"Tak boleh. Haram duit yang kita ambil itu." Getus saya.
Terkejut peserta2 dalam kelas branding tadi. Masakan tidak, sudah lama kelakuan itu dibuat. Baru hari ini tahu rupanya perbuatan itu tidak dibolehkan.
"Tapi Tuan... Pelanggan yang minta begitu. Bukan kami yang nak buat. Tetap tidak boleh?"
"Tetap tidak boleh." Jawab saya.
Jawapan ini berikutan dari soalan seorang peserta yang bertanya berkenaan hal trademark pada logo. Soalan itu sudah dijawab, cuma saya sambungkan jawapan itu dengan satu situasi.
"Tuan Puan yang mungkin tidak perasan selama ini, saya sekadar ingin mengingatkan. Kita tidak boleh menggunakan imej watak2 kartun seperti Upin Ipin dan Boboiboy untuk ditampal pada produk kita semata2 nak tarik perhatian anak2 tanpa kebenaran dari pemegang hakcipta asal watak2 itu."
"Sekiranya Tuan Puan guna tanpa kebenaran, itu ibarat merompak harta orang lain. Tak boleh. Haram duit yang kita ambil itu."
Bangun seorang peserta. "Tuan, katakan saya menjual kek. Kami ada satu edible printer yang boleh cetak manisan di atas kek. Pelanggan2 ramai minta kami cetakkan gambar Upin Ipin pada kek. Memang tidak boleh?"
"Tidak boleh Puan... Melainkan Puan buat sendiri untuk dimakan sendiri tidak mengapa. Tapi kalau Puan buat untuk dijual pada pelanggan, itu tidak boleh."
"Tapi.."
"Puan bayangkan begini. Puan buat kek yang kosong, Puan boleh jual dengan harga RM 20. Tapi kalau Puan letak gambar Boboiboy pada kek, Puan boleh jual dengan harga RM 50. Itu bermaksud, dengan gambar itulah Puan boleh jual dengan harga yang mahal."
Sambung saya lagi, "Kalau disebabkan gambar itu Puan dapat untung lebih, sebenarnya kita sudah ambil hak keuntungan orang lain. Ini yang saya maksudkan dengan kita mengambil duit yang haram."
Terkedu semua peserta.
"Tapi kita boleh tengok ramai sahaja peniaga di luar sana yang jual baju dan produk2 lain guna gambar kartun Disney la, Upin Ipin semua tu. Mereka tidak disaman pula?" Balas seorang peserta.
"Tidak disaman bukan bermaksud boleh buat. Proses turun naik mahkamah melecehkan. Soalnya pada diri kita sendiri sebagai usahawan. Ini soal adab, soal etika perniagaan. Walaupun kita lihat itu hanya kartun, nampak macam tidak ada nilai, tetapi membangunkan watak kartun itu besar kosnya. Kita mengambil keuntungan pada kos yang ditanggung oleh orang lain tanpa kebenaran."
"Mungkin itu sebabnya mengapa sampai sekarang kita tak kaya2."
Penganjur beri tepukan atas kesimpulan itu.
Irfan Foner
Baca Juga : Ulasan Dr. Zaharuddin Isu Meniru Harta Intelek
5 comments
Tu yg viral skrg mcmna pulak nk jawab...
Didi and friends - hampir kesemua lagu/melodi adalah hasil ciptaan orang lain. Tiada originaliti dari segi soundtrack. Lirik sahaja yang berbeza.
Mungkin upin ipin dll atas kek, tapi lagu didi & friends atas karya orang lain dan disiarkan kepada orang ramai. Something to think about?
Mungkin mereka membayar royalti, wallahualam. Tetapi jika tidak, keadaanya adalah sama dengan kisah kek & tshirt haram.
Saya pernah tonton didi & friends, tiada mana2 nama pencipta lagu/melodi yang dikreditkan, tiada mention excerpt dari lagu mana.
Kreatif bukan bermaksud meniru, excerpt adalah kebiasaan dalam industri muzik, macam kita nyanyi negaraku dengan lirik yang kita sendiri cipta.
16 tahun saya menulis lagu, jika ada excerpt, saya akan mention.
Kita mudah melabelkan sesuatu sebagai HARAM tanpa merujuk atau nyatakan dari sumber mana standpoint kita itu(haram)
Ya, saya menulis untuk memukul sama rata.
Kita ambil contoh kedua. Artist. Melukis karakter2 anime, doujinshi dll yng mereka minat, jual merch dengan printout karakter seperti naruto dll di public, meraih pendapatan dengan cosplay karakter sedia ada, melukis fanart dan jual dan sebagainya.
Contoh ketiga, masuk battle of the band bawa lagu artist lain, menang dan dapat hadiah wang tunai. Duit itu haram? Mereka meraih kemenangan dengan lagu orang.
Kesimpulannya begini, jika bercerita tentang branding. Terangkan kepada audience tentang IP, dari situ kita pecahkan susur galur dan dari situ juga tuan akan jumpa jalan untuk explain tentang ketidakbolehan menggunakan IP company lain.
Style main terjah semua haram ni agak lemah, bersumber pun tidak.
Saya setuju, cuma pendekatan tidak professional & sangat menekan orang yang mendengar & membaca. Islam itu indah, sisipkanlah kelembutan agama kita dalam setiap perkara.
People make mistake, yes.
Terima kasih.
Melayu yang takda modal nak berhujah. Memberatkan benda yang mudah, sedangkan banyak karekter kartun mahupun idea turut dicedok dari orang lain. Membunuh perniagaan orang lain yang berniaga secara kecil kecilan juga hukumnya haram kan?
Sebelum menghukum haram, kena rujuk dulu undang2 intellectual property rights in Islam.
This comment has been removed by the author.
EmoticonEmoticon