KEADILAN hari ini mendedahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tertunggak berdasarkan semakan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Rosmah Mansor Hasil semakan MyEG itu menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan Rosmah.
Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Rosmah tidak membayar dua saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013.
Perkara ini didedah Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang juga calon Pandan pada sidang media di ibu pejabat parti.
Di bawah kenyataan penuh Rafizi mengenai pendedahan itu:
AES adalah salah satu isu utama yang akan menjadi faktor penentu dalam PRU13. Pakatan Rakyat telah membuat ketetapan bahawa AES akan dihentikan dan semua samannya dibatalkan sekirangan Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Manifesto Barisan Nasional tidak menyentuh langsung mengenai AES. Walaupun pelaksanaan masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang, saya beranggapan bahawa kegagalan Manifesto Barisan Nasional membuat ketetapan mengenai AES membayangkan hasrat Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan pelaksanaan AES sekiranya Barisan Nasional terus berkuasa.
Untuk menentukan sama ada orang-orang terdekat dengan Perdana Menteri menerima atau tidak AES, saya telah menjalankan beberapa semakan:
1. Mengenalpasti nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai isteri Perdana Menteri
2. Mengenalpasti kereta yang didaftarkan di bawah nama Datin Seri Rosmah Mansor
3. Menyemak sama ada Datin Seri Rosmah Mansor membayar saman AES, bagi
memastikan keluarga Perdana Menteri betul-betul patuh kepada pelaksanaan AES yang dibawa oleh Barisan Nasional.
Hasil semakan itu membuahkan perkara-perkara berikut:
1. Nombor kad pengenalan Datin Seri Rosmah Mansor adalah 511210-05-5558. Identiti beliau itu disemak dengan daftar pengundi yang mengesahkan bahawa beliau mengundi di Pekan.
2. Semakan dengan sistem JPJ di MyEG menunjukkan sebuah kereta bernombor XIASEAN360 didaftarkan di atas nama dan kad pengenalan beliau;
3. Semakan yang sama juga menunjukkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak membayar 2 saman AES iaitu pada 30 Januari 2013 dan 13 Mac 2013.
Update 14/01/2016 Tak hairanlah ramai orang tak bayar saman, FIRST LADY OF MALAYSIA punyai 8 saman tertunggak sejak 3 tahun lepas pun tak bayar lagi...
Di negara-negara lain, perkara ini dilihat sebagai satu pertentangan prinsip (double standard) apabila keluarga Perdana Menteri sendiri tidak mengendahkan saman AES, sedangkan beliau (Perdana Menteri) beriya-iya mempertahankan satu sistem yang ditentang oleh rakyat.
Saya mengambil contoh saman AES tertunggak Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi gambaran bagaimana Barisan Nasional mengamalkan double standard dengan menyatakan pelbagai propaganda kepada rakyat biasa untuk mempertahankan dasarnya yang tidak popular, tetapi di belakang-belakang membiarkan keluarga terdekat mereka bebas dari dasar tidak popular yang menekan rakyat itu.
Saya menyeru supaya Datuk Seri Najib Razak menyatakan secara terbuka sama ada Barisan Nasional akan meneruskan pelaksanaan AES sekiranya masih menang dalam PRU13.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50875
EmoticonEmoticon