Monday, 27 February 2017

Guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) mengadu elaun dipotong

   

SALAH seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) tempatan menghubungi admin MiLo SuaM mengadukan hal mendakwa elaun bulanan yang diterimanya telah dipotong bermula sejak 2017.

Dakwanya guru-guru pelatih sepertinya sebelum ini terikat dengan satu kontrak perjanjian di mana mereka diberikan elaun setiap bulan sebanyak RM500 hingga RM800 selama 5 tahun bergantung kepada kedudukan IPG tempat mereka menuntut.

Namun bermula tahun 2017 elaun bulanan semua pelajar IPG di seluruh Malaysia dakwanya telah dipotong dan elaun mereka diseragamkan kepada hanya RM480 sebulan.
creadit Milosuam



Bukan itu sahaja, katanya lagi, elaun buku sebanyak RM840 setahun, elaun praktikum, dan elaun-elaun lain pula telah dimansuhkan sama sekali.

Menurut pengirim yang enggan namanya dikenali itu, mereka telah mengadukan perkara ini kepada pihak atasan IPG, namun jawapan yang diterima hanyalah menyuruh mereka bersyukur — sama seperti ayat-ayat yang selalu digunakan oleh menteri-menteri Barisan Nasional.

Dalam keadaan harga minyak dan barang-barang naik, juga cukai GST yang begitu membebankan, ditambah dengan keperluan untuk membeli pelbagai barangan mengajar semasa praktikal dan sebagainya, beliau turut meluahkan keluhan terhadap bebanan yang harus ditanggung.

Menurutnya lagi, ramai pelajar IPG sepertinya yang meluahkan perkara ini melalui laman sosial facebook, namun tiada siapa yang mengetengahkannya.

Sepatutnya bila kerajaan pimpinan Najib Nazak laksanakan cukai GST, pelbagai manfaat dan kebaikan bakal dilimpah kepada rakyat hasil kutipan cukai yang banyak.

Sepatutnya, jika dulu pelajar IPG dapat elaun RM800 sebulan, kini mereka patut dapat RM1,600 sebulan. Elaun buku RM840 setahun sepatutnya ditingkatkan lagi, bukan dimansuhkan.

Rupa-rupanya makin teruk, elaun dan peruntukan makin kena potong, guru-guru di sekolah pun terpaksa keluar duit sendiri untuk mengajar belum ditambah lagi dengan PIBG sekolah terpaksa mengemis bantuan ibu bapa untuk membeli kertas A4.


Najib kata hasil kutipan GST sangat banyak dan luar biasa, ekonomi negara pula semakin maju dan berkembang, tapi rakyat semakin hari semakin susah, banyak elaun dan peruntukan dipotong.


Read more: MiloSuam


EmoticonEmoticon