Tuesday 9 August 2016

Ali Tinju Tawar Anak Muda Pakai Baju Merah Sekitar Selangor Dengan Upah RM10 1jam

#GERAKAN MERAH NGO NO.1 NEGARA



Mereka yang dipilih bekerja dengan Gerakan Merah diwajibkan memakai baju khas menyatakan sokongan kepada kerajaan.


PETALING JAYA: Gerakan Merah yang pada tahun lalu menganjurkan protes mempertahankan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kali ini tampil dengan pendekatan berbeza: menyasarkan 5,000 belia melakukan “kerja amal”.
Presidennya Mohd Ali Baharom, atau Ali Tinju, kini menawarkan RM10 sejam kepada anak muda.

Apa yang mereka perlu lakukan adalah memakai baju yang tertulis “Mempertahankan kerajaan, pemerintah dan negara” sepanjang melakukan kerja amal di program keramaian menampilkan pemimpin kerajaan.
Tawaran kerja itu terbuka kepada belia berumur 21 tahun ke atas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Dan ia bukan semudah itu: pemohon terlebih dulu perlu menghadiri temuduga terbuka sebelum memulakan “kerja” pada Oktober.
Ali berkata pergerakannya tidak akan mengikut jejak Bersih 2.0 dengan mengadakan “huru-hara mendesak perdana menteri letak jawatan”, katanya

Katanya, Gerakan Merah mahu mendidik anak muda menjadi individu berguna serta sayangkan negara, bukannya menjadi penentang kepada kerajaan pemerintah dan terjebak dengan aktiviti menagih dadah.

Ali Tinju sebelum ini terlibat dalam penganjuran perhimpunan di Kuala Lumpur sebagai membalas perhimpunan Bersih 4 di ambang Hari Kemerdekaan tahun lalu.
Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar menjadi ganas dengan beberapa insiden berbaur perkauman, selepas peserta merempuh halangan polis.


EmoticonEmoticon