Friday, 5 May 2017

Pemandu kereta Tak Makan Nasihat tunjuk isyarat lucah kepada jemaah masjid

   

SUSULAN kejadian jemaah masjid menyerang dan memecahkan cermin sebuah kereta jenis Camry berwarna putih berdekatan Surau Taman Austin Perdana tengahari tadi, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

TONTON VIDEO — Jemaah masjid beramai-ramai serang dan pecahkan cermin kereta di Johor

Pengadu yang mendakwa berada di tempat kejadian ketika kejadian tersebut berlaku membuat laporan kepada pihak polis

Pengadu mendakwa ketika sedang menunaikan solat Jumaat di Surau Austin Perdana, di Jalan Austin Perdana 4 Taman Austin Perdana Johor, sebuah kereta jenis Camry dengan nombor pendaftaran JNM5665 yang dinaiki oleh dua orang lelaki dan seorang perempuan setelah membunyikan hon secara berterusan kerana kenderaan itu terhalang.

Pengadu mendakwa telah keluar daripada surau setelah selesai menunaikan solat Jumaat dan pergi ke arah kereta terbabit untuk menenangkan pemandu lelaki yang memandu kereta tersebut sekaligus memberi nasihat dan memintanya agar menghormati umat Islam yang sedang membaca doa.



Namun lelaki tersebut dakwanya tidak mempedulikan nasihat, sebaliknya terus membunyikan hon sambil menunjukkan isyarat lucah menggunakan tangan kepada umat Islam yang berada di dalam surau.

Pihak surau dakwanya lagi telah cuba memberikan laluan untuknya keluar dari kawasan tersebut, namun lelaki itu nampaknya seperti tidak sabar telah tergopoh-gapah menekan minyak sehingga melanggar kenderaan yang berada di depannya.

Ketika pemandu itu mengundurkan kenderaannya ke arah belakang secara mengejut pula, dia telah terlanggar seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun yang dikatakan sedang melintas jalan.

Kereta jenis Camry itu juga dikatakan telah melanggar beberapa individu lain sepanjang kejadian tersebut.


Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/pemandu-kereta-didakwa-tunjuk-isyarat.html#ixzz4gCmpxRPG


EmoticonEmoticon