Monday, 5 September 2016

Gambar Mahathir-Anwar salam dirakam lepas 18 tahun



Jarang-jarang berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Bekas perdana menteri pernah memecat Anwar pada 1998, ketika itu timbalannya, diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Langkah itu dilihat sebagai sokongan moral terhadap Anwar kerana kedua-dua pemimpin itu kini senada menentang akta itu dan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.

Mahathir setakat ini enggan mengulas kehadirannya di mahkamah itu hari ini.

Mereka malah bertegur sapa dan bersalaman dalam mahkamah ketika tiada sidang, sambil diperhatikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir.
Tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir.

Pertemuan hari ini dipercayai yang pertama dirakam sejak pemecatan Anwar pada 18 tahun lalu.


EmoticonEmoticon