Tuesday, 20 December 2016

Jamal Yunos Buat Gila Kongsi Video Dirinya Selfie Sehingga Terlihat Anunya

   


JIKA sebelum ini Dato' Jamal Yunos, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, buat kerja gila adakan sidang media dalam jamban sampai melekat namanya dipanggil sebagai Jamal Jamban.


Kali ini Jamal Jamban buat gila lagi selfie dalam bilik air pula, lebih gila lagi, gambar dirinya dalam keadaan separuh bogel itu turut dikongsi melalui akaun facebook miliknya dan menjadi tontonan orang ramai di media sosial.




Dalam kiriman itu Jamal mendakwa sudah tiga hari dia tidak mandi pagi kerana tak ada air. Malah Jamal turut menyalahkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam hal ini.


Sebelum ini pun Jamal pernah mengadakan satu sidang media mendakwa kononnya Rakyat Selangor derita hari-hari terpaksa mandi air longkang.



BACA — Rakyat Selangor derita mandi air longkang kata Jamal

Namun aksi 'stunt' bodoh Jamal Jamban ini yang sanggup ambil gambar separuh bogel untuk menyalahkan kerajaan Negeri Selangor, dalam isu ketiadaan air beberapa hari ini tidak lain hanyalah mengesahkan kebodohan dirinya.

Mana tidaknya, pihak Tenaga Nasional Berhad, TNB sedari awal (sejak kelmarin) sudah memaklumkan bahawa akan berlaku gangguan bekalan elektrik di loji-loji rawatan air utama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menyebabkan perkhidmatan bekalan air turut terganggu. — Astro Awani






Aku tak hairan sangat dengan aksi-aksi bodoh Jamal ni, sebab dia memang dikenali sebagai badut politik tersohor Umno, kerana gemar buat aksi stunt bodoh. Aksi bodoh-bodoh yang dia buat membuatkan dia popular.


Tapi aku kasihan dengan anak bini dia, manalah nak letak muka dapat bapa separuh masak, dah macam orang biol. Kasihan...






EmoticonEmoticon