Ahli Parlimen Pandan dari PKR, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan jika pindaan kepada Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 akan memastikan semua orang Islam dihukum dengan adil dan saksama di bawah enakmen Syariah.
Khususnya, beliau bertanya jika pindaan kepada Akta 355 akan memberi 'kuasa' dan 'kekuatan' kepada pegawai penguat kuasa agama untuk mengambil tindakan terhadap mereka dari kalangan anggota elit masyarakat yang melakukan kesalahan.
"Soal keseragaman dan keadilan yang sama rata dalam melaksanakan undang-undang dalam enakman Syariah perlu dipastikan untuk semua. Jabatan Syariah, hakim, pakar cukup ke.
"Saya tahu siapa ahli dewan yang minum arak, anak menteri yang bersekedudukan, ada tak pegawai jabatan (agama Islam) yang berani. Ini soalan saya tanya.
"Kalau ada sultan atau kerabat diraja dan minum arak dan dilihat secara terbuka, ada ke pegawai (yang) berani tangkap dan kenakan hukuman bawah Rang Undang-undang 355," tanya Rafizi lagi.
Tambah Rafizi, keadaan ini akan menyebabkan Islam difitnah kerana hanya golongan miskin dihukum manakala mereka yang kaya terlepas begitu sahaja.
Enakmen Syariah di semua negeri dalam Malaysia mengharamkan meminum arak dan melakukan seks sebelum berkahwin bagi umat Islam.
Pasangan Islam yang belum berkahwin tetapi tinggal bersama-sama juga menghadapi risiko ditahan kerana "berkhalwat" ekoran enakmen yang menghalang pasangan lelaki dan perempuan Islam yang belum berkahwin bersedudukan
EmoticonEmoticon