Friday 13 January 2017

KSU Yang Ditahan Kerana Kes Rasuah Juga Ialah Ahli Majlis MARA - Kenapa Masih Kekalkan Jawatan?


Masih ingat beberapa hari lepas SPRM telah menahan Ketua Setiausaha (KSU selepas ini) yang bertugas di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW selepas ini) kerana terkait dengan amalan rasuah?

KSU tersebut telah ditahan di kediamannya di USJ, Subang Jaya pada jam 8 pagi. KSU yang berusia 59 tahun itu dipercayai telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya dengan menerima rasuah daripada mereka yang berkepentingan.

Pada awalnya portal berita tempatan tidak mendedahkan identiti individu yang ditahan berikutan maklumat berkenaan tidak didedahkan oleh SPRM namun selepas identiti individu yang ditahan tersebar di media sosial, SPRM akhirnya membuat pengesahan bahawanya individu yang ditahan ialah Datuk Mohd Arif Bin Ab Rahman.

Meskipun terkait dengan amalan rasuah dan sedang disiasat oleh SPRM, individu berkenaan masih lagi menjawat jawatan KSU di kementerian terbabit. 

Memetik laporan dari Awani ;

Ketika KSU tersebut ditahan, SPRM turut merampas jongkong emas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai 3 juta. 

WOW.

Selain itu, hasil tinjauan di google mendapati pada tahun 2012, satu blog diwujudkan bagi mendedahkan aktiviti penyelewengan Datuk Arif. Rujuk sini. Dalam blog tersebut, Datuk Arif dikaitkan ada hubungan dengan pembangkang. Walau bagaimanapun pihak kami tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.  

Namun apa yang pihak kami ingin kongsikan kepada pembaca ialah tidak hanya KSU tersebut mempunyai jawatan di KKLW malahan individu tersebut turut berada di MARA. 

Semakan di laman sesawang MARA mendapati KSU tersebut ialah salah seorang ahli majlis MARA. 



Sumber.

Sebelum ini MARA pernah dikaitkan dengan skandal penyelewengan yang membabitkan pembelian beberapa hartanah di Australia. Unit-unit hartanah tersebut dibeli lebih mahal dari harga pasaran sehingga merugikan MARA.

Menurut laporan dari media Australia, ia adalah salah satu kaedah penyelewengan yang membabitkan hartanah di negara tersebut.

Modus operandi penyelewengan ;

Corruption In Malaysia

Sumber.

Selain dari KSU Datuk Arif, Tan Sri Annuar Musa juga terpalit dengan imej rasuah melalui serangan terbaru oleh TMJ ke atas pengerusi MARA. 

Apa yang menjadi tanda-tanya ialah, sungguhpun SPRM telah menahan reman berserta dengan bahan bukti, kenapa individu tersebut tidak lagi digantung tugas dari jawatan sedia ada? Kepelikan.


EmoticonEmoticon