Azmin batal lawatan ke Mesir, Budiman bakal MB Selangor?
SHAH ALAM – 2 Mei : Hasrat Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu ini bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat mungkin tidak tercapai.
Desas- desus dan juga laporan portal ini semalam mendapat maklumbalas dari netizen berhubung 4 Adun PKR lompat parti dan akan menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas,BN dan PAS di Negeri Selangor.
Azmin 30 April lalu dikhabarkan membawa semua Exconya mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Manakala Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor menepis dakwaan media berhubung 4 Adun lompat parti itu sebagai satu propaganda.
Menurut sumber dalaman parti PKR permohonan mengadap beberapa pemimpin PKR dan BN telah diterima istana dan ini menyokong kuat desas-desus yang berlaku dalam krisis politik di Selangor.
Baik pengamal media, penyokong BN, penyokong Pakatan Rakyat serta orang awam cuba membuat telahan sendiri berdasarkan maklumat, pemerhatian, pemantauan serta kajian pendek yang dibuat ke atas isu yang berlaku dan yakin kerajaan Pakatan pimpin Azmin Ali bakal tumbang dalam tempoh terdekat.
Sumber mendedahkan Azmin Ali bakal membatalkan segera lawatan 5 harinya di Timur Tengah bagi menyelesaikan kemelut krisis politik Selangor. Tentunya krisis ini berat sepanjang ketiadaannya di Selangor.
Manakala para Adun BN Selangor juga dikatakan menerima arahan agar tidak keluar negara dan bersiap sedia. Kenyataan ringkas YB Budiman Mohd Zuhdi Adun Sg Panjang dalam facebooknya hari ini (1 Mei ) memberi gambaran sesuatu bakal berlaku.
“Mood bersedia. Diarah jangan ke luar negara. Percaya pada takdir.” katanya ringkas.
Sumber berkata YB Budiman disebut antara satu dari nama Menteri Besar Selangor selain seorang dari parti bebas dan PAS dalam kerajaan campuran baru Selangor yang bakal terbentuk. Ia terpulang kepada kejayaan perundingan muktamad kerajaan campuran itu nanti. Budiman menang pilihanraya kecil Parlimen Sg Besar Jun tahun lalu dilihat popular dikalangan rakyat Selangor.
shukri.jpgSementara itu Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, beliau yakin jawatan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor semakin berada di penghujung dengan keputusan PAS memutuskan tahaluf siyasi bersama PAS.
“Jika dahulu saya melihat Pembentukan Pakatan Harapan didokong kuat oleh DAP yang boleh meletakkan calon mereka sebagai Menteri Besar Selangor kini tentu amat sukar dengan keputusan PAS memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat. Adun-adun yang berpaling tadah dari Pakatan pasti membentuk kerajaan campuran bakal memilih Menteri Besar dari kalangan UMNO, bebas atau dari PAS”. katanya ketika dihubungi
Menurutnya, jika Azmin Ali membubarkan DUN Selangor ia tetap mengundang risiko berlakunya pertandingan 3 penjuru yang boleh memberi kelebihan kepada BN.
“Saya juga amat yakin YB Budiman antara pemimpin BN yang sesuai menjadi Menteri Besar. Bagaimanapun ini terpulang kepada pucuk pimpinan tertinggi BN”. katanya lagi.
Kedudukan sekarang ialah Pakatan Rakyat 30 kerusi dan gabungan BN, PAS dan bebas 27 kerusi. Perlukan 5 orang untuk kerajaan baru Selangor.
EmoticonEmoticon