PERKATAAN YANG BERAT
Bagus tonton kenyataan ini bagi sesiapa yang ada kesungguhan untuk memikirkan nasib agama dan ingin berjihad bagi membangun atau mempertahankan kejatuhannya.
Yang tidak ingin ambil tahu akan nasib agama, yang malas berfikir dan tidak berminat menggalang agama ini tidak perlu menontonnya. Nasib baik Dr MAZA adalah seorang Mufti. Jika orang biasa yang berkata begini, tentu bakal dianggap sesat.
Inilah hakikat yang harus diterima. Malangnya apabila kebanyakan manusia sudah tersesat bahkan telah sebati dengan amalan begini, maka golongan yang sebenarnya sesat telah mendominasi sehingga yang sesat itulah dipandang 'normal' atau lurus. Sebaliknya, siapa sahaja yang tersedar dan bersuara untuk menyedarkan pula yang akan digelar sesat.
QS 6. Al An'aam 116. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
QS 10. Yunus 36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Sama-sama kita bermuhasabah. Kemaskan ilmu dan faham atas setiap tindak tanduk kita, khususnya bagi setiap ketua keluarga dan pemimpin ummah. Hanya dengan ilmu sahaja segala kebatilan dan kerosakan ini dapat dihapuskan. Jangan berbuat tanpa ilmu kerana kita semua bakal ditanya dan dipertanggungjawabkan atas segala-galanya.
QS 17. Al Israa' 36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
Salam Jumaat,
WARGA PRIHATIN
EmoticonEmoticon