sehubungan itu, Wan Salim mencadangkan agar perlaksanaan GST dapat dikaji semula supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil.

Beliau berkata cukai seperti itu sepatutnya dihadkan hanya kepada golongan kaya termasuk syarikat-syarikat korporat.

"Pihak Kerajaan perlu menentukan had minimum pendapatan individu dan Syarikat untuk dikenakan GST," katanya.

Inilah beza antara Mufti yang berani berkata benar di hadapan pemerintah zalim berbanding mufti pengampu yang hanya sanggup mengampu pemerintah zalim demi menyelamatkan periuk nasinya.

Bila Mufti pun sudah kata cukai GST hukumnya haram, kerana membebankan dan menyusahkan hidup rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah. Maka eloklah cukai GST ini dihapuskan terus.

Hapus cukai rakus!

SKMM Keluarkan Panduan Untuk Semua Admin WhatsApp Dan Media Sosial

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan satu panduan rasmi terhadap pengguna media sosial malam tadi. 

Panduan itu memberi tunjuk ajar tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh netizens ketika menggunakan media sosial.

"MCMC ingin menasihatkan orang ramai khususnya pengguna aplikasi pesanan untuk sentiasa berhemah dalam penggunaan media sosial demi perlindungan mereka sendiri", katanya dalam satu kenyataan.

Berikut dibawah adalah peringatan untuk pentadbir kumpulan Facebook, Whatsapp, Wechat, Viber, Telegram dan sebagainya;