Seorang pelajar lelaki, dari madrasah swasta yang kisah kedua kakinya hitam dipercayai akibat dipukul warden dan menjadi viral di media sosial sejak semalam, disahkan koma hari ini.
JOHOR BARU, 25 April — Ibu saudara kepada pelajar tahfiz yang didera di sini mendedahkan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi sudah menderita sejak bulan lalu.
Dzuraidah Ahmad berkata anak saudaranya itu dipukul tanpa sebab dan segalannya dicatat dalam diari pelajar malang itu.
“Anak saudara saya beritahu kadang-kadang dia dan rakan-rakannya secara sukarela menawarkan diri menjadi orang pertama dipukul.
“Kerana mereka mahu tidur awal disebabkan terpaksa bangun pada pukul 3 pagi untuk solat.
“Dia menulis dipukul tanpa sebab dan sudah tidak mampu bertahan dengan apa yang berlaku.
“Dia mahu berpindah ke sekolah lain,” katanya seperti dilaporkan mStar.
Kelmarin doktor yang merawat Thaqif Amin di Hospital Sultan Ismail di sini mengesan darah beku di lengan kirinya.
Kisah Thaqif Amin yang dimasukkan ke hospital Rabu lepas, menjadi tular di media sosial.
Murid berusia 11 tahun itu mengalami kesakitan pada bahagian kaki sejak dua minggu lalu dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden.
Kedua-dua kakinya itu kemudian terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.
Kelmarin, pembantu warden tersebut direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
Dzuraidah, 38, berkata menerusi diari berkenaan, Thaqif Amin menulis punggungnya pernah dipukul selepas mencuci beberapa biji cawan arahan pembantu warden.
“Ya Allah, bukakanlah pintu hati ibu bapaku untuk membenarkanku berpindah ke sekolah lain kerana aku sudah tidak tahan lagi.
“Tolonglah Ya Allah, semoga permintaanku ini dimakbulkan,” tulis Thaqif Amin dalam diari itu.
EmoticonEmoticon