Saturday 31 December 2016

Pemberian BR1M Cukup untuk Menampung Kenaikan Harga Minyak - Khairy

Khairy Jamaluddin mengulas kesan kenaikan harga minyak tengah malam tadi dan tindakan bakal diambil oleh Putrajaya – Foto TMI


Pemberian wang tunai secara “one-off” melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diamalkan Putrajaya sejak beberapa tahun sebelum ini perlu selari dengan usaha kerajaan menstruktur semula subsidi demi memastikan ia sampai kepada golongan berpendapatan rendah dengan efisyen, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Mengulas kenaikan harga bahan api RON95 sebanyak 20 sen semalam, Khairy berkata, kesan kenaikan harga minyak akibat dasar pengurangan subsidi di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditampung melalui pemberian BR1M.

“Kita tampung apa yang kita buat (kenaikan harga petrol) melalui BR1M. BR1M perlu dibina bersama dengan subsidi.

“Kita kurangkan subsidi yang menyeluruh dan beri BR1M yang bersasar,” kata Khairy kepada pemberita selepas merasmikan program “Kopiko Purple League” di Petaling Jaya, hari ini.



Ahli Parlimen Rembau itu berkata, bagi menampung kenaikan yang dirasai golongan berpendapatan sederhana, Putrajaya berhasrat mengurangkan kadar cukai pendapatan untuk golongan itu.

“Terlalu banyak subsidi akan diterima mereka yang tidak sepatutnya,” kata Khairy lagi.

Sumber Malaysian Insider

4 comments

Yup..aku setuju dgn kenyataan pengurangan subsidi adalah utk memastikan pengguna yg benar2 layak shj dpt menikmati pemberian kerajaan..
Tapi masalahnya harga barang mahal, minyak naik harga tu bukan orang kaya je yg pakai, orang miskin pon gune jugak..setakat Brim rm1000 setahun tu xmembantu pon, in fact orang kaya pandang sebelah mata je duit tu sebab diorang lebih daripada mampu utk hidup dengan harga minyak dan barang yg melampau2 naik.. yg terus dihimpit, dipijak dan ditindas oleh bangsa sendiri adalah rakyat2 yg memang sedia ada susah, especially melayu.. so, dulu aku suka KJ, sekarang da same level bangang dengan menteri2 lain..shame on u la menteri2 korupsi!!!

What the hell are you talking about KJ? You also want to lick PM's ass or what? You are all the same. All Malaysian Minister are nothing but useless IDIOTS!!! CORRUPT!!! What a shame! You all are disgrace and don't know how to lead a Country. Oil, Petrol & Gas all price went up! But Ringgit value what? It is becoming the same value as Indonesian Rupiah! Malaysian Government was a shame to other developed countries. I am also ashamed to call myself a Malaysian cause the whole world knows how corrupt this Government is. Cannot deny even you tried everything to cover up the stinking odour of corruption still comes out and can smell from miles away!

Alumni Oxford pun terpaksa jadi bodoh bila berada dalam UMNO.

Saya tak dapat brim....tu yang terkial2 nak beli minyak...tapi saya kena gst jugak...ummpph aptb..
Nko KJ cakap tak tanya semua orang ke?Semua dpt brim ke idak?Graduan Oxford tapi bila bercakap cam budak darjah nam....


EmoticonEmoticon