Saturday, 7 January 2017

Najib, Kucing dan KSU yang Rasuah

NAJIB HANYA MAMPU ULAS PASAL KUCING KETIKA SPRM TAHAN KSU


Meskipun SPRM sejak kebelakangan ini sudah melakukan beberapa tangkapan di kalangan penjawat awam dalam usaha membanteras gejala rasuah yang kian membarah, termasuk yang terbaru seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian telah ditahan, malangnya tidak kedengaran lagi sebarang reaksi atau ulasan mengenainya daripada Najib Razak.

Berbeza semasa era Tun Mahathir Mohamad atau Tun Abdullah Badawi sebelum ini, jika ada tangkapan serupa itu, kita pasti akan mendengar reaksi positif atau mengalu-alukan usaha agensi itu daripada mulut seorang Perdana Menteri yang sedang mengetuai kerajaan.

Sememangnya, di ketika tangkapan demi tangkapan dilakukan oleh SPRM dan seluruh rakyat juga memperkatakannya, terutama berkaitan begitu banyak wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan simpanan haram ditemui di bank-bank dalam jumlah yang agak mengejutkan, reaksi positif daripada Perdana Menteri adalah amat penting sebagai gambaran kepada rakyat beliau menyokong sepenuhnya tindakan pembanterasan itu.

Tambahan lagi, Najib dikenali sebagai antara pemimpin yang pantas memberi reaksi atau komen terhadap hampir semua perkara, sehingga mengenai gerhana dan perlawanan bolasepak Manchester United pun beliau tidak melepaskan peluang menulis di Facebook atau Twitter mengenainya.

Advertisements


Tetapi, kenapa Najib memilih tidak memberi reaksi mengenai tangkapan demi tangkapan oleh SPRM, terutama yang terbaru melibatkan seorang Ketua Setiausaha yang merupakan penjawat awam tertinggi ditahan setakat ini berkaitan rasuah?

Sejak dua hari lalu, saya mencari-cari di pelbagai sumber media sosial dan portal untuk melihat jika ada sebarang reaksi daripada Najib mengenai tangkapan terbaru SPRM itu, namun tidak terjumpa langsung mengenainya.

Di Facebook atau Twitternya, yang ada hanyalah tulisan mengenai banjir, pertemuan dengan Panglima ATM yang baru, tentang MRT dan serangan di Turki.

Apa yang menggelikan hati, di laman Twitter miliknya, sempat pula Najib memuatnaik mengenai seekor kucing yang baru dimilikinya.

Apakah kucing lebih penting berbanding mengulas tentang rasuah bagi seorang Perdana Menteri?

Adakah Najib kurang puas hati dengan tangkapan demi tangkapan sehingga ini yang sekadar melibatkan ikan kembung, tamban dan cencaru saja?

Atau mungkinkah Najib seperti majoriti rakyat lain yang hanya berpuas hati dan gembira mengenai pembanterasan rasuah di negara ini jika rasuah tentang SRC International yang melibatkan “seseorang yang terang-terang menerima RM42 juta melalui akaun peribadi” turut dilakukan tangkapan dan dibawa ke muka pengadilan? –  Shahbudin Husin



Nota Ana Ghoib tiada niat aniaya tetapi benar dan adil

Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.

Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan.

Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. – (An-Nisaa’ 4:135)

Nota kepada para peguam dan hakim Putrajaya

Dan janganlah sekali-kali kebencian kalian terhadap sesuatu kaum, mendorong kalian untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.- (Al-Maidah: 8)

Sahabat Abdullah ibnu Rawwahah ketika diutus oleh Nabi Saw. melakukan penaksiran terhadap buah-buahan dan hasil tuaian milik orang-orang Yahudi Khaibar. Ketika itu mereka bermaksud merasuahnya dengan tujuan agar bersikap lunak terhadap mereka.

Tetapi Abdullah ibnu Rawwahah berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku datang kepada kalian dari makhluk yang paling aku cintai, dan sesungguhnya kalian ini lebih aku benci daripada kera dan babi yang sederajat dengan kalian.

Bukan karena cintaku kepadanya atau benciku terhadap kalian, lalu aku tidak berlaku adil terhadap kalian.”

Mereka kemudian mengatakan, “Dengan demikian, berarti langit dan bumi akan tetap tegak.” – Ibnu Katsir

Firman Allah: Dan barang siapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. – (Al-Baqarah: 283)

Nabi Saw. telah bersabda: Sebaik-baik saksi ialah orang yang mengemukakan kesaksiannya sebelum diminta untuk bersaksi.


EmoticonEmoticon