Monday, 8 May 2017

Video Hina Polis: Deejay Tak Mengaku Mabuk



KUALA LUMPUR – Seorang deejay kelab malam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Harian Metro melaporkan, Ooi Kok Wei, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Sungai Besi di sini pada jam 3.45 pagi, Jumaat lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 atau penjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Hashimah Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Nizam Mohamed Fazil.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Baca: “Dah La Tak Mengaku Mabuk, Siap Hina Polis Lagi”

Sebelum ini, Ooi memuat naik rakaman video kononnya dirinya dianiaya anggota trafik yang menahannya dalam satu sekatan jalan raya.

Dalam video tersebut, deejay kelab malam itu menafikan dakwaan polis yang mengatakan dirinya mabuk. –


EmoticonEmoticon