Tuesday 2 August 2016

Rakyat Malaysia Bertuah GST 6% ''Indonesia GST 10% Orang Tak 'Complaint' - Najib Razak''

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat di Indonesia tidak mengeluh berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 10 peratus di negara itu, berbanding enam peratus yang dilaksanakan di Malaysia.


"How lucky we are as Malaysian," kata Najib ketika lawatan kerjanya di Indonesia dalam video 



Ambil Pendekatan Sama Makmurkan Ekonomi Rakyat

"Memakmurkan Rakyat" itu menjadi fokus utama kerajaan, setiap kali ingin mewujudkan sesuatu dasar.

Dua langkah yang diambil presiden Indonesia, Joko Widodo dalam menjalankan pemerintahannya-- mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Ini termasuk keputusan Jokowi menghapuskan subsidi minyak bernilai 26 billion dolar Amerika, ketika awal menjawat jawatan presiden berbanding hanya RM22 billion yang dilakukan malaysia.

Juga Cukai Perkhidmatan dan Barangan, GST 10% bagi semua barangan yang telah sekian lama dilaksanakan negara itu berbanding 6% di malaysia. Datuk seri mohd najib berkata demikian pada majlis makan malam, bersama warga Malaysia yang bekerja di Jakarta semalam. Ini susulan lawatan kerja beliau dalam rundingan tahunan Malaysia - Indonesia kali kesebelas, di Jakarta.

Jelas Perdana Menteri, wujud beberapa polisi dan keputusan lebih sukar yang diambil negara jiran lain yang juga berkongsi matlamat yang sama. Namun semua itu dilakukan demi satu niat, untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.





Facebook Buletin TV3.


 
GST: Indonesia 10 peratus orang tak komplain... oleh kinitv


EmoticonEmoticon