GAMBAR seorang lelaki berkaca mata memakai kopiah sambil menggalas bag duduk di tangga sebuah masjid menjadi viral di media sosial selepas dia dikatakan dibuang keluarga selepas memeluk Islam.
Menurut individu yang mengirimkan gambarnya, pakcik ini mempunyai keluarga di Ipoh, Perak namun dia dibuang keluarganya selepas memeluk Islam dan sudah dua tahun tinggal di bawah jambatan di kawasan Puchong Jaya.
"Kalau ada nampak pakcik ni dekat sekitar Puchong hulur-hulurlah sikit ye, kesian kena tinggal keluarga sebab masuk Islam," tulis Amirul di akaun twitter @amrlanwr.
Menurut Amirul lagi, isteri pakcik ini telah membawa anak-anaknya ke Australia, dia tidak selesa dengan tindakan itu memandangkan budaya pergaulan di negara tersebut yang begitu bebas. Justeru dia tidak mahu anak-anaknya membesar dalam persekitaran begitu.
Difahamkan pakcik ini sangat memerlukan pekerjaan untuk mengumpul wang bagi membawa kes penjagaan anak ke mahkamah.
"Pakcik ini dia cakap dia boleh buat kerja kerja ubahsuai rumah sebab dulu dia ada pengalaman 10 tahun dalam bidang ni."
"Dia nak kerja secepat mungkin sebab nak bawa kes (penjagaan anak) ni ke mahkamah tapi dia takut sebab pendapatan dia tak mencukupi," tulis Amirul lagi.
EmoticonEmoticon