Kawasan sekitar Hulu Besut sedia hadapi banjir Keadaan Pondok Polis Felda Tenang, Hulu Besut mula dinaiki air petang ini.
JERTIH - Penduduk di kawasan rendah terutama di Hulu Besut dan beberapa kawasan lain di daerah ini termasuk di Setiu bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dan berpindah berikutan hujan lebat sejak malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Mohd Suhaimi Awang berkata, keadaan hujan sejak malam tadi yang kadang- kala lebat menyebabkan kawasan rendah di daerah ini telah dinaiki air.
Menurutnya, namun sehingga jam 4 petang tadi belum ada pusat pemindahan dibuka tetapi sekiranya hujan berterusan besar beliau tidak menolak kemungkinan akan ada mangsa berpindah.
“Trend sekarang terutama di kawasan Hulu Besut menunjukkan paras air meningkat dan setakat ini jalan di Kampung Jerebun dekat Pasir Akas telah dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
“Jalan utama menghubungkan Jertih ke Pasir Putih, Kelantan di Kampung Lak Lok dekat Jertih juga dinaiki air tetapi masih dilalui semua kenderaan,” katanya.
Mohd Suhaimi berkata, keadaan di DUN Jertih dan DUN lain banyak jalan kampung terutama membabitkan kawasan rendah dinaiki air akibat banjir kilat.
Sementara itu di Setiu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Mohd Nazri Zakaria berkata, sehingga jam 3.40 petang masih belum ada mangsa dipindahkan dan tren air semakin naik berikutan hujan berterusan.
Katanya, bagaimanapun jalan bandar Permaisuri ke Hulu Seladang di Kampung Besut ditutup untuk semua kenderaan berikutan air naik sedalam 0.9 meter.
“Setakat ini penduduk kawasan Hulu Seladang terputus hubungan untuk keluar ke bandar Permaisuri,” katanya.

EmoticonEmoticon