Thursday 16 June 2016

Kantoi: Jet Rasmi Kerajaan Berada Di KAZAKHSTAN...Siapa Guna?



Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini meminta Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan sama ada pesawat ACJ320 9M-NAB kini berada di Kazakhstan atau sebaliknya.

Menurut Rafizi, beliau dimaklumkan bahawa sejak minggu lepas sehingga 12 Jun, jet terbaru milik kerajaan itu berada di Kazakhstan seperti paparan daripada pengkalan data kedudukan pesawat.
“Ini menimbulkan tanda tanya kenapa jet yang diubahsuai khusus itu berada di Kazakhstan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat AMANAH Kuala Kangsar, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau juga menyemak mengenai syarikat berkaitan industri penerbangan mewah di Kazakhstan untuk mengesahkan dakwaan bahawa jet terbaru itu sedang disenggara.

“Malangnya sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa.

“Sedangkan selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org),” ujarnya.

Justeru beliau menyeru Jabatan Perdana Menteri mengesahkan secara rasmi dan menunjukkan bukti bahawa jet itu berada di Kazakhstan dan sedang melalui proses senggaraan.

“Kerajaan juga perlu menerangkan kenapa tidak ada jet gantian yang digunakan seperti amalan biasa sehingga perlu menyewa sebuah jet baru dari Emirates yang merugikan rakyat,” katanya.

Kazakhstan pernah mendapat tumpuan apabila anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkahwin dengan seorang warga negara berkenaan.

Rafizi minggu lalu mendakwa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan pesawat Airbus ACJ319 A6-CJE yang disewa dari Emirates Airline bagi perjalanan ke Istanbul pada 25 hingga 27 Mei.

Semalam beliau mempersoalkan keperluan kerajaan menyewa jet peribadi itu dengan kos sewaan RM86.4 juta sedangkan kerajaan memiliki tiga pesawat sedia ada.

Selain ACJ319 9M-NAA yang digunakan antara 24 hingga 29 Mei, kerajaan membeli ACJ320 9M NAB tahun lalu bagi menggantikan BBJ737-700 M53-01.

Rafizi bagaimanapun berkata BBJ737-700 M53-01 masih digunakan secara aktif namun tidak digunakan dalam tempoh 25 hingga 27 Mei. 


EmoticonEmoticon