Thursday 12 January 2017

Ikan Jangan Buka Mulut, Nanti Kena Pancing Kata Annuar Musa



KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa MARA tidak pernah menaja walau satu sen pun kepada pasukan The Red Warriors .

Annuar melalui status di laman Facebook melahirkan keluhan terhadap mereka yang sering meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

“Logo MARA 50th dipamer di lengan jersi TRW 2016 diberi percuma kepada MARA walaupun ruangan itu bernilai RM250,000. Ia satu penghormatan kepada MARA dari TRW,” katanya memetik kenyataan tersebut hari ini.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta seorang ahli politik bergelar ‘Tan Sri’ tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Dalam pada itu Annuar berkata sebagai syarikat swasta, UniKL ia mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan, promosi, pemasaran dan lain-lain.

“UniKL sebuah syarikat swasta. Ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. Jadi tidak timbul isu menggunakan dana biasiswa atau tajaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa UniKL mempunyai bajet khusus untuk soal-soal ini.

“UniKL sudah lama terlibat dalam branding dan marketing melalui sukan khususnya hoki dan bola sepak. Ini kerana sasaran mereka adalah menarik perhatian anak muda.

“Begitu juga syarikat SDN BHD MARA yang lain. Mereka punya bajet, dasar dan prosedur tersendiri. Semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya.

“Begitu juga dana biasiswa MARA kononnya dikurangkan. Tidak benar dan jauh sama sekali di kurangkan kerana menaja bola,” jelasnya lagi.

Kata Annuar, beliau tidak berminat untuk terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu secara langsung kerana mereka merupakan sahabat-sahabatnya.

“Sebagai kawan kita dah kenal sesama kita. Kalau kawan silap kita tak usah panjang-panjang. Kita maafkan je lah,” katanya lagi.

Di akhir kenyataannya Annuar secara sinis turut menasihatkan agar mereka yang dimaksudnya tidak menjadi seperti ikan bagi mengelakkan terkena umpan.


EmoticonEmoticon