Para perokok yang berada di Malaysia kini perlu membiasakan diri supaya tidak merokok dikawasan awam. Apabila tiba tarikh 1 Jun 2017 tindakan undang-undang akan dikenakan kepada perokok yang ingkar pada arahan tersebut .Tindakan undang-undang akan di ambil di bawah Peraturan 11(w) dan 11(x), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017, Taman-Taman Awam di seluruh Malaysia, Taman Negara yang telah diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226], Enakmen Taman Negara Kelantan, Enakmen Taman Negara Pahang atau Enakmen Taman Negara Terengganu serta Taman-Taman Negeri seperti di dalam jadual kesembilan peraturan ini telah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok.
Bagi maksud perwartaan Taman-Taman Awam, semua kawasan di Taman Awam adalah dilarang merokok kecuali tempat letak kereta terbuka manakala bagi Taman Negara dan Taman Negeri, tiga tempat utama yang menjadi tumpuan orang awam iaitu menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan jarak lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi adalah dilarang sama sekali untuk anda merokok yang telah diwartakan pada 1 Februari 2017.
merokok ditempat awam
Selaras dengan pewartaan ini, Peraturan 21 iaitu peruntukan bagi hentian pengangkutan awam tidak berhawa dingin, tempat makan berhawa dingin dan stadium terbuka dengan keluasan satu pertiga kawasan merokok adalah dimansuhkan. Ini bermakna kini semua tiga jenis permis ini adalah seratus peratus kawasan dilarang merokok termasuk rokok, cerut, lain-lain hasil tembakau dan rokok elektronik.
Penambahan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11 dan pemansuhan Peraturan 21 PPKHT 2004 adalah bertujuan untuk melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok atau lain-lain produk merokok. Ini adalah selaras dengan Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang telah dianggotai Malaysia semenjak tahun 2005. Selain daripada itu, perluasan kawasan-kawasan dan tempat-tempat dilarang merokok bertujuan untuk mengekang aktiviti merokok di tempat awam supaya budaya ini tidak diterima oleh setiap lapisan masyakarat. Bagi perokok yang melakukan kesalahan ini, mereka akan didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
denda merokok
Pihak Kementerian Kesihatan juga menasihatkan supaya semua rakyat Malaysia dapat mematuhi peraturan ini dan menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar bersama-sama memastikan persekitaran anda terutama di tempat tumpuan awam bebas seperti taman rekreasi,taman permainan dan lain-lain lagi besas dari bahaya asap rokok termasuk rokok elektronik.
EmoticonEmoticon