Pada semalam Pakatan Harapan telah menganjurkan Sidang Parlimen Khas bagi membincangkan dan membahaskan isu berkenaan usul #ruu355.
Antara yang menjadi isi perbahasan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen dari Pandan itu ialah, adakah RUU355 akan menghukum miskin-kaya sama rata dan tiada unsur-unsur diskriminasi.
Adakah ruu355 akan menghukum kerabat diraja jikalau terbukti mereka meminum arak secara terbuka, adakah akta itu juga akan menghukum orang kebanyakan dan golongan elit secara adil dan saksama, soalnya lagi.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Rafizi itu sebenarnya mendapat perhatian dari Ustaz Rozaimi dan beliau pula memberikan pandangan dibawah mengenai hal tersebut, sambil memberikan 'kata-kata nasihat' terhadap PAS berhubung pindaan akta #ruu355.
Oleh : RORA
Saya melihat ramai ilmuwan sudah mula mengkritik program ala Islamik Gema Gegar Vaganza kerana tidak menepati disiplin Islam. Bahkan Islam hanya sekadar kosmetik sahaja.
Mengapa mereka mengkritik? Bukankah Gegar Vaganza sebelum ini pun tidaklah Islamik mana. Jawapannya mudah kerana Gema Gegar Vaganza menjemput penasyid yang berwatak Islamik dan menggunakan lambang Islam.
Atas alasan itu juga saya merasakan persoalan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi berkaitan kesaksamaan rakyat antara golongan bangsawan dan kelompok marhaen dalam isu pelaksanaan RUU355 perlu dijawab oleh golongan yang pro RUU355 ini.
Jika ada yang kata kenapa hanya kritik RUU355 ini? Bukankah banyak lagi akta lain yang? Jawapannya kerana ia dikaitkan dengan Islam. Bahkan sudah ada yang dikafirkan dan dimunafikkan hanya kerana mengkritik usul persendirian tersebut.
Jangan marah-marah. Jawab sahaja soalan tersebut dengan tenang. Ia relevan.
Dr Rozaimi Ramle

EmoticonEmoticon