Wednesday 11 January 2017

Pendedahan Terbaru TMJ Tentang Penyelewangan Duit Mara Oleh Tan Sri Anuar Musa

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum. Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya.

Baiklah, untuk Tan sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.






------
TAN SRI, DON'T TAKE ADVANTAGE WITH FAIZ SUBRI'S SUCCESS BUT EXPLAIN THE SPONSORSHIP FROM PELABURAN MARA DAN UNIKL
I had predicted much earlier that Faiz Subri's victory would definitely grab the attention of individuals, especially politicians who wanted to restore their dwindling reputation. Firstly, to the Tan Sri who is always dissatisfied with me and a minister who apparently wants to share popularity with Faiz Subri's success by saying that I'm arrogant etc. Let me sort about this Tan Sri first. After this, I will summon a once drunk minister to see me to explain to Malaysians about a lady who works in a company in Johor. Remember, don't wake a sleeping tiger. I don't disturb people, so don't disturb me.
Well, for the Tan Sri first. Before using Faiz Subri's success for your popularity by saying that I am arrogant, why doesn't Tan Sri come forward to give an explanation about sponsorship money from Mara investments and UniKL who were forced to sponsor the Red Warriors team?
When the nation's economy is weak and when there are fiscal cuts here and there, you still proceeded to use the funds meant for Malaysians to fund The Red Warriors as the Chairman of Mara. Having already used funds from Pelaburan Mara, this didn't stop you from tapping reserves in UniKl. Given the weak economy, in 2016, UniKl was forced to reduce the allocation for scholarships of Malaysian students from RM2 billion to RM1.3 billion. Having said this, you still strong armed UniKl to sponsor TRW in that same year. Tan Sri, please explain the direction of Pelaburan Mara and UniKl as it belongs to all Malaysians.
Lastly to Tan Sri and minister, please don't forget to purchase our new jerseys.


EmoticonEmoticon