Thursday 4 May 2017

'Kedai bangsa lain kau takut, kedai Melayu kau nak halau' - Peniaga nekad larikan lori MBPP

 

TIDAK mahu barang gerainya dirampas, dua lelaki bertindak melarikan sebuah lori milik Majlis Bandaran Pulau Pinang (MBPP). Kejadian itu dikatakan berlaku ketika pegawai MBPP sedang menyerbu dan mahu merampas barang-barang jualan di gerai milik mereka.

Sebuah rakaman video pendek berdurasi 2 minit 50 saat menunjukkan aksi dua orang lelaki tersebut yang sedang memaki hamun MBPP dari dalam sebuah lori yang sedang dilarikan menular (viral) di media sosial.

Media tempatan melaporkan, kejadian tersebut mula berlaku pada jam 8:50 malam hari Khamis (semalam). Lelaki yang memandu dan melarikan lori tersebut dikenal pasti sebagai Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain, 27.

Haziq dilaporkan memberitahu wartawan bahawa dia bertindak melarikan lori terbabit selepas kakitangan MBPP mahu merampas meja dan kerusi gerainya tanpa sebarang notis.



Haziq turut mendakwa ini merupakan kali ketiga pihak berkuasa itu menyerbu dan merampas barang-barang di gerainya. Dia mendakwa telah cuba untuk memohon lesen daripada MBPP namun permohonannya itu telah ditolak.

Difahamkan lori milik MBPP yang dilarikan itu dipandu menuju ke Balai Polis Pulau Tikus. Satu laporan polis telah dibuat olehnya sebaik sahaja tiba di balai polis berkenaan.

Lori tersebut difahamkan telah diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Pulau Tikus, tanpa sebarang kerosakan di mana kuncinya turut diserahkan kepada anggota polis yang bertugas.

Dalam salinan laporan polis, Haziq memberitahu antara punca dia melarikan lori terbabit ialah kerana mahu mengelakkan pihak MBPP daripada merampas semua barang-barang perniagaannya selain mahu menyelesaikan perkara tersebut dengan cara baik dan mengelakan pergaduhan.

Di bawah ini rakaman video ketika lori tersebut di larikan, sila klik 'play' untuk menonton.



EmoticonEmoticon