Berita harga terkini RON95 RON97 dan Diesel bermula Januari 2017. Tahun ni merupakan tahun terakhir minyak dibawah paras RM2 Seliter bagi RON95. Bermula Januari 2017, harga minyak akan naik mendadak berikutan kenaikan pasaran harga minyak mentah dunia. Berdasarkan harga rasmi minyak sebentar tadi, RON 95 akan dijual kepada pada harga RM2.10 Seliter, RON 97 pada RM2.40 seliter (tidak termasuk GST) dan Diesel RM2.05 Seliter berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.
Kesimpulannya minyak naik dari RM0.15 sen kepada 0.20 sen seliter bermula 1 Januari 2017. Untuk info, kenaikan harga minyak pada awal januari 2017 adalah bergantung kepada purata harga minyak sepanjang bulan Disember 2016.
RON95: RM2.10 (Naik 20 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM1.90 Seliter)
RON97: RM2.40 (Naik 15 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM2.25 Seliter)
Diesel: RM2.05 (Naik 20 Sen) Mulai Januari 2017 (Harga Sebelum RM1.85Seliter)
Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Januari 2017 (Rasmi)
Sumber: Harga Terkini Minyak Januari 2017 RON95 RON97 Diesel | melvister.com
EmoticonEmoticon