BANDAR KUALA KANGSAR - Belum pun reda masyarakat memperkatakan kemalangan melibatkan bas di Johor, satu lagi kemalangan melibatkan kenderaan sama berlaku di Kuala Kangsar, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.12 Petang itu, sebuah bas membawa 14 penumpang terbabas dan masuk ke dalam longkang di tepi laluan Kilometer 233.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara.
Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang tidak mengalami kecederaan serius.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq berkata, siasatan awal mendapati, bas dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun itu mengalami kerosakan mekanikal apabila stereng tidak berfungsi.
Advertisement
“Keadaan itu menyebabkan bas terbabit hilang kawalan lalu masuk ke longkang di tepi jalan.“Siasatan juga mendapati tiada pemandu kedua dalam bas yang dalam perjalanan ke Butterworth, Pulau Pinang dari Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata, nahas menyebabkan laluan kiri terpaksa ditutup lalu menyebabkan kesesakan sejauh 300 meter.
“Semua penumpang dihantar ke pulau pinang dengan menggunakan bas ganti yang lain.
“Bas itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan sebelah kiri,” katanya.
EmoticonEmoticon