Sunday, 12 February 2017

Seorang Ahli Parlimen dan 3 ADUN DAP Melaka keluar parti

EMPAT pemimpin negeri parti DAP termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dilapor meninggalkan parti itu.

Tiga lagi yang turut keluar parti itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong (Kesidang).



Sim yang berucap dalam satu sidang media pada hari Ahad berkata, mereka telah hilang kepercayaan terhadap party dan kecewa dengan kepimpinan sekarang.

Katanya lagi, DAP telah terpesong daripada matlamat dan objektif parti.

Tambah Sim lagi, mereka akan terus berkhidmat kepada rakyat sebagai wakil-wakil bebas.

Sim and Goh were suspended for a year from Feb 7 last year by DAP's disciplinary committee for smearing the party's name through a lawsuit against a fellow party member.


Sim dan Goh telah digantung daripada parti DAP selama setahun sejak 7 Februari tahun lalu oleh jawatankuasa disiplin atas kesalahan memburukkan nama parti kerana mengambil tindakan saman terhadap seorang ahli parti.


EmoticonEmoticon