Wednesday, 11 January 2017

Rupanya Orang Yang Kritik Ucapan Faiz Subri Adalah Ahli UMNO

Dikritik Tidak Berbahasa Melayu Ketika Beri Ucapan Di Anugerah Puskas, Ini Respon Faiz Subri


Kemenangan Mohd Faiz Subri di Anugerah Puskas semalam merupakan satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia. Pencapaiannya itu telah menjadi bualan dan perhatian semua peminat bola sepak di seluruh dunia.

Namun, disebalik kejayaannya semalam, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengkritik Faiz Subri kerana gagal berbahasa Inggeris dengan baik. Malah ada yang kecewa Faiz Subri tidak berbahasa Melayu sahaja semasa memberi ucapan kemenangan. Ini penjelasan Faiz Subri menjawab kritikan tersebut…


Bahasa Melayu terpinggir di arus dunia?





Semua itu di luar kawalan


Faiz Subri pernah memberitahu Utusan Malaysia dia mahu berucap dalam Bahasa Melayu jika dinobatkan sebagai pemenang. Malah beliau juga berhasrat untuk memakai baju Melayu menghadiri majlis anugerah tersebut. Namun, beliau menjelaskan semua itu di luar kawalannya apabila beliau tidak mendapat kebenaran Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Katanya lagi, badan bola sepak itu hanya membenarkan pemain bercakap dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis kerana tidak dapat menyediakan penterjemah, terutama untuk televisyen yang disiar secara langsung di seluruh dunia.

Dia juga terpaksa melupakan hasrat memakai baju Melayu yang agak nipis kerana keadaan cuaca di Zurich yang terlalu sejuk hingga mencecah -3 darjah Celsius.

Kata Faiz lagi, dia agak gementar ketika mahu memberi ucapan sehingga mengambil masa untuk mencari teks ucapannya di dalam telefon bimbit.

“Saya hanya diberi masa 30 saat untuk berucap, jadi perasaan ketika itu agak gementar. Memang sangat gemuruh sehingga saya tidak jumpa ucapan dalam telefon,”

Faiz juga terkejut apabila didatangi Cristiano Ronaldo, Alex Ferguson, Manuel Neuer, Dani Alves dan Sergio Ramos yang mengucapkan tahniah kepadanya.


EmoticonEmoticon