Wednesday, 19 April 2017

"Taknak Salam Dengan Khadam DAP", Kata Pemimpin PAS Ini Kepada Nizar.

Tular di media sosial beberapa hari ini tentang kelakuan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dikatakan bersikap sombong ketika Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin menghulurkan tangan untuk bersalaman. 

Pertemuan itu yang kononnya berlaku di perkarangan mahkamah ketika berhadapan dengan satu tuntutan kes saman Nizar terhadap Razman. 

Taknak salam


Gambar Yang Viral
"Tak salam dengan khadam DAP", kata DS Nizar seperti yang dipetik menerusi komen WhatsApp. Bagaimanapun pihak kami masih menunggu pengesahan dari PJ PAS Perak berhubung insiden ini.

Tindakan saman itu yang bertitik-tolak dari satu laporan berita yang disiarkan pada tahun 2015 di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk : Pendekatan Nizar mirip DAP. Nizar menfailkan tuntutan saman sebanyak 3 juta berikutan mendakwa laporan itu berunsur fitnah.
Pada tahun lepas, Mahkamah Seksyen Ipoh mencadangkan kes saman fitnah yang difailkan oleh Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ke atas pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria diselesaikan di luar mahkamah.
Mohamad Nizar bersetuju dengan cadangan penyelesaian tersebut tetapi beliau meletakkan syarat agar Razman memohon maaf terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.
Razman yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bagaimanapun enggan memohon maaf terhadap dakwaannya itu dan menuntut kes tersebut dibicarakan.
Dari undi DAP, baik undi MCA
Dalam pada itu, tular juga di media sosial kononnya PJ PAS Perak itu turut menyatakan lebih baik mengundi MCA atau GERAKAN daripada mengundi DAP.
"Dari undi cina DAP, lebih baik undi cina MCA atau GERAKAN. Dari undi melayu PAN, PKR & BERSATU, lebih baik undi melayu PAS dan UMNO", katanya seperti yang tersebar di laman sosial.
Tinjauan kami mendapati PJ PAS itu dikritik oleh penyokong-penyokong AMANAH menerusi ruangan komen fb PJ PAS Perak berikutan penyebaran status berkenaan, namun status yang ditangkaplayar itu tidak dapat dikesan dari facebook Razman Zakaria. 
Pihak kami tidak dapat memastikan jika status tersebut telah dipadamkan dan sedang menunggu pengesahan lanjut dari pihak yang berkenaan.



EmoticonEmoticon