Tuesday, 10 January 2017

1.8 juta pekerja asing yang berdaftar sehingga September 2016



Sehingga 30 September lalu, seramai 1,854,684 pekerja asing direkodkan memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imegresen Malaysia dan masih aktif serta digajikan secara sah.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keperluan pengambilan pekerja asing berdasarkan keperluan majikan semasa permohonan dibuat dan akan dinilai mengikut kelayakan.


"Penggajian pekerja asing merupakan langkah sementara untum menampung kekosongan jawatan. Selepas tamat tempoh penggajian, pekerja asing ini dikehendaki balik ke negara masing-masing.


Advertisement




"Pada 19 Februari lalu, kerajaan telah memutuskan untuk menangguhkan semua permohonan pengambilan pekerja asing baharu termasuk pekerja warganegara Bangladesh sehingga kerajaan berpuashati dengan kepeluan sebenar industri," katanya menerusi kenyataan bertulis bagi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang ingin mengetahui polisi pengambilan pekerja asing dan bilangan yang berada di Malaysia mengikut nama negara serta caj yang dikenakan.

Tambah Ahmad Zahid, rakyat Indonesia merupakan bilangan tertinggi yang berada di negara ini dengan 749, 266 orang diikuti Nepal (411,364), Bangladesh (237,991), Myanmar (140,259), India (121,430) dan 194,374 untuk lain-lain negara.

"Antara caj yang dikenakan untuk pengambilan pekerja asing adalah levi mengikut sektor yang diklusterkan mengikuy kategori yang terdiri daipada perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan dengan kadar levi RM1850.

"Kategori kedua merangkumi sektor perladangan dan pertanian dengan kadat levi sebanyak RM640 manakala bagi sektor informal Pembantu Rumah Asing sebanyak RM410," katanya.-10/11/2016


EmoticonEmoticon