KUALA LUMPUR - "Saya memang pengampu Najib, sebab dia adalah presiden parti saya. Tak kisahlah apa orang nak kata kerana pada zaman Tun Mahathir Mohamed dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jadi presiden parti, saya tetap mengampu mereka," demikian pengakuan Datuk Seri Nazri Aziz, lapor Malaysia Gazette.
Menjelaskan lebih lanjut, Nazri memberitahu bahawa mengampu yang dimaksudkan itu bukanlah untuk sesuatu yang salah tetapi untuk membela Datuk Seri Najib Razak.
"Najib adalah pemimpin saya dan hubungan kami sangat akrab. Jadi, takkanlah saya nak berdiam diri bila ada orang yang menghina atau mencaci dia?
"Selain sebagai kawan, saya juga hormat beliau sebagai presiden UMNO yang mana saya juga adalah salah seorang ahli majlis tertinggi.
"Saya terima saja apa yang orang nak kata tentang saya. Tetapi ingat, bukan Najib sahaja yang saya ampu, malah sebelum ini juga Mahathir dan Abdullah juga saya bersikap serupa ketika mereka menjadi presiden parti," katanya.
Tambah Nazri lagi, selaga apa yang dilakukan olehnya itu tidak menggugat kestabilan parti, dia akan terus dengan sikapnya dan pendiriannya.
EmoticonEmoticon